
Isi Kandungan
ToggleResepi pancake pisang ini mudah sungguh nak buat. Sebabnya pancake 3 bahan ini tak menggunakan tepung. Cuma gunakan pisang, telur dan madu. Sesuai untuk mak-mak yang sedang dalam usaha nak turunkan berat badan.
Hidangan sarapan mudah ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Katanya waktu cuti sekolah yang lalu, dia mencuba resepi ini dan dihidangkan untuk anak-anak. Nak elakkan melekat, mak-mak kenalah masak dengan api perlahan guna kuali non stick ya.
“Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ini. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.”
Bahan Pancake Pisang Tanpa Tepung
3 biji pisang
2 biji telur
Satu sudu madu
Ini Cara Buatnya





Sumber/Foto : Yanie Rosdi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#mitos Mak Menyusu Kena Bagi Kedua-dua Belah Payudara, Nanti Besar Sebelah!

Isi Kandungan
ToggleBila masuk dunia mak menyusu, macam-macam cerita yang mak-mak akan dengar. Salah satunya, kalau nak menyusu wajib bagi kedua-dua belah. Nanti besar sebelah katanya!
Disebabkan terlalu panik, ada sesetengah mak menyusu terus bagi kedua-dua belah takut kalau jadi seperti yang dinyatakan.
Haaaa… betul ke tu, fakta atau auta ya? Mari godek ilmu menyusu oleh DrHana ini dulu, moga perkongsian ini boleh membuka mata mak-mak muda.
Cerita Menyusu
Bila kita menyusukan bayi dari sebelah breast, automatic breast yang sebelah lagi akan turut mengalirkan susu disebabkan hormon oxytocin yang terhasil daripada rangsangan sucking baby. Hormon ini akan menghantar signal kepada kedua-dua belah breasts untuk merembeskan susu.
Dari pemerhatian Drhana, ada ibu style menyusu dia macam ni: Baby tengah menyusu dari sebelah kanan, bila susu start mengalir sebelah kiri dia cepat-cepat tukar sebelah kiri pulak. Sebab takut baju basah!
TAPI TAPI TAPI…
Bila buat macam tu, nanti baby banyak dapat FOREMILK saja dari dua-dua belah breasts – ini ibarat dia hanya minum ‘air’ sahaja, dan akan cepat lapar semula.
CARA YANG LEBIH TEPAT:
Bagi baby menyusu dari sebelah dulu, sampai terasa breast kosong dan lembut. Dengan cara ini barulah baby akan dapat kedua-dua FOREMILK dan HINDMILK yang ia perlukan pada setiap sesi penyusuan (air + “makanan”). Jika baby masih belum puas barulah berikan yang sebelah lagi.

Bila baby menyusu dari sebelah breast, Drhana suggest ibu-ibu buat tandem pumping – pamkan susu serentak dari yang sebelah lagi, sebab waktu nilah flow susu sangat laju (rangsangan oxytocin dari sucking baby).
Jadi, taklah jadi bengkak/besar sebelah!
Dan boleh buat stok susu! Tapi kalau baby selalu tak puas dengan hanya sebelah breast, bagi je kedua-dua belah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustaz Ebit Bantu Keluarga Anak Kecil Tidur Beralas Kotak Atas Jambatan

Isi Kandungan
ToggleKeluarga anak perempuan kecil ini diuji hidup menjadi gelandangan. Tidur malamnya cuma beralaskan kotak di atas jambatan bertemankan nyalaan ubat nyamuk. Sayunya ibu hamil lagi.
Bersama anggota polis, Ustaz Ebit Lew menjalankan misi membantu keluarga yang diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup ini. Terkini, mereka sudah pun mendapat rumah sewa dengan bayaran bulanan ditanggung sepenuhnya oleh Ustaz Ebit.
Kongsi Ustaz,
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan RM500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini.
Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi AJK tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Kena Halau Di Dunia Tak Apa, Jangan Kena Halau Di Akhirat
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kasih abang Azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kasih tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang.
Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.
Ini Kejadian Sebelum : Misi Membantu Anak Kecil Tidur Atas Kotak
Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di fb Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan Patron Selayang tiada rumah dah 4 hari di sini. Saya terus gerak ke sana dah 11.30 malam dan lalu roadblock dekat situ.
OCPD tanya ustaz ke mana ni. Saya minta bantuan mereka. Baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa. Terima kasih ACP Arifai Ketua Polis Daerah Gombak dan semua abang polis bersama saya tadi. Hebat PDRM. Abang polis semua tolong angkat barang kakak ni dan anaknya.
Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah ya Allah. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya. Meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah. Tanya suami katanya pagi kot baru balik sini. Syukur rasa. Akak ni kenal saya. Pernah baca buku pasal isteriku bidadari. Akak ni tengah mengandung lagi. Ya Allah lagi sayu sebak rasa bersalah.

Ujian Anak Kecil
Dengan bantuan polis saya bawa akak ni balik rumah. Ya Allah apalah ujian mu anak kecil. Ada masalah keluarga juga. Polis kata apa-apa call jer ustaz. Kita bantu ustaz. Terima kaseh ustaz tolonglah yer anak ni ustaz. Sedih rasa.
Siapa ada rumah untuk disewa sekitar KL atau area Gombak ni yang tak mahal boleh pm saya yer. Terima kasih yer (Note : ustaz sudah menemui rumah sewa)
Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah takde nyamuk. Tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang. Terima kasih adik yang tag dan Amin Mean atas berita dan gambar itu.
MW : Semoga Ustaz diberi kemudahan dalam menjalankan kerja-kerja amal sepanjang musim PKP Covid-19 ini.
Baca sini : Pesakit tahfiz Covid-19 tetap solat berjemaah dalam wad, jarak 1 meter
Sumber/Foto : Ustaz Ebit Lew
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Penjagaan Anak, Shakilla Bersuara “Kalau Awak Tak Datang, Anak Tak Mungkin Akan Datang Cari…”

Isi Kandungan
ToggleIsu penjagaan Shakilla bersuara “kalau awak tak datang, anak tak mungkin akan datang cari awak. Hari ini, proses sulh di antara penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla berhubung hak penjagaan anak tidak mencapai kata sepakat.
Fizi memaklumkan, permintaan memohon hak lawatan terhadap anak mereka, Ameena Sofia, 5 tahun tidak dipersetujui oleh bekas isteri. Memandangkan keduanya tiada kata sepakat, kes hadanah anak ini akan dibawa ke mahkamah.
Isu Penjagaan Anak, Shakilla Bersuara
Dalam pada itu, di mahkamah Fizi dikatakan menangis kerana terlalu rindukan anaknya. Bagaimana pun saat ditemuramah, Shakilla seakan menepis tanggapan bahawa dirinya bertindak menghalang bekas suami dari bertemu anak tunggal mereka itu.
Katanya, “kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak,” kata pelakon Shakilla Khoriri, 35.
Shakilla berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dirinya dikatakan menghalang bekas suami, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37, daripada bertemu anaknya, Ameena Sofia, 5.
“Kalau Awak Tak Datang, Anak Tak Mungkin Akan Datang Cari…”
Menurut Shakilla, dia juga tidak berpuas hati dengan komitmen diberikan Fizi sebagai bapa kepada anak mereka itu.
“Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan hilang begitu saja. Jangan ghaib.
“Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada sebutan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, hari ini.
Mengenai dakwaan dia menyekat nombor telefon Fizi, Shakila tidak menafikan perkara itu, tetapi ada alasan untuk bertindak sedemikian.
“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ (sekat) sebab ada campur tangan isterinya.
“Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya. Sebab ‘block’ saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya,” katanya.
Ditanya dakwaan Fizi ada menghubunginya banyak kali selepas tidak dapat bertemu anak pula, Shakilla menafikannya.
“Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul.
“Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam . Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana.
“Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial,” katanya.
Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Pada bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana Shakila enggan membenarkan dia bertemu anaknya.
Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Ameena Sofia,5. Selepas bercerai dengan Shakilla, Fizi berkahwin kali kedua dengan Siti Zulaikha, 31.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Dia Paling Cantik Di Mata Saya..” Perubahan Fizikal Isteri Tidak Pudarkan Cinta James Bond
Hamil Anak Kedua, Wanita Ini Mengidam Bersanding Sambil Diarak Keliling Kampung
“Kenangan Seumur Hidup..” Pengantin Lelaki Sebak Terpaksa BERSANDING Tanpa Isteri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI