Sejak berkahwin, pernah tak anda bersama pasangan dating berdua? Kalau bercinta dulu memanglah akan cari masa untuk berdua. Tapi bila dah kahwin, duduk rumah ajelah.
Lebih-lebih lagi bila ada anak, semuanya fokus pada mereka dan kerja rumah. Memang susahlah nak dating berdua. Kadang-kadang, ada je planning tapi apa yang dirancang tu tak menjadi, mesti ada hal lain.
Sebenarnya, baik suami atau isteri kena dating berdua terutamanya suami kenalah paksa isteri. Tak perlu pergi jauh pun minum kedai kopi pun dah cukup.
Kadang-kadang bukan isteri tak nak, memikirkan banyak kerja rumah nak kena buat, rasa macam rugi masa pula bila nak keluar kan! Hakikatnya kalau difikirkan tentang kerja rumah memang tak akan habis.
Jadi, suami atau isteri kena sama-sama paksa untuk dating berdua, seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, ada betulnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Isteri Kena Ada ‘We Time’. Inilah Masa Nak Luah Perasaan Yang Terbuku
Jadilah Isteri Paling ‘Sweet’, Gedik Dengan Suami, Jangan Sampai Orang Lain Penuhi Cinta Pasangan
Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Malah, saya tetap kena ingatkan bahawa dia tu bukan cuma seorang ibu semata-mata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
Jadi memang nak tak nak saya akan ‘paksa’ dia dating dengan saya. Tak kisahlah ke kedai mamak ke, kopitiam ke mall ke atau di tepi sungai ke yang penting saya kena cari jalan untuk rehatkan isteri saya.
Itulah tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumahtangga.
Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
Jadi isteri saya pun akan ‘paksa’ saya untuk dating berdua dengannya semata mata untuk rehatkan saya daripada menjadi pencari nafkah sepenuh masa buat keluarga.
Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insya Allah nak jadi ibu ke, jadi isteri ke, nak jadi pekerja ke atau pun nak jadi bos, semua boleh belaka. Apa yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!
Mingguan Wanita : Betul sangat. Carilah masa, pergi sarapan atau makan tengah hari bersama pun dah cukup. Jangan ingat dating berdua tu kena pergi tempat-tempat romantik. Tak perlu pun, tempat biasa-biasa pun dah seronok.
Sumber: Dr Taufiq Razif
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita