Pakcik Makcik Makan Harta Anak Yatim RM2 Juta, Hanya Hulur Belanja RM1000 Sepanjang 12 Tahun

Share
Pakcik makcik makan harta anak yatim RM2 tuta, hanya hulur belanja RM1000 sepanjang 12 tahun.
Manusia sememangnya sentiasa tamak dengan harta. Pantang ada kesempatan, mereka akan mengaupnya walau dengan cara yang salah.
Kisah seorang gadis dikenali sebagai Sam yang berkongsi perjalanan hidupnya di IIUMC yang ditipu pakcik dan makcik yang sewenang mengambil harta kedua  ibu bapa yang yang meningal dalam kemalangan wajar dijadikan panduan.
Menyedihkan dirinya hidup susah sepanjang 13 tahun dan hanya mendapat RM1000 sedangkan harta peninggal mak ayahnya mencecah RM2 juta keseluruhannya.
Moga jadi iktibar, jangan sesekali makan harta anak yatim.
Aku membesar dengan ibu, abah dan aku. 3 orang. Keluarga aku ni senang cerita, keluarga senang.
Ibu dengan abah sorang satu ada kereta dan abah aku ada motor Harley Davidson.
Lagi satu ibu aku ni dia ada rumah sewa dalam dua buah rumah flat. Setiap bulan dapat RM400 ringgit.

Pakcik Makcik Makan Harta Anak Yatim RM2 Juta

Ditakdirkan ibu dengan abah aku accident waktu bekerja. Sebab mereka berdua ni kerja dalam company yang sama. Aku waktu tu umur baru 11 tahun.
Tahu apa jadi?
Sehari lepas pengebumian ibu dan abah aku, pakcik dan makcik aku hantar balik kampung dekat Kelantan duduk dengan nenek aku dan maksu aku.
Aku waktu tu tengah blur hilang ibu dengan abah serentak. Tiba tiba kena pindah negeri, pindah sekolah.
Aku cakap nak stay dekat rumah tapi pakcik makcik aku marah, suruh balik Kelantan.
Mulalah aku membesar dengan nenek dan maksu aku. Waktu ni aku memang dalam state confuse. Kena pindah sekolah. Lepas tu aku asyik terfikir rumah aku macam mana.
Tahun pertama makcik pakcik yang hantar aku balik Kelantan, tak ada sorang pun datang melawat.
Aku setiap hari, duit belanja makan semua maksu dengan nenek yang bagi. Itupun sebab maksu dengan nenek aku berniaga sarapan depan rumah setiap pagi.
Tahun kedua raya haji, baru makcik pakcik aku balik.
Tahu diorang balik guna apa?
Pakai kereta arwah abah dengan ibu aku.
Aku ingat lagi kereta Proton Perdana abah aku dengan Toyota Vios ibu aku.
Bila aku cakap, “Eh, ni kereta ibu dengan abah.” Diorang marah cakap bukan. Ni kereta diorang sebab diaorang tolong bayarkan, kalau tak, kereta kena tarik.
Aku waktu tu cakap, kereta ni ibu dengan abah punya. Arwah ibu dengan abah cakap dah habis bayar. Tapi diorang cakap, arwah ibu dan abah aku menipu.
Balik tu diorang bagi aku berapa? 100 ringgit sahaja.

Hanya Hulur Belanja RM1000 Sepanjang 12 Tahun

Jadi tahun demi tahun aku memang tak puas hati.
Setiap kali balik, aku nampak makcik pakcik aku dengan anak dia, hidup makin mewah.
Tapi aku?
Sepanjang duduk situ, baju baru setakat baju raya. Yang lain? Baju yang orang kampung situ derma.
Habis SPM, makcik pakcik aku suruh sambung belajar dekat Kelantan. Tapi waktu ni aku menipu cakap dah apply Kelantan dengan Terengganu. Padahal aku apply dekat selatan tanah air. Aku nak balik rumah aku dekat Johor.
Waktu diterima masuk belajar di selatan tanah air, aku pergi senyap-senyap bawa beg dokumen. Aku cuma ada duit yang aku kumpul dalam tabung. Semua tak tahu aku belajar di mana.
Aku pergi rumah lama. Tengok ada keluarga lain duduk situ.
Sambil belajar, aku fikir apa yang aku nak buat.
Itu tak termasuk aku kena kerja part time sebab nak cari duit belanja.
Masa umur aku 20 tahun, waktu ni era Facebook tengah rancak, aku nampak post satu peguam ni. Dia kongsi cerita pasal situasi yang hampir sama dengan aku.
Aku pun PM peguam tersebut dan cakap aku ada masalah sama macam tulisan dekat wall Facebook dia. Jadi lepas seminggu, dia pun datang Johor dan jumpa aku.
Aku pun explain satu persatu situasi aku. Aku waktu tu cuma mampu bagi dia dalam 200 ringgit untuk consultation padahal bayaran sebenar mahal.
Tapi peguam tersebut cakap tak apa. Bayaran nanti selesaikan.
Jadi lepas 2-3 hari, aku pun tunjuk dia rumah arwah ibu dan abah aku. Lepas tu tunjuk rumah sewa, kereta dan motor.
Cuma ada RM200 dan jumpa peguam baik hati uruskan kes harta ini
Jadi peguam ni cakap, dia akan buat kira-kira dan kertas kerja.
Dalam 2 minggu, kami jumpa balik.
Rumah tu sebenarnya dah di jual 7 tahun lepas. Harga dalam RM 820,000.
Bab rumah sewa pula, katanya sebelum ni memang arwah ibu aku sewakan harga RM400. Tapi bila disiasat, rupanya tahun ibu dan abah aku meninggal, makcik pakcik aku dah naikkan harga RM500 sebulan. Dan 2 tahun selepas itu, naik RM550 dan sekarang dah RM650 sebulan.
Bila check bahagian kereta pula, memang sah ibu dan abah aku dah habis bayar. Yang satu tu 7 tahun dah habis bayar dan lagi satu tu hanya perlu bayar lagi 7 bulan.
Motor Harley Davidson tak tahu sebab aku tak ingat nombor plat. Jadi tak boleh cari.
Tapi yang paling penting, selama ni aku tak tahu, di sebabkan kematian arwah ibu dan abah di tempat kerja, mereka dapat pampasan berjumlah RM720,000.
Aku waktu dengar tu memang terkejut. Sebab selama ni aku tak tahu.
Semua duit mak ayah diambil begitu saja sedangkan itu hak aku
Wang pampasan tu sepatutnya makcik dan pakcik aku kena serahkan bila umur aku dah capai legal age 18 tahun.
Makcik pakcik aku tak pernah bagi tahu.
Kau bayangkan, setahun selepas arwah ibu dan abah meninggal, makcik pakcik aku dapat wang pampasan banyak tu.
Aku? Tak dapat langsung. Yang dapat, itulah RM100 setiap kali dia orang balik cuti raya.
Lepas 6 bulan, aku siapkan segala dokumen, akhirnya aku buka kes.
Waktu ni lah aku baru nampak balim muka makcik pakcik aku. Mereka cakap, kenapa nak pergi mahkamah apa semua.
Ambil masa 5 tahun juga nak dapat balik hak aku.
Kereta kena pulangkan balik dekat aku.
Lepas tu, kena pulangkan balik duit pampasan RM720,000 dengan tambahan RM50,000.
Duit dari sewa rumah sebanyak RM150,000.
Kena bayar juga duit penjualan rumah 100%.
Semua ni makcik pakcik aku kena lakukan dalam masa 5 bulan.
Waktu ni, barulah makcik pakcik aku datang merayu-rayu. Tapi aku tak peduli. Sebab duit yang diorang makan tu sepatutnya duit aku.
Bayangkan dari umur aku 11 tahun sampai umur 23 tahun, duit yang aku dapat dari jumlah semua sekali, dari rumah, kereta, pampasan, sewa rumah lebih kurang RM2,000,000 (dua juta), aku cuma dapat dalam RM1,000.
Keluarga diorang hidup senang. Emas berderet. Anak-beranak hidup mewah guna duit yang sepatutnya jadi milik aku.
Tapi aku? Cuma dapat RM1,000.
Maksu aku dengan nenek aku pun dapat setiap bulan setakat 2-3 ratus.
Lepas setahun, diorang bergadai segala benda. Bankrup.
Akhirnya, aku dapat balik harta yang sepatutnya jadi milik aku. Itu pun setakat 80%.
Diorang kena penjara. Anak beranak diorang waktu tu, macam-macam maki aku. Cakap yang aku ni tak sedar diuntung sebab mak ayah dioarang jaga aku. Kalau tak, aku merempat.
Aku lawan balik kata-kata makian diaorang. Kalau tak sebab duit aku, dioarang ni duduk rumah setinggan satu bilik.
Sebab selama ni, masa ibu abah masih hidup, diorang anak beranak hidup menyewa di setinggan. Tapi lepas dah ambil duit milik aku, terus hidup rumah teres besar 2 tingkat.
Tiba tiba cakap aku tak bersyukur kena jaga? Yang jaga tu maksu dengan nenek aku.
Lepas lebih kurang 5 tahun, turun naik mahkamah, akhirnya selesai.
Aku sendiri bagi bayaran 10% dari semua tuntutan aku tadi, dekat peguam aku. Sebab bagi aku, kalau dia tak tolong, memang sampai sekarang aku tak dapat balik harta itu semua.
Kes pula bukan sekejap. Hampir 5 tahun aku turun naik dengan peguam ni.
Aku sendiri dah pindah Selangor dengan nenek dan maksu aku. Dah berkahwin pun.
Aku selalu dapat mesej, call, pm Facebook, anak-anak makcik pakcik aku, maki-maki aku dengan bermacam kata makian.
Ada yang siap cakap duit tu semua hak mak ayah diorang sebab dah tolong jagakan.
Hakikatnya, bila aku tanya peguam yang bantu aku, kes macam ni dah banyak dia handle. Termasuk kes aku, 10 kes, situasi lebih kurang sama.
Harta yang sepatutnya jadi hak orang lain tapi dinikmati orang lain.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros