Pakcik PEGANG Plastik Hitam Tahan Kenderaan Lalu-Lalang Semata-Mata Untuk SEDEKAH DURIAN

Share

Sekarang ini tengah ‘galak’ musim durian. Sana-sini ada yang menjualnya. Semua ada, musang king, blackthorn, D24 dan tak kurang juga durian kampung.

Boleh dikatakan harga durian ini memang ‘harga kayangan’ dan tak semua dapat merasanya. Kecuali yang ada kebun durian sangatlah beruntung. Inilah masa yang ditunggu.

Memandangkan harganya boleh tahan mahal dan tak siapa mampu merasai, ini pula ceritanya yang viral di media sosial baru-baru ini.

Dikatakan seorang pakcik bersama satu palastik hitam setia menahan kenderaan yang lalu lalang supaya berhenti dan mendapatkan 4 biji durian percuma yang terkumpul di sebuah ‘bangsal’ di tepi jalan.

Durian Percuma 4 Biji

“Mai ambil, free-free, ‘ampa’ isi sendiri dalam beg plastik, rezeki kita kongsi bersama”.
Itu antara dialek seorang peniaga ketika ‘menjemput’ pengguna jalan raya untuk singgah ke gerainya bagi menikmati durian secara percuma.

Gelagat peniaga itu mula tular di laman Facebook semalam selepas klip video berdurasi dua minit 57 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Badli Shah semalam.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi peniaga tersebut membuat sumbangan ‘sedekah durian’ itu.

Difahamkan ia berlaku di sebuah kawasan di sebelah utara Semenanjung Malaysia berdasarkan dialek peniaga terbabit.

Susulan tular klip video itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan peniaga tersebut yang tidak ‘lokek’ berkongsi rezeki dengan orang lain dan mendoakan agar peniaga tersebut dimurahkan rezeki selalu.

“Semoga dimurah rezeki pakcik ni, dipanjangkan umurnya, semoga dijauhkan penyakit Covid-19 ni dari dia dan keluarganya, amin,” tulis Salina Eina pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Zaty Ramzi.

“Murah rezeki dia, bagus kongsi rezeki,sebab tak semua mampu beli raja buah sekarang,” katanya.

Seorang lagi pengguna yang telah meninggalkan komen dikenali sebagai Amy Mariny Hassan.

“Alhamdulillah, kalau la semua tempat ada macam ni kan bagus, kalau saya kat Sabah nak free, beli tiket ke Perak dah berapa.

“Lagipun tak boleh rentas negeri, semoga Allah memperluaskan rezeki mu wahai pakcik.amin,” ujarnya.

Mingguan Wanita : Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: K! ONLINE

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora