Tak dinafikan dalam keterujaan berkongsi apa juga petua atau tip, perlu fikirkan kesan dan relevannya, kerana takut mungkin ia boleh mengundang mudarat pula. Sebagai contoh, ubat seperti panadol adalah untuk kegunaan manusia dan ia bukanlah untuk kesegeran sayur-sayuran mahupun tumbuh-tumbuhan.
Petua yang tidak relevan dan boleh memberi kemudaratan, sebaiknya jangan dikongsi kepada orang lain. Kalau nak guna, simpan petua tersebut untuk diri sendiri sahaja.
Panadol untuk manusia, panadol bukan untuk tumbuhan atau memberi kesegaran pada tumbuhan.
APAKAH PANADOL?
Paracetamol atau lebih dikenali dengan pelbagai nama dagang contohnya Panadol atau Uphamol. Ia digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.
APAKAH KEGUNAAN PARACETAMOL?
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan pada label.
Tahukah anda PARACETAMOL BOLEH MENDATANGKAN MUDARAT SEKIRANYA DIAMBIL DALAM KUANTITI YANG BERLEBIHAN.
Pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan PENYAKIT PADA HATI.
Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.
CARA PENYIMPANAN :
Simpan semua ubat-ubatan anda jauh daripada cahaya dan kelembapan dan jangan simpan di dalam bilik air.
Daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun limau diletakkan dalam peti sejuk, semua daun dan batang ini akan layu kering dan busuk.
Maka terpaksa dibuang ke tong sampah meskipun belum habis digunakan. Membazirkan kan?
TIP UNTUK MENYIMPAN TUMBUHAN HERBA AGAR TAHAN LAMA ADALAH;
1️. RENDAM DALAM AIR BESERTA AKARNYA
Ads
Caranya:
Pastikan beli tumbuhan yang masih ada akarnya. Balik rumah cuci bahagian daun dengan air paip dan rendam akar dalam air.
Untuk lebih segar dan lebih tahan lama, letak dipintu peti sejuk. Dapatlah feel rasa macam ala-ala Cameron Highlands.
Tukar air setiap hari sambil renjiskan air pada daunnya. Ia boleh tahan 1-2 minggu. Cubalah..ini yang saya amalkan.
2️. BEKUKAN DAUN HERBA
Teknik membekukan tumbuhan jenis aromatik ini dibuat agar ia boleh disimpan lebih lama. Bukan 1 atau 2, malah boleh bertahan sampai 3 bulan. Akan layu sedikit namun aromanya masih kekal segar seperti asal. Contoh daun limau.
Caranya:
Daun-daun tersebut dicuci sebersih-bersihnya menggunakan air paip.
Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia lalu isikan air masak sehingga penuh lalu ikatkan dengan kemas.
Masukkan dalam tempat sejuk beku. Semasa mahu memasak nanti, cairkan ais batu untuk bahagian yang mahu dimasak.
Sumber 2: Pengguna TikTok @farahiylia.
Sekian, kongsikan ilmu dapur ini kepada yang tersayang.
Mingguan Wanita :Jadi perlu ingat iya, kegunaan panadol bukan untuk kesegaran tumbuhan. Jika sesuatu petua atau tip yang ingin dikongsikan itu boleh beri mudarat seeloknya tak perlu kongsikan.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Wangikan ruang tamu. Pastinya mana-mana rumah ingikan rumah sentiasa wangi dan nyaman bila berada di dalamnya. Inilah membuatkan kita rasa tenang dan tidak berserabut.
Bayangkan kalau rumah berbau hapak dengan keadaan yang bersepah, dah tentu membuatkan kita rasa macam ‘nak lari’ rumah pula. Nak tak nak kenalah beli pewangi yang boleh hilangkan bau hapak dan kepam kat dalam rumah.
Jadi, kalau nak wangikan ruang tamu dan keseluruhan rumah tak perlu nak beli yang mahal-mahal, mak-mak boleh buat sendiri pewangi rumah. Lagi jimat.
Perkongsian daripada Azlin Alias dalam video tiktoknya bolen membantu mak-mak. Wangiannya lebih kurang sama dengan fabreeze.
Dalam videonya turut memberitahu pewangi yang buat sendiri ini lebih kurang fabreeze. Fungsinya sama untuk nyahkan bauan dalam rumah dan dah tentu ketahanan tak sampai 24 jam.
Bahan:
Pewangi baju (tak kisah jenama apa)
Baking soda
Cuka
Air panas
Caranya:
1. Masukkan 2 sudu kecil baking soda dalam bekas bersama 2 cup pewangi baju, 2 cup cuka dan secawan air panas.
.
2. Kacau sebati.
3. Selepas itu, masukkan ke dalam botol kosong, tak kisah botol jenis apa asalkan dapat spray.
4. Kemudian, spray/sembur pada langsir, karpet dan bantal. Boleh juga sembur sekeliling dalam rumah.
Mingguan Wanita : Nak jimat bolehlah cuba cara ini. Citarasa masing-masing.
Sumber: Ciklynalias (tiktok)
@ciklynalias Dia macam febreze. Nyahkan bauan dalam rumah.Ketahanan bau tu tak sampai 24jam. Saya juz share tips yang mudah Dan saya guna. Terpulang pada masing-masing. Ada yang kata Tak menjadi tu maybe dia dah biasa guna yang mahal-mahal. Hidung Tak sama kan 🤭 #pewangirumah#tipapewangirumahmurah♬ original sound – Azlin Alias 💕
Sekarang dah bermula musim durian. Merata jalan peniaga menjual buah durian dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Bagi kita yang tak biasa atau kurang pengalaman beli buah durian, memang rugi kalau dapat buah yang tak ‘fresh’ dan tak berkualiti.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk pilih buah durian yang elok.Salah satu tip asas dapat menentukan buah durian tersebut masih ‘fresh’ atau tidak boleh lihat pada tompok di tangkai buah tersebut. Pastikan bahagian tangkai durian masih lagi bergetah, barulah ia fresh.
