Berita penting buat mak ayah yang sedang berkira-kira untuk menamakan anak yang baru lahir pastikan nama tersebut tidak terlalu panjang berjela-jela.
Pastikan ia tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jasri Kasim berkata selain tidak boleh memberi nama terlalu panjang, ibu bapa juga tidak digalakkan meletakkan nama-nama yang membawa maksud tidak baik.
Tidak Benarkan Nama Singkatan
Nama-nama singkatan seperti ‘Abd’ juga tidak dibenarkan dan mesti dieja penuh ‘Abdul’ atau ‘Mohd’ mesti dieja ‘Mohamad’, katanya kepada pemberita pada program Kembara Mobile JPN di sini hari ini.
Ads
“Mengikut rekod kita, nama terpanjang pada masa ini ialah 78 aksara sebanyak empat patah perkataan,” katanya.
Pada majlis itu, Jasri menyerahkan Sijil Kewarganegaraan Malaysia kepada Muniroh Tehpooyoo, 35, berketurunan Thai, isteri kepada penjawat awam Mohd Fauzi Ku Abdullah, 38, di Kampung Behor Mali, Simpang Empat.
Ads
Muniroh yang memegang visa belajar semasa menuntut di sebuah sekolah agama di sini pada 1996 dan berkahwin dengan suaminya sekarang pada 2003, mendapat status Penduduk Tetap (PR) selepas enam tahun berkahwin dan memohon taraf warganegara dua tahun lepas.
“Saya sangat bersyukur menerima Sijil Kewarganegaraan yang membolehkan saya memohon MyKad. Saya juga amat berterima kasih di atas perkhidmatan JPN yang amat baik dan lancar,” kata Muniroh.
Ads
Para pegawai JPN itu kemudian singgah di rumah warga emas Fatimah Said, 82, di Bumbung Lima, Tok Naya, Arau, untuk memproses penukaran kad pengenalan lama beliau kepada MyKad.
Jasri berkata Kembara Mobile JPN adalah inisiatif jabatan itu dengan memfokuskan golongan yang memerlukan seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit terlantar dan pesakit mental.
Jadi buat mak ayah tengah pilih nama untuk anak-anak tu, pastikan ikut garis panduan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftara Negara (JPN) ini. Tak perlulah nama yang panjang-panjang yang paling penting mempunyai maksud yang baik. Kerana nama panggilan juga merupakan satu doa buat anak.
Masalah anak kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Selalunya kembung perut ini berlaku beberapa kali dalam seminggu.
Tetapi mak ayah tidak perlu risau sebab masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.
Nak tahu punca dan macam mana nak hilangkan kembung perut anak, boleh ikut tip yang dikongsikan Puan Amalina Mohd Daud ini…
Bila bayi dilahirkan, bayi dilahirkan dengan organ-organ di dalam perut seperti limpa, hati, usus, dan lain-lain lebih besar daripada ruang di dalam abdomen (abdominal cavity). Justeru, perut bayi kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya ianya normal. Lebih-lebih lagi bila bayi memang kurang dari 6 bulan.
Kembung perut selalu dikaitkan dengan colic – keadaan di mana bayi menangis tanpa henti tanpa sebab yang spesifik dan kemudian akan ok semula. Keadaan ini berulang-ulang terjadi. Namun, jangan bimbang sebab semakin bayi besar colic ni akan kurang kekerapan dan hilang dengan sendirinya.
Kenapa bayi kembung?
Cara menyusu yang salah
Untuk bayi yang menyusu botol, cara pemberian susu yang salah menyebabkan bayi mudah kembung. Botol terlalu condong atau lubang pada puting terlalu besar menyebabkan bayi mudah kembung. Kalau boleh dan mampu, gunakan anticolic bottle yang terdapat di pasaran untuk kurangkan masalah colic pada bayi. Lepas minum susu pulak, jangan lupa sendawakan bayi ya!
Overstimulation
Baby crying – parents kissing
Kadang-kadang bila terlalu aktif akibat terlalu banyak kita stimulate kan, bayi akan menangis. Bayi mungkin berasa penat dan tertekan kerana terlebih aktif. Pujuk-pujuk bayi dengan tenang dan beri urutan lembut. insyaAllah bayi akan lebih tenang
Susu tidak sesuai
Sesetengah susu tidak sesuai buat bayi. Bila susu dihadam, ia menghasilkan banyak gas dan buat bayi kurang selesa.
Apa nak buat bila bayi kembung?
Pertama, jangan #panik sebab panik memang tidak membantu. Hanya bertenang, ambil nafas dan lakukan #urutan dengan menggunakan essential oil (khas untuk bayi) pada bayi di bahagian perut dan belakang. Buat teknik urutan I LOVE U untuk membantu melegakan ketidakselesaan pada perut.
Anda juga boleh mengurangkan rangsangan pada bayi dengan #membedung bayi dan masuk ke dalam bilik yang gelap. Dukung, dodoi dan tenangkan bayi sehingga tertidur.
Sekiranya anda rasa susu menyebabkan anak anda kembung, #gantikan kepada susu yang lain. Bagi ibu yang menyusu badan, harus berjaga-jaga sebab pemakanan kita kadang-kadang buat bayi kembung perut.
Tanda-tanda kembung perut berbahaya!
Namun… anda perlu memastikan perut bayi anda lembut dan tidak sakit apabila ditekan. Apabila anda rasa perut bayi kembung dan keras, cepat-cepat bawa berjumpa doktor sebab kemungkinan besar bayi mempunyai masalah usus. Antara tanda-tanda lain yang harus anda waspada:
kurang berat badan muntah-muntah cirit-birit najis berdarah perut keras bayi lemah dan tidak aktif
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Almy Nadia beri sokongan suami jadi DJ, “sebulan dua orang tahu kecam ja, biarlah dapat pahala. Nama stesen radio Suria FM hangat dalam “pertelingkahan” selepas DJ Tyzo diberhentikan. Saling berbalas kenyataan di media sosial antara keduanya.
Namun di satu sudut lain, penyampai baru diperkenalkan dan Datuk Fizz Fairuz terpilih sebagai penyampai radio Suria bergandingan dengan Ajak dan Kai dalam segmen Morning Morning Suria.
Almy Nadia Beri Sokongan Suami Jadi DJ
Memulakan hari pertama kerja semalam, Almy Nadia telah menitipkan pesanan buat suami tercinta. Menulis di instagramnya, dirinya menulis, biarlah orang mengecam sebulan dua, sayang dapat pahala. Semua kerja memerlukan masa,sayang cari rezeki halal buat keluarga,” katanya memberikan semangat.
Tulisnya, “good luck sayang. Hari ni hari pertama syg jd DJ radio. Sebelum ni cuma jemputan, tak sama mcm jd real DJ. Buat terbaik ok sayang.
“Sebulan Dua Orang Tahu Kecam Ja, Biarlah Dapat Pahala…”
“Untuk sebulan dua ni, memang orang tahu kecam ja. Follow back ka tak follow ka, kecam ja. Bagi depa kecam puas-puas sayang dapat pahala. Sebab sayang kerja cari rezeki untuk keluarga. Ikhlas seikhlasnya.
“Mama tahu ok sayang. Semua bidang baru perlukan masa, macam orang lain jugak la. Dah jadi suami/isteri ka, dapat anak baru ka,dapat kerja baru ka, mesti perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaankan. Bukan tau KECAM, MAKI mcm tak ingat dunia.
“Macam tak pandang kiri kanan dok kecam dan menulisnya. Sabar itu indah, sabar itu cantik. Mama n family still love u dan sokong sayang @fizzfairuzofficial ok. Thank you @suriamalaysia bagi peluang kat suami kami jadi sebahagian dari family.
Poligami; Suami Happy, Isteri dan Anak Yang Depresi
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemergian arwah isteri, Dayana Damsah, 27 dalam tragedi kemalangan kereta terbabas terpahat dalam ingatan suaminya, Nurhan Ayub, 27. Dia masih ingat permintaan terakhir arwah isteri sebelum menghantarnya ke Lapangan Terbang Tawau.
Kata arwah isteri, “biarlah kita sama-sama ke lapangan terbang kerana ini kali terakhir saya mahu tengok wajah abang.”
Malah, malam sebelum dia bertolak pulang, Nurhan dapat merasakan arwah isterinya seolah-olah berat hati mahu melepaskan dia pulang semula ke Terengganu.
Riak emosi wajah arwah isteri begitu ketara. Sehingga dia berpesan agar tak perlu bimbang dengan kepulangannya itu.
Dan pagi sebelum kejadian, isterinya ada menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp yang meminta izinnya untuk ke sekolah.
“Dia beritahu mahu jadi isteri solehah. Dan sebab itulah setiap perkara kena minta izin suami. Takut nanti jadi apa-apa.” Malah, arwah isterinya sempat menghantar gambar selfie kepadanya pada pagi sebelum bertolak ke sekolah dan itulah gambar terakhir yang arwah tinggalkan untuknya.
Kredit foto : Pojiegraphy
Kredit foto : Pojiegraphy
Kredit foto : Pojiegraphy
Rancang Mahu Berbulan Madu Di Terengganu
Nurhan yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman, Terengganu menghabiskan cuti selama dua minggu di Tawau. Dan selepas majlis perkahwinan yang diadakan untuk sebelah pihak lelaki, 1 Ogos lalu dia sempat membawa isterinya itu bercuti di pulau peranginan di Semporna.
Biarpun cutinya singkat, tetapi begitu bermakna untuk dirinya yang baru diijabkabul suami isteri. Arwah isteri kelihatan begitu gembira bercuti bersamanya.
Mereka juga sudah merancang untuk berbulan madu di Terengganu menjelang cuti persekolahan penghujung bulan ini.
Tiket pun sudah dibeli untuk penerbangan 20 hingga 24 Ogos ini. Arwah isteri begitu teruja dan tak sabar menunggu tarikh bulan madu mereka.
Kredit foto : Pojiegraphy
Kredit foto : Pojiegraphy
Namun, Allah lebih sayangkan arwah isterinya itu. Pada hari kejadian jam 6 pagi Selasa itu, kereta yang dinaiki Dayana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Umas-Umas (SK Umas-Umas) hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke tebing sungai di Kampung Kijang, berhampiran Jambatan Merotai Besar.
Kemalangan itu turut mengorbankan rakan setugasnya, Nurizyani Kafli@Masri, 24, yang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tawau manakala pemandu kereta, Hasnaini Paiori, 38, dan Nur Zairah Aladin, 35, dilaporkan mengalami kecederaan parah.
Dayana, Isteri Solehah, Taat Pada Suami, Melazimi Ibadah
Menerusi ruang facebooknya, Nurhan berkongsi coretan akan kebaikan arwah isterinya itu. Tulisnya,
Dayana Damsah 4/9/1993 – 5/8/2020
Setia sehingga hujung nyawa. In shaa Allah, aku juga turut setia selamanya. Isteri : Bang, sayang rasa bahagia sangat. Suami : Itulah nikmat yang Allah beri. Nikmat bernikah. kan.. Isteri : Ya.. Betul. Eh bang, cantiknya pulau, batu karang tu tempat ni kan. Suami : Itulah anugerah Allah. Seperti sayanglah, anugerah Allah utk abang(sambil mencium dahinya) Isteri : Tersenyum dan gembira.
Inilah salah satu moment yang paling indah buat diriku.
Antara lain, aku sebenarnya suka mengucapkan perkataan terima kasih. Lagi-lagi kepada family, dan isteri. Kemudian dia (dayana) kata, bila abang kata terima kasih, sayang rasa dihargai. Then, aku explain bahawa perkataan terima kasih ni sangat power. Amalkan lah. Dia pun kata okey.
Tapi hatiku. Setiap kali aku memandang wajahnya, sentiasa dengan senyuman. Hatiku sentiasa senang dan tenang. Bila aku duduk sendirian berseorangan, aku pun mula terbayangkan. Terkadang aku sedih, terkadang aku gembira.
Aku sedih kerana aku tidak dapat menjadi suami yg terbaik dan tidak dpt berada disisinya sewaktu dia meninggal dunia. Dia mencintaiku sehingga akhir nyawanya. Kerana dia letak cintanya dengan Allah dan rasul dahulu.
Foto kredit : Pojiegraphy
Jadi aku kena balas cintaku kepadanya sehingga akhir nyawa. Aku gembira kerana hati ku tenang bila melihat wajah jenazah isteriku dalam keadaan senyum, seolah-olah kegembiraannya menyambut aku. Gembira dan senang apabila orang-orang alim turut mendoakannya.
Aku bersaksi bahawa dia, Dayana Damsah adalah isteri yang solehah, taat kepada suami, melazimi ibadah dan lain-lain. Dan aku memilihnya kerana agamanya. Aku terlalu sayang sangat dengannya, tetapi Allah berkehendak untuk mengambilnya.
Terima kasih atas doa semua. Aku rasa berat ujian ni. Tapi aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ni.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...