Pancake 3 Bahan Ini Tak Guna Tepung Pun, Sesuai Sangat Untuk Mak-mak Tengah Berdiet

Share

Resepi pancake pisang ini mudah sungguh nak buat. Sebabnya pancake 3 bahan ini tak menggunakan tepung. Cuma gunakan pisang, telur dan madu. Sesuai untuk mak-mak yang sedang dalam usaha nak turunkan berat badan.

Hidangan sarapan mudah ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi

. Katanya waktu cuti sekolah yang lalu, dia mencuba resepi ini dan dihidangkan untuk anak-anak. Nak elakkan melekat, mak-mak kenalah masak dengan api perlahan guna kuali non stick ya.

Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ini. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.”

Bahan Pancake Pisang Tanpa Tepung

3 biji pisang
2 biji telur
Satu sudu madu

Ini Cara Buatnya

 

Sediakan 3 biji pisang, 2 biji telur dan satu sudu madu.

 

 

Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.

 

Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.

 

Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.

 

Sumber/Foto : Yanie Rosdi

Published by
Netty Ah Hiyer