Panas-Panas Ni Layan Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Sedap Juga!

Share

Rupanya mudah je jika mak-mak nak buat sendiri aiskrim perisa Kacang Merah di rumah. Lebih puas hati dan jimat bila buat sendiri. Boleh ‘adjust’ ikut kesesuaian citarasa kita. Nak kurang manis, berlemak, lebih kacang dan sebagainya. Rasanya kacang merahnya yang manis dan lemak berkrim dimakan sejuk memang sedap lalu ditekak lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Baca Lagi DiSini:
Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!


Hanya Guna 4 Bahan Buat Aiskrim Sendiri Di Rumah, Tak Perlu Beli Lain Dah!

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Norazliana ini.

“Panas-panas ni layan Aiskrim Kacang Merah sedap jugak.Siapa peminat aiskrim ni kita geng”

Kat sini Mekna ada share resipi. Selamat Mencuba ye

Bahan-bahan:

Kacang merah (lebih kurang 300grm )
1.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 satu kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
Sedikit sirap
Sedikit garam

Cara Membuat:

1.Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek.
(Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk)
*kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap. Resipi diatas anggaran sahaja.

2. Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.
3. 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air
gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixed
4. Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.
5. Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi color cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati.
Tutup api.

6. Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.

Siap! Selamat Mencuba!

MW: Mudah je buat aiskrim kacang merah ni dan lebih jimat bila buat sendiri. Manis, lemak berkrim secukup rasa, anak-anak pun mesti suka.

Sumber: Siti Norazliana

Published by
Suhaidah Abd Wahab