Berita

Paksa Anak Tidur Di Koridor 4 Hari Berturut-turut, Ibu Bapa Abai Anak Ditahan Polis

Share

Paksa  anak tidur di koridor empat hari berturut-turut, ibu bapa  abai anak ditahan polis. Tular gambar seorang remaja berusia 13 tahun yang tidur di kaki lima rumahnya kerana tidak dibenarkan memasuki rumah.

Paksa Anak Tidur Di Koridor 4 Hari Berturut-turut

Dalam tularan di media sosial tersebut, jiran menangkap gambar remaja berusia 13 tahun ini sedang lena tidur di koridor rumah pangsapuri kos rendah di Pasir Gudang memasuki hari ke empat berturut-turut.

Jelasnya remaja ini dihalau dari rumah selain memaklumkan remaja ini buang air besar ditangga kerana tak dibenarkan masuk ke rumah. Masa yang sama, menurutnya remaja ini seorang yang baik dan sentiasa gigih pergi ke sekolah walau kerap dihalau dari rumah. Bahkan makan minumnya diberikan oleh jiran yang kasihan dengan nasibnya.

Selepas kes ini tular di media sosial, remaja lelaki berusia 13 tahun ini berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan ibu bapanya tahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak dalam sidang medianya memaklumkan, remaja ini diabaikan oleh ibu bapanya sejak 7 Julai lalu.

Susulan hal pengabaian anak ini,  Sohaimi berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri berusia 54 dan 56 tahun yang merupakan ibu bapa remaja terbabit.

4 malam berturut-turut remaja ini tidur di koridor rumahnya selepas dihalau. Kredit gambar :- @zaidahmad_official

Ibu Bapa  Abai Anak Ditahan Polis

Dalam pada itu, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut memaklumkan pasangan tersebut kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

Published by
Almaswa Haji Che Ros