Panduan Bayar Zakat Fitrah Online, Jangan Tunggu Terbenam Matahari 1 Syawal Baru Nak Buat

Share

Sebab bila dah terbenam matahari 1 Syawal itu dah masuk hukum berdosa. Dengan panduan mudah bayar zakat fitrah secara online ini, jangan kata tak ada masa ya mak ayah.

Lepas ni tak ada lagi dah alasan terlepas bayar zakat fitrah sebab kesibukan kerja kita. Bukan apa, kalau kita asyik tangguh dan melengahkan untuk bayar zakat fitrah sampai terbenam matahari 1 Syawal, hukumnya tu kan dosa!”

Kredit foto : www.zakat.com.my

 

Hadamkan perkongsian, Nur Aliah Mohd Nor yang dikongsikan secara bergambar. Mudahlah mak ayah nak hadam cara-caranya.

Ada 3 langkah yang perlu mak ayah ikut.

Mula-mula click di sini : https://www.zakat2u.com.my

1 : Untuk pertama kali kena daftar dulu.
2 : Aktifkan akaun daftar kita di email.
3 : Terus boleh bayar zakat fitrah.

Langkah demi langkah yang dikongsikan ini juga terpakai untuk membayar zakat-zakat lain secara online seperti zakat pendapatan, zakat emas, fidyah dan yang disenaraikan pada aplikasi.

Panduan Bayar Zakat Secara Online

Sekarang ni semuanya di hujung jari. Mudah kan. Dah, jom buat sekarang! Boleh rujuk gambar step by step di bawah.”

 

Tekan dekat kotak garis 3 belah kanan atas tu.

 

Tekan daftar

 

Isikan semua maklumat ini.

 

Isikan semua maklumat ini
Nota : no telefon pastikan letak 6 di hadapan. Contoh 601326xxxxx

 

Isikan semua maklumat ini.

 

Tekan sms kod TAC.

 

Buka email korang.

 

Click aktifkan akaun anda

 

Alhamdulillah sikit lagi nak berjaya. Click log masuk.

 

Isi username (IC) & password.

 

Bila dah berjaya masuk, tekan dekat kotak garis 3 belah kanan atas tu, pilih Bayar.

 

Click zakat fitrah. Actually nak bayar zakat lain pon boleh juga guna platform yang sama.

 

Boleh pilih nak bayarkan untuk berapa orang. Lepas tu click Bayar Zakat.

 

Semoga pahala ibadah yang kita lakukan pada bulan mulia ini akan lebih baik dan berganda di sisi Allah swt. InshaAllah.

Kadar Zakat Fitrah 2019 Seluruh Negeri Di Malaysia

 

Kredit foto : permohonan.my

Nota :

  • Terdapat negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Contohnya,

Negeri Perak

Beras Super Special Tempatan 5% : RM7
Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah : RM21.00

Negeri Melaka

Beras Super Special Tempatan 5% : RM7
Beras Import seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan seumpamanya : RM14.00

Negeri Johor

Beras Super Tempatan : RM7.00
Selain daripada jenis Beras Super Tempatan seperti Beras Import (Beras Wangi, Beras Basmathi ) dan seumpamanya : RM10.00

*Kadar zakat fitrah adalah sumber dari Majlis Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)

Minta tolong sampaikan berita dan info ni pada keluarga kita ye sebab mungkin masih ramai yang belum tahu.

Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor, Lia juga suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes; https://t.me/nuraliahmohdnor , PPZ – MAIWP , permohonan.my

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer