Die Hard Fan Hello Kitty dan Sanrio harus pergi. Ia bermula dari 24 November 2018 hingga 1 Januari 2019. Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Tempatnya pula adalah di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
13 zon bertemakan Sanrio membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni.
Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970.
Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.
Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka.
Pengunjung turut berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong.
Pameran ini membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanrio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun.
‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung.
‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio.
‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.
Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio!
Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.
Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my.
Apa tunggu lagi. Jom pergi!