panduan didik anak lelaki

Anak lelaki itu tunjang keluarga. Andai betul cara didikannya, mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat. Jadi, mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburkan dalam jiwa mereka.

Benar, bukan mudah sebenarnya mahu membentuk mereka. Lagi-lagi ketika ini persekitaran dikelilingi dengan gajet, rakan persekolahan dan sebagainya. Namun, selagi mereka masih anak kita yang belum matang pemikirannya. Anda berhak untuk melakukan 5 tip yang dikongsikan oleh Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama

Cabaran Mendidik Anak Lelaki

Beberapa hari ini perbualan kami hanya berkisar tentang pelajar tahfiz Ittifaqiyyah sahaja sama seperti anda juga.

Wafi dan adik-adik pun turut sedih. Bila tahu tentang berita terbaru, lagi sedih.

Semua turut bersedih. Marah. Kecewa.

Tak perlu maki mak ayah mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Biar undang-undang yang mengadili.

Kita perkasakan akhlaq kita dan anak kita. Tugas kita makin berat. Amanah kita maha hebat.

Antara yang saya selalu pasak pada anak-anak: (ini apa yang kami praktik. Lain sekolah lain ajarannya. Saya hanya berkongsi sahaja)

Ads

1. Solat, solat, solat!

2. Hati-hati pilih kawan. Sebelum anak pilih kawan baik, jadikan anak-anak kita tu kawan baik kita dahulu.

3. Jangan sekali-kali mencuba hisap ROKOK! Kalau dah start hisap rokok masa sekolah, mana nak cari duit? Nak kerja? Nak mencuri? Inilah ‘bunga-bunga’ laknat yang ‘membunuh’ anak-anak kita. Saya selalu sebut pada anak-anak, Abi tak hisap rokok jadi jangan hisap rokok. Please! Ummi serious!

4. Selagi belum habis sekolah iaitu umur 17 tahun, usah sekali-kali berani minta motor atau lesen motor dari Ummi dan Abi. Ramai anak yang dah ‘kawan baik’ dengan motor. Duit minyak minta siapa? Nak betulkan motor rosak cari duit dari mana? Ini juga ‘bunga’ laknat yang tak bawa faedah langsung pada anak-anak. Malu ke nak naik bas pergi sekolah? Jalan kaki? Naik basikal? Sorry to say kita terlalu manjakan anak dengan beri mereka motor bukan pada masanya.

Ads

5. Tiada lagi keperluan untuk memiliki telefon sendiri buat masa ini. Kesian kat anak sebab nak call kita susah? Untuk apa call? Masa bila nak call? Sepenting mana nak call? Sekali lagi, BELUM TIBA MASANYA. Once mereka dah terpengaruh dengan We Chat ke, segala macam aplikasi, susah nak undur.
Saya lihat 2 benda ini yang amat beri pengaruh besar kepada anak lelaki – MOTOR dan ROKOK.

Panduan Bentuk Akhlak Anak Lelaki, No. 1 Wajib Buat, 4 Lagi Larang Sekeras-kerasnya Selagi Belum ‘Matang’

Selagi Belum 17 Tahun

Anak-anak 0 -17 tahun sepatutnya lebih banyak masa bersama keluarga daripada masa bersama motor, rokok dan kawan.

Bagi kami, biarlah kita marah sekarang saat berulang kali suruh anak solat tanpa jemu, biarlah berbuih mulut minta anak pandai pilih kawan, biarlah penat menjadi kawan kepada anak walau kita penat bekerja di siangnya,

Ads

Biarlah kita menangis dalam hati saat anak meronta mahu dibelikan motor tika masih belum layak memilikinya, biarlah anak kuno sekarang saat diminta-minta beli handphone. Tapi jangan sekali-kali kita rasa penat dalam mendidik mereka.

Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu kami lalui. Maafkan Ummi dan Abi sebab banyak larangan kami.

Berkali juga sebut pada anak-anak, berikanlah Ummi dan Abi peluang sekurangnya 17 tahun untuk kami ‘pegang’ kamu. Selepas itu kami yakin kamu matang untuk memilih.

Jika terjumpa anak-anak kami berbuat onar di luar, meletak adab di tapak kaki, segera beritahu kami.

Kepada guru-guru kepada anak-anak kami, didiklah anak-anak kami bukan hanya cemerlang akademiknya tapi juga akhlaqnya.

Al-Fatihah buat kesekian kalinya untuk anakanda pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah. Kalian sudah berbahagia di sana. Kami di sini masih berduka.

Sumber/Foto: Facebook Ashikin Hashim – Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI