Panduan Betul Beli Ubat Demam Untuk Anak, Awas! Terlebih Suap Rosakkan Hati

Share

Sesetengah mak ayah, bila anak demam dia tak bawa ke klinik, cuma beli ubat demam di farmasi saja. Tapi tahu tak mak ayah, ubat demam yang macam mana sesuai untuk anak demam, berapa pula banyak dos nak kena beli.

Kata, Dr Shazwan dari Klinik Avicenna, jika ubat demam diberi dengan dos terlebih ia boleh merosakkan hati. Sebab itu, sebelum beli ubat demam untuk anak, mak ayah kena baca panduan betul yang doktor kongsi ini.

Sebelum Beli Ubat Demam Untuk Anak, Baca Panduan Ini Dulu

Anak demam, mak ayah biasa bagi ubat demam kan

Ubat demam ialah ubat “over the counter”, yakni boleh di beli tanpa prescription doktor. Post ini bertujuan beri pencerahan secara ringkas, apa yang mak ayah wajib tahu kalau NAK BELI UBAT DEMAM UNTUK ANAK ANDA.

Ubat demam yang biasa digunakan di Malaysia ialah PARACETAMOL. Nama lain ialah ACETAMINOPHEN. Tak kisah la apa jua brand nya, belajar tengok label pada botol. Cari tulisan Paracetamol atau Acetaminophen.

Selain untuk demam, Paracetamol juga boleh kita guna untuk :
TAHAN SAKIT
(painkiller / analgesic). Contoh, anak sakit gigi. Atau sakit kaki sebab jatuh dan lebam sikit.

Post ini tidak bincang tentang IBUPROFEN sebagai ubat demam, maka jangan confuse ya. Post ini juga tidak bincang tentang penggunaan Paracetamol suppository (ubat masuk punggung).

 

Mak Ayah Sila Peka Pemberian Dos Ubat Yang Betul

Disebabkan dalam market ada 2 persediaan (2 strength)
Ubat Paracetamol kanak kanak (dalam bentuk cecair / syrup), maka kadangkala ada parents yang tersalah bagi dos.

Ada 2 persediaan Paracetamol syrup:

1) 120mg / 5ml

* atau ada juga yang 125mg / 5ml

2) 250mg / 5ml

Untuk anak kita, kita kena peka dengan dos ubat. Dalam kes Paracetamol, terlebih bagi dos, berisiko rosak hati.
Ya … ROSAK HATI
Terkurang dos maka suhu badan tak turun. (Underdose)
Apabila kurang dose makan suhu badan tak dapat turun ke tahap yang sepatutnya, jadi kawalan suhu ketika demam menjadi tak stabil.

Kena ingat ini:

√     Baby umur kurang 1 bulan / berat kurang 4kg, SILA JUMPA DOKTOR. Jangan bagi ubat Paracetamol memandai. Khidmat nasihat doktor sangat penting ok!

√     Demam start bila temperature > 37.5 degree.

√     Berapa kerap? Setiap 6 jam / 4 kali dalam tempoh 24 jam.

√     Apa apa demam yang berserta simptom yang merisaukan, jumpa doktor cepat. Contohnya demam dah 2 hari tak sembuh lepas bagi Paracetamol. Atau demam tinggi sangat berserta kanak-kanak meracau, atau demam dengan cirit birit teruk, atau demam yang berserta ruam.

Perlu tahu ya, datangnya demam bersebab. Kadang kala Paracetamol hanya dapat mengawal suhu badan, tapi ia bukan rawatan. Rawatan akan diberi berdasarkan Diagnosis doktor terhadap menyakit yang dihidapi.

 

Formula Kiraan Betul Beri Dos Ubat, Bukan Semata Ikut Kiraan Umur

KESILAPAN yang sering berlaku bila parents bagi ubat IKUT UMUR. Sekian sekian mL untuk umur 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun…etc.

Sila ikut berat badan anak ya.
Ada budak umur 3 tahun yang berat macam budak 5 tahun. Ada pula yang umur 5 tahun macam budak umur 3 tahun. So dos ubat ikut umur TIDAK TEPAT.

KESILAPAN lain ialah salah KIRA DOS ubat (dah ambil kira berat anak), sebab salah persediaan. Di sangka ubat paracetamol yang 120mg / mL, rupa rupanya guna Paracetamol yang 250mg/ 5mL. So perhatikan label betul betul.

Ada formula berapa banyak Paracetamol dalam miligram yang perlu di bagi ikut berat badan anak.

Apa formula nya?
(boleh tulis dan lekatkan di peti ais rumah anda)

15mg / kg of Paracetamol, every 6 hour
Ini formula nya. Makna nya, kita bagi 15mg ubat Paracetamol untuk setiap 1 kg berat badan anak. Ulang ubat setiap 6 jam.

* Formula ini terpakai untuk kanak-kanak yang beratnya <50KG ya.

Contoh:

Berat anak 10kg.
So berapa ubat Paracetamol yang patut kita bagi?
15mg X 10kg = 150mg Paracetamol

Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi (berapa mL) untuk dapatkan 150mg tu?

Kiraan nya:
150 / 120 x 5ml
= 1.25 x 5ml
= 6.25ml

So, kita bagi anak 6.25ml ubat Paracetamol 120mg/5ml setiap 6 jam.

Perhatikan, kalau kita beli Paracetamol 250mg pula berapa ml perlu bagi?

150 / 250 x 5ml
– 0.6 x 5ml
= 3ml

So, kita bagi anak 3ml ubat Paracetamol 250mg/5ml setiap 6 jam.

Nampak tak, beza 12.5mL VS 6mL ?
Kesilapan boleh berlaku kalau kita salah guna formula dan salah pilih ubat.

 

Penting Peringatan Ini Mak Ayah..

Pastikan ambil kira berat anak. Jangan bagi TOTAL melebihi 3750mg Paracetamol dalam masa 24 jam.
Formula maksimum dos dalam 24 jam ialah:
75mg / kg in 24 hours.
Maximum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dalam bentuk suppository ( maknanya kalau kita ada guna ubat syrup + suppository)

Ambil contoh anak yang berat 10kg tu, so maksimum dos yang dia boleh ambil sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg.
Perhatikan, kalau ikut kiraan berat di atas, kita bagi 150mg setiap 6 jam. So total 24 jam = 600mg. Ini dalam range safe dose over 24 hours.

* Jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dos yang ingin diberikan.. hanya doktor yang mampu merawat dan memberikan rawatan tanpa ragu-ragu.

Sumber/Foto : Klinik Avicenna

Makluman : Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer