Mak-mak penggemar pancake atau nak cuba kelainan untuk buat sarapan pagi atau minum petang, boleh cuba resipi Pancake Jepun ini. Sangat gebu, lembut dan sangat sedap.Cara nak buat pun mudah sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak, masak atas kuali non stick je.
Nak rasa macam mana sedap dan gebunya Pancake Jepun ni, boleh cuba buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Nornaim Keng ini.
“Rugi tau tak buat lagi..serius sedap tau. Senang sangat buatnya, bahan pun tak banyak. Try buat 1 adunan, dapat diselamatkan 2 keping je..lain-lain anak dah makan. Jadi la 2 keping ni untuk mama dia. Cepat buat, rasa macam kek cheese je. Viral sekarang makanan ni. Meh saya share resepi, lihat di setiap gambar ye.”
Pancake Jepun
Bahan-Bahan:
2 biji telur gred B (jangan hairan tu telur ayam Jepun. Baru semalam beli..ayam duk dalam econ sebab tu colour putih)- ayam pun reti panas ye ..(asingkan putih dan kuning telur ye)
40g tepung kek
½ sudu kecil esen vanila
25g susu full cream
25g gula kastor
½ sudu keciljus lemon
* Kalau guna tepung gandum, tambah ½sudu kecil baking powder.
Cara Membuat:
1.Pukul putih telur sehingga bertanduk..macam dalam gambo ni ye. Kalau tak bertanduk lagi..pukul je lg..takyah gune mixer, gune whisk je.Kejap je, dalam 7 minit macamtu..kalau lagi laju cepat je bertanduk.. Kasi tangan tu kurus sikit ye.
Masukkan bahan putih telur dah berbuih sikit, masuk gula..kacau sampai bertanduk..baru masuk jus lemon.
Ads
2. Ini adunan kuning telur..campur tepung kek+ esen vanila + susu full cream ( saya guna Dutch lady je).
3.Ambil sedikit adunan putih telur tadi, masuk dalam adunan kuning telur ni.Kacau sedikit bagi adunan cair sedikit.
4.Campur adunan telur tadi ke adunan telur putih ni ye. Kacau kaup balik ok..kalau tak tau cara kaup balik tu cer Google caranya.
Ads
5. Ini masa buat 3 ketul..selamat anak-anak ngap dah..jadi proses buat yang ni tak dapat nak snap. Sapu butter sikit dekat kuali.
6. Letak bancuhan dalam kuali, guna cup sukatan, agak-agak je letak. Buat 3 atau 4 kali. Tambah adunan tadi..jangan letak banyak-banyak, selepas letak adunan..titikan air sedikit di kuali, jangan atas adunan..terus tutup kuali tu tau.
Ads
7.Taraaa …nasib dapat 2 ketul je..kalau tak merajuk mama pi batu belah batu bertangkup.
8.Nampak ke gebunya..gebu macam pipi tuan yang buatnya la….tak payah buh gula icing..makan macam tu pun dah sedap.. Baik habiskan cepat kang anak datang minta lagi.
Sedapnya resipi Ayam Perap Mayonis ini. Jika mak-mak jemu selalu buat ayam menu yang sama je, boleh cuba resipi mudah ini.Pastinya menjilat jari. Rasa perapannya yang sempurna dengan keenakan mayonis yang berlemak, ia cukup sesuai digoreng atau di bakar begitu sahaja.
Biskut Samperit Klasik antara biskut raya dulu-dulu yang menjadi kesukaan ramai. Mudah nak buat dan kosnya pula tak besar. Modal RM15 boleh dapat 10 balang. Memang jimat! Sesuai sangat kalau mak-mak nak buat jual waktu raya nanti.
Boleh cuba resipi Samperit Klasik sedap yang dikongsikan oleh Puan Nor Afzan Idris ini sebagai panduan;
Pagi ni Mokcik buat semperit klasik. Biskut zaman-zaman dulu tapi sedap tak muak. Makan sekali terus jatuh cinta. Biskut ni kos dia tak banyak, modal RM15 je dah dapat 10 balang.
Bahan-Bahan:
A (kacau sebati)
1kg majerin cap pelangi
3 cawan gula dikisar
2 tudung esen vanila star brand
2 biji kuning telor
1. Ayak semua tepung dan masukkan dalam bahan A. Uli-uli sampai sebati. Kalau masih lekat ditangan tambah tepung gandum.
2. Ok dah siap. Masuk acuan dan tekan atas tulang. Terpulanglah masing-masing nak guna acuan macam mana. Bunga dahlia ke bunga taik ayam ke. Tak kisah takde dosanya.
3.Bakar suhu atas bawah 150c selama 30minit. Macam biasa ikut kesesuaian oven masing-masing.
Selamat mencuba.
Info Ekstra!
Kalau adunan terlalu lembut bila bakar jadi kembang dan kelopak bunga jatuh.
Semperit klasik ni tak manja macam semperit susu. Lambat-lambat picit takpe, adunan tak keras.
Yang kat atas hijau tu makcik hias dengan papaya apa ntah tak ingat nama. Beli 500g tak sampai RM5. Buat 10 adunan tak habis-habis lagi. Jimat berganda-ganda.
MW: Menarik juga resipi Samperit Klasik ni, sesuai kalau nk buat jualan berniaga untuk kuih raya nanti. Jimat kos, modal RM15 boleh dapat 10 balang kuih.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Menarik resipi donut tanpa telur mahupun marjerin ni. Hasilnya donut tetap lembut, gebu malah tak rasa muak pun. Resipi ni sesuai sangat untuk mereka yang ada alergi tak boleh makan telur mahupun tiada marjerin di rumah. Boleh cuba buat untuk minum petang, memang lebih jimat dan berbaloi.
Boleh cuba resipi donut mudah yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida ini.
Semalam tertengok resepi kat tiktok. Dalam resepi tu tanpa telur dan marjerin,rasa terpikir juga boleh jadi ke.Sebab 2 benda tu mst bahan wajib la selalunya dimasukkan dalam donut. Akhirnya saya pun cuba buat..ni la hasilnya gebu, lembut elok,makan pun takda rasa muak.
Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum
1paket mauripan
6sudu besar gula
1sudu besar garam
1sudu besar baking powder
1 1/2 senduk minyak masak
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan tadi,gaul-gaul dan masukkan air secukupnya uli sampai jadi doh yang licin.
2.Rehat kan dalam setengah jam lepas tu uli lagi sekali.
3.Boleh cetak doh ikut apa saja kuih yang nak dibuat. Dari satu adunan ni boleh dapat macam-macam jenis kuih.
4.Dah siap bentukkan donut, tunggu kembang..bolehlah di goreng..tabur dengan gula halus,siap!
Mingguan Wanita: Gebu sungguh, lembut hasil kejadian donut ni walaupun tak menggunakan marjerin dan telur. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...