Tip pilih durian yang dikongsikan sendiri oleh anak tokey dan pemilik dusun durian sendiri iaitu Puan Ida Royani boleh dijadikan rujukan.
Sedikit ilmu untuk yang tak biasa dan kurang pengalaman beli durian. Ilmu ni belajar daripada pengalaman hidup. Sebab cheq memang anak tokey dan pemilik dusun durian daripada durian kampung hingga ke variety yang baru.
Bila membeli durian:
1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir menandakan buah betul-betul fresh.
Baru luruh, bahagian tampuk tangkai masih berlendir. Saya tak potong, dapat rasa menggerutu kat tangkai.
2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil menandakan buah semakin kurang kualiti.
3. Pilih buah yang tidak pecah bontot. Buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ke3. Ketika ini rekahan bentuk line di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semkin besar rekahan. Kualiti tempoyak je.
4. Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilih duri pendek dan sekata.
5. Jika suka yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung sedikit. Biasa berduri panjang seinci.
6. Untuk mengenal pasti buah elok tak rosak atau bena. Cium setiap pangsa buah yang masak. Ada bau daripada setiap pangsa. Ni paling mudah.
7. Bagi yang professional kami akan;
A. Goncang Buah
Buah masak elok terasa ada gegar.
B. Teknik Menggaru Buah
Buah yang masak elok ada bunyi lompong. Manakala buah yang muda bunyi padat.
C. Durian Bukit
Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih) tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri.Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.
D. Tentukan Jenis Warna Isi Durian
Di bahagian tangkai tu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Bila kikis sikit dengan kuku boleh tengok kulit ari durian. Ada yang hijau, ada yang coklat. Coklat pun banyak jenis sebb berbeza warna isi. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang Macam tembaga.
Sedikit coretan ilmu dan tip pilih durian daripada seorang anak kebun. Sekadar berkongsi ilmu sahaja.Sebab kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Yang menjual tu diaorang bukan pemilik kebun, sebab tu mereka kejar untung.
Bentuk sebegini maksimum isi setiap pangsa hanya 2. Biasanya hanya seulas. Duri pendek, jarak antara duri sekata dan jauh. Ciri-ciri durian bukit.Ni contoh variety color durian bukit sahom, ditanam oleh moyang saya. Pokok lebih 100 tahun.Ni Berat 2.5-3.3 kg. Pilih bentuk bulat-bulat untuk maximum isi.Keluarga saya kalau jual memang longgok macam ni. Ni contoh RM50 je selonggok. Tahun lepas berat setiap biji ni 2.8-3.3 kg. Saya yang timbang.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip pilih durian ini bermanfaat. Jadi bila nak beli durian tu, tip asas pastikan pilih tangkai yang bergetah barulah buahnya fresh, baru luruh.Tak laa rugi beli mahal-mahal tapi buah duriannya dah tak elok.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Alahai, malunya bila muka ada parut jerawat. Rasa macam tak bersih pula muka walaupun tiap-tiap hari cuci muka. Bimbangnya, ia boleh jadi parut kekal sampai bila-bila.
Ada juga tumbuh jerawat sebab ambil makanan tertentu yang mungkin alahan pada kita atau perubahan hormon yang kita alami. Kalau tak kawal, bukan setakat jerawat tumbuh banyak tapi boleh meninggalkan parut jerawat kekal.
Rupa-rupanya ada petua dan tip yang boleh mak-mak gunakan untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak, cara nak hilangkan parut jerawat. Inilah yang dikongsikan oleh Muyassarah Samad.
Tak perlu nak beli produk kecantikan untuk hilangkan parut jerawat, guna saja bahan homemade yang ada di rumah. Lagi selamat dan tak ada bahan chemical.
Caranya semudah 1, 2, 3 dan hanya perlukan 3 bahan saja.
1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air kosong
Petua ini memang amalkan masa zaman remaja. Masa itu muka penuh dengan jerawat, sampaikan malu nak keluar rumah.
Alhamdulillah selepas amalkan petua ini, dalam masa seminggu parut jerawat hilang. Paling penting, kalau nak ekstra kulit wajah berseri, kenalah amalkan setiap malam.
Caranya:
1. Ini kulit wajah selepas amalkan petua ini. Ia tidaklah seteruk sebelum ini.
2. Langkah 1 – Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Asam jawa – Apa-apa jenis jenama tak kisah.
Bedak sejuk – Boleh juga guna yang buat sendiri atau beli saja.
Air kosong
3. Langkah 2 – Ambil sedikit asam jawa dan tambahakan sedikit air kosong. Pastikan ia tidak terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
4. Langkah 3 – Kacau sebati bahan tadi.
5. Langkah 4 – Kemudian ambil bedak sejuk dan campurkan dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat, bolehlah tambah dengan sedikit air.
6. Langkah 5 – Inilah hasilnya bila dah sebati.
7. Langkah 6 – Sapukan pada tempat berparut atau nak sapukan ada seluruh wajah pun boleh.
8. Biarkan ia kering. Seeloknya buat pada waktu malam sebelum tidur.
Mingguan Wanita : Tak perlu pening nak cari produk yang belum tentu sesuai. Guna dulu bahan homemade yang ada kat dapur. Jimat dan berkesan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...