
Isi Kandungan
ToggleKasut bersepah itu memang semakkan pandangan. Rasa sakit hati tu makin bertambah bila tengok kasut dalam rak pun sama berterabur.
Tepuk dahi dibuatnya. Macam mana nak susuh kasut bersepah dalam rak bagi cantik. Macam Puan Maryam Salleh ini, awalnya dia panggil ‘orang buat kabinet’.
Tapi sekali tengok harga nak buat rak kasut built in saja, total kosnya dah cecah RM2500. Lagilah tepuk dahi.
Ini Cerita Kasut Bersepah Dalam Rak
“Haish! Bersepah-sepah kasut dalam rumah ini. Dah kena beli almari lagi ke? Kalau tambah almari tak ada space pulak.
“Baru je tu hari kasi mak satu almari kasut Jati. Takkan aku nak beli lagi.” Omong saya sendiri sambil garu-garu kepala.
Ambil fon terus whatsapp orang kabinet suruh datang buat almari kasut built in hari ini juga. Maka, datanglah brader kabinet. Tercungap-cungap ke rumah saya.
“Boss saya nak buat almari kasut built in dari bawah ini sampai syiling atas. Kasut banyak tak muat almari ini.”
Brader tu pun ukur panjang, ukur lebar space yang ada. Lepas siap ukur dan kira, total RM2500 siap pasang.
“Mak aii sampai beribu bos?” Terus hilang nafsu nak buat.
“Takpelah bos bajet kurang hado nak buat. Ingatkan bawah RM1000. Ni hampir RM3000, nampaknya saya kena menabung dulu lah ya. Cukup duit nanti saya roger bos!”
Brader tu pun balik dengan perasaan hampa.

Rupanya Macam Ini Cara Jimatkan RM2500 Bina Almari Built In Rak Kasut
“Nak jadikan cerita, saya ternampak shoe slot ni kat kedai Eco tu hari. Jadi saya cuba beli 7 pcs. Balik rumah susun kasut.”
Wah! Nampak kemas dan boleh letak banyak kasut sebab jimat kan space.
Maka bermulalah ulang-alik pegi kedai Eco semata-mata nak penuhkan ruang yang hado itu. Kau taulah Eco barang cepat habis.
Sekali pegi dapat beli 10 pcs sebab tu jer stok yang ado. Tiga kali pegi baru dapat semua tu.
Total tak sampai RM100 pun dah kemas tersusun indah kasut-kasut . Jimat duit, kalau tak beriban melayang terbang ikut nafsu semua nak built in.
Apa macam korang ? Okey ke idok?

Ikut Panduan Susun Shoe Slot Agar Kemas Teratur


Dalam organizer boleh letak kasut anak; Tina, Sara, Gegerl. Boleh juga masukkan stokin siap-siap.


Sumber/Foto : Maryam Salleh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jatuh Sakit Bila Pulang Bercuti, Rupa-Rupanya Ada ‘Benda’ Mengikut! Baca Tip Doktor Ini Supaya Selamat

Isi Kandungan
TogglePernah tak kita atau ahli keluarga tiba-tiba sakit sebaik balik bercuti? Tahu tak selain faktor cuaca, tabiat kita di tempat percutian juga boleh menjemput penyakit atau ‘benda mengikut’?
Saya teringat pertemuan dengan Dr. Anitawaty Mukhtar, pengasas Kastury Anticeptic pada Ramadan lalu. Sempat juga kami bercerita topik hot di kalangan mak mak tak lain tak bukan tentulah soal kesihatan ketika bercuti.
Sambil membelek-belek penyembur antiseptik Kastury, saya teruja bila beliau memaklumkan bahawa ia dihasilkan daripada bahan-bahan yang Rasulullah SAW sarankan iaitu yang masam dan masin. Masam seperti air limau dan masin seperti air garam.
Kombinasi limau kasturi dan pati ros ini telah dibawa ke makmal untuk kajian dan memang terbukti membunuh pelbagai kuman berbahaya! Baunya pun segar, jadi memang sesuai sangat dijadikan aromaterapi dan menghilangkan bau hapak secara semula jadi.
Sebagai Pakar Pergigian Rohani Islam dan ibu kepada 3 cahaya mata, Dr. Anitawaty turut menyampaikan 4 tip sihat kala bercuti ini kepada followers Mingguan Wanita. Rasanya mak mak memang patut pegang tip ini supaya musim raya lebih menyeronokkan.
Tip Dr. Anitawaty
(1) Kalau sakit jangan berubat dengan pawang
Nak berurut pun jangan sembarangan lebih-lebih lagi kalau si pengurut terkenal pandai sembuhkan itu ini. Dikhuatiri ilmu mereka itu melibatkan perantara. Lebih baik berurut sendiri atau mintak suami tolong urutkan.
(2) Kalau bercuti di tempat peranginan, cuba elakkan mandi di pantai dan sungai.
Selain bahaya, anak-anak gerenti pulang dengan demam, batuk atau selesema. Dalam Islam, ada adab kalau nak mandi di tempat-tempat begini, contohnya kita azan dan sembur asid formik. Jangan bawa balik apa-apa dari situ walaupun cantik, contohnya batu atau kerang-kerangan.
(3) Jangan beli pakaian bundle.
Ada kemungkinan jin ‘mengikut’. Malah kita pun tak tahu siapa pemakainya, tahap kebersihan dan kesihatannya, cara basuhannya juga meragukan. Lebih baik beli saja baju baru yang murah. Lebih terjamin macam tu.

(4) Kalau bercuti di tempat eksotik, jangan beli cenderahati di sana.
Kebanyakannya berjampi. Cara nak detect, simptomnya kita tengok sesuatu barang tu cantik sangat walhal biasa-biasa saja. Kalau suka sangat, berhati-hati dan jangan beli.
Saya rasa kebanyakan daripada kita memang tak tahu kesan-kesan di atas boleh memudaratkan diri. Semoga dengan pesanan ini, semua lebih berhati-hati di tempat percutian dan jangan teruja sangat bersuka ria!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana

Isi Kandungan
TogglePengalaman berdepan dengan banjir, siapkan barang keperluan penting ini sebagai persediaan bencana di masa depan. Mungkin tip yang dikongsikan ini dapat memberi panduan kepada mereka yang kerap menghadapi banjir.
Bencana alam seperti ini sukar mak ayah jangkakan. Oleh itu buat persediaan agar suatu nanti jika terlibat dengan banjir, mak ayah lebih bersedia untuk menghadapi dan tahu apa yang perlu dilakukan dahulu.
Ikuti pengalaman mangsa banjir, Baharin Abd Hamid ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Pengalaman Berdepan Dengan Banjir
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah selamat keluar (saya, Piena Baharin, anak dua orang dan ayah saya). Pengalaman yang sangat dahsyat kalau hendak dibandingkan dengan banjir yang berlaku pada tahun 1995.
Ya, Seksyen 25 (Shah Alam) bukan pertama kali hadapi banjir. Tahun ini saja sudah tiga kali termasuk kejadian kali ini. Tetapi kali ke-3 ini adalah yang paling buruk sebab ramai terkandas dekat rumah.
Asalnya ingatkan air sekadar naik sekitar buku lali atau paras lutut. Rupanya hingga ke paras siling. Syukur sebelum air naik, ayah dan anak lelaki dapat datang ke rumah untuk bermalam di sini. Mereka tumpang 4×4 jiran dan jalan ke rumah kami. Waktu itu hampir 7petang dan air mula melepasi pinggang.
Mana yang rumahnya satu tingkat, harap bertabah. Selamatkan benda penting seperti makanan ringan, kad pengenalan, kad bank dan pelitup muka. Saya sendiri terlupa nak selamatkan facemask semua sebab dah kelam kabut selamatkan barang-barang termasuklah keperluan makanan.
Siapkan Barang Keperluan
Kadang-kadang beli barang lebih untuk storage ada kelebihannya jika berlaku bencana seperti sekarang. Boleh share dengan jiran-jiran juga.
Kebetulan saya ada camping stove, jadi saya selamatkan beras, maggi, teh, telur dan beberapa barang basah serta peralatan memasak. Syukur sangat-sangat sebab ada camping stove ni. Boleh masak jika perlu.
Jadi saya sarankan anda beli satu camping stove untuk simpanan, gas dia pun tak mahal sangat. 1 tin harganya dalam RM4 hingga 5 saja. Just in case. Tak lupa juga torch light. Saya gunakan jenis yang basikal pakai, kecil, kalis air dan bateri tahan lama(USB charge). Dapatlah suluh apa yang patut ketika hari makin gelap.

Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana
Harta benda kami semua habis ditelan banjir, kereta, motor, barang-barang rumah. Allahuakbar! Sebak kami memikirkan bagaimana dengan hari-hari mendatang. Tak apalah, Allah lebih mengetahui. Yang penting kami harus terus bertahan sebelum bantuan tiba.
Malam pertama banjir, kami makan apa yang ada, ramai yang bertanyakan khabar tapi tak dapat nak reply sebab line tak berapa clear. Tambahan pula bateri tinggal sekitar 50 peratus, 30 peratus. Power bank pun tak berapa ada bateri. Mujur ada laptop, jadi bolehlah cas sikit.
Waktu kecemasan macam ini saya gunakan mode ultra battery saver. Jika bateri tinggal 30% boleh tahan hingga 29 jam. Mode ni akan aktifkan aplikasi yang penting je seperti Whatsapp, Call dan Messenger. Fungsi-fungsi lain dia akan hentikan termasuklah ringtone dan wallpaper. Sesuai untuk waktu kecemasan seperti sekarang.
Artikel Berkaitan:
“Bersihkan, Jemur Bawah Terik Matahari.” Cuba Tip Ini Selamatkan Barang Elektrik Terendam Banjir
Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir
Menunggu Bot Bantuan
Waktu ni, tiada bot yang lalu. Mungkin mereka baru dalam perjalanan, jalan pula banyak tutup akibat banjir. Jadi bantuan sampai lambat. Tambahan pula banyak tempat-tempat lain di Klang, Shah Alam yang perlukan bantuan juga. Sekitar pagi jam 7pagi pada 19 haribulan barulah ada kelibat 3, 4 bot lalu lalang. Ada yang jerit meminta tolong termasuk uncle sebelah yang ada baby. Uncle tu pun tak berapa sihat sebab dialisis.
Bot yang lalu semua saiz kecil (mungkin persendirian) jadi tak boleh tolong dan risikokan diri. Mereka suruh bertahan dan akan sampaikan mesej pada bot-bot yang lebih besar.
.
Jam 10 pagi, banjir masih tinggi. Bot-bot besar sudah mula masuk. Jiran-jiran juga sudah berjaya dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 jam. Matahari pun dah mula keluar. Bot-bot bawa bantuan makanan pun sudah masuk, mereka bawa roti.
Helikopter juga kelihatan berlegar-legar memantau situasi. Air paip di rumah masih ada. Toilet tingkat atas masih boleh diguna. Ketika ni adik saya Aminah Asykin Abd Hamid dan keluarga on the way pulang dari Melaka bersama ibu saya. Jadi kami rancang untuk keluar dan tumpang rumah mereka. Bertemu di atas highway kesas.
DiSelamatkan
Kami diselamatkan sekitar jam 5 petang oleh kawan wife. Terima kasih sangat-sangat buat Abang Sab dan kawan dia. Dayung jauh-jauh hingga ke rumah kami. Bawa 2 bot pelampung. Jadi kami semua dapat keluar dalam 1 trip. Kami di bawa ke darat. Ramai orang di situ memberi bantuan kepada mangsa, tarik bot ke darat, tolong angkat beg, tolong warga emas dan memberi makanan.
Selamat mendarat, kami di bawa ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara) Dewan SJK berhampiran. Tapi kami memohon untuk dihantar seberapa hampir dengan highway kesas. Dan kami diturunkan berhampiran lot kedai persiaran kemuning prima. Sesampainya di situ, adik kata tak dapat nak masuk sebab jalan banjir.
Laluan yang boleh diakses adalah highway LKSA. Bermakna kami terpaksa patah balik. Jam sudah menunjukkan waktu 6 petang. Hari mula gelap. Si kecil sudah mula sedih sebab takut tak ada tempat nak bermalam. Oh anak… lemah jiwa baba melihat kamu begitu. Insyallah, baba akan usaha sehabis baik untuk kamu.

Berpatah Balik
Perancangan baru. Kami harus berpatah balik ke PPS. Kerana ianya berhampiran dengan LKSA. Dengan harapan banjir sekitar persimpangan menuju ke LKSA surut agar kami boleh melintas ke situ. Kalau tak, kami akan minta bantuan bot. Patah balik kami jalan sedikit mencari area yang lebih luas untuk tahan kereta meminta tumpang. Ini kerana jalan sesak dengan kenderaan bantuan dan macam-macam.
Alhamdulillah ada satu hilux hantar bantuan menumpangkan kami. Terima kasih pada adik-adik India yang sudi bantu. Sesampai di PPS, keadaannya gelap kerana elektrik telah ditutup sejak senja hari Sabtu. Kelihatan banyak bantuan makanan dan minuman yang sampai.
Kami meneruskan perjalanan untuk melihat keadaan jalan. Syukur Ya Allah, walaupun masih banjir tapj kami boleh mengharunginya dengan berjalan. Air sekitar buku lali dan lutut. Kami berjalan dalam 70 meter hingga ke susur keluar LKSA ke Seksyen 25.
Hampir Menitis Air Mata
Along! along! Satu suara memekik memanggil saya. Allahuakbar, rupanya adik ipar Adib Razali sudah tunggu di situ. Dengan payung dan juga power bank. Ya Allah rasa nak menitis air mata. Kasihan dekat mereka yang pulang dari melaka dan berjam-jam menunggu kami untuk keluar. Masing-masing menunjukkan rasa lega, ada senyuman terukir di wajah si kecil. Alhamdulillah…
Sesampai di kereta, kami disambut oleh ahli keluarga yang lain. Air mata menyambut kami, memikirkan nasib kami dan bersyukur diselamatkan. Rumah ibu juga ditenggelami air. Kebetulan ibu keluar bersama adik ke Melaka. Tinggal ayah dan anak lelaki saya di rumah ibu. Adik lelaki yang satu lagi dalam perjalanan ketika ini.
Adik ipar akan hantar wife, ibu, adik and anak kecil ke kereta adik lelaki dulu. Bertemu di stesen minyak kesas. Kemudian patah balik untuk yang lain. Ketika tunggu giliran, saya nampak banyak bomba dan bot-bot lain sudah sampai.
Bomba datang dari Kuala Kubu Baru dan Johor. Saya share info-info yang mana ada dengan mereka. Harapan agar yang lain juga dapat diselamatkan. Saya dengar ada juga yang jadi korban banjir, innalillah… Moga dipermudahkan urusan SAR.
Akhirnya, kami semua berjaya diselamatkan. Alhamdulillah segala pujian buat ALLAH. Kami menumpang dirumah adik dulu sementara tunggu air surut.

Terima Kasih Atas Bantuan
Kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang hulurkan bantuan doa, bertanya khabar, contact-contact untuk rescue, yang hantar makanan, bantuan bot Abang Sab, yang nak tumpangkan rumah, team-team NGO, ATM, BOMBA dan semua yang terlibat, Terima kasih tak terhingga dari kami. Semoga Allah balas semua jasa anda dengan kebaikkan dan rahmat dari-NYA. Semoga Allah limpah kurniakan anda semua dengan rezeki dan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. Amin Rabbal alamin….
Buat mangsa-mangsa yang seangkatan, semoga diberi kekuatan mengharungi musibah ini. Allah uji sebab Allah sayang, dan juga memberi sedikit peringatan buat kita.
Jangan pernah berhenti berharap dan doa pada-Nya. Insyallah kita mampu harunginya. Akhir kata dari saya, jaga diri, perhatikan sekeliling yang perlukan bantuan dan maklumkan pada petugas-petugas lain. Kita jaga kita.
Sekian. Terima kasih.
#banjirshahalam #banjirselangor #alhamdulillahsyukur
Mingguan Wanita : Pengalaman ini dapat dijadikan panduan buat mereka yang berdepan dengan musibah ini. Semoga semua mangsa banjir yang terjejas dipermudahkan urusan dan tabah dengan ujian ini.
Sumber : Baharin Abd Hamid
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah Punca Telefon Cepat Rosak Sebab Salah Caranya Semasa Cas, Patutlah!

Isi Kandungan
ToggleTelefon cepat rosak, bukan hanya kerana masalah skrin, jatuh atau pecah. Tapi mungkin juga disebabkan oleh bateri yang cepat habis. Paling teruk, cas hanya untuk cukup-cukup, bukannya sehingga bateri penuh.
Mungkin inilah salah satu punca telefon cepat rosak. Kita tak tahu. Ada juga yang terlalu kerap bermain games melalui telefon pintar, menonton youtube dan sebagainya sehingga terpaksa berulangkali untuk cas telefon kerana kehabisan bateri.
Ada beberapa kesalahan yang mungkin kita tidak sedar, ia menjadi punca kepada telefon cepat rosak dan memberi kesan kepada ketahanan bateri telefon itu sendiri. Jom, kita periksa apa yang menjadi puncanya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Pasang Aluminium Foil Pada Atap Zink, Bantu Kurangkan Haba Panas Atas Rumah
Cara Mudah Hilangkan Bekas Minyak Muka Pada TUDUNG, Sapu Bedak Sebelum Basuh
Info Lebih Menarik DI SINI
Telefon Cepat Rosak, Ini Puncanya
1. Guna Pengecas Sembarangan
Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ia tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas. Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat. Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.
2. Terlalu Bergantung Pada Power Bank
Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki power bank masing-masing. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada. Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.
Alasannya, power bank yang mudah alih atau portable lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.
3. Mengisi Bateri Lebih Lama Dari Waktu Yang Diperlukan
Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasaan ini! Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.
Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimun apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.
4. Tidak Segera Mengecas Telefon
Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya. Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.
Kesannya, sel-sel mati dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Jadi, disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, perkara simple inilah kita buat tak endah. Bila dah jadi, baru tahu kan…
Sumber: dnews
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/

atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI