Ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi, tentu pernah dengar nasihat-nasihat sebegini: “Bila menyusu baby tu, tukar-tukar la kiri dan kanan” “Ha a betul tu. Yang belah kanan tu air, yang kiri tu nasi jadi baby kena minum kedua-duanya sekali”
Entah kenapa, bayi pula lebih suka menyusu belah kiri saja. Bila suakan belah kanan, sekejap saja dia menghisap. Bila ada mak saudara atau kakak saudara kongsikan petua menyusu kiri dan kanan, ibu mula pening kepala. Serba salah, nak ikut atau tak, nasihat sebegitu.
Konsultan Susu Ibu, Puan Suraya Ali menjelaskan 7 Fakta tentang info susu badan kiri atau kanan yang sebenarnya dinamakan Foremilk Hindmilk.
Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.
Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan. Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).
Ideanya adalah begini. Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza.
Cuma ketika penyusuan bermula, susunya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.
Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan ke dalam susu. Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong. Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.
Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau. Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.
Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protein dan vitamin. Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.
Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.
Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi.
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance (ketakseimbangan laktos) dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).
Dan efeknya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya. Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.
Efek penyusuan yang tidak balance foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.
Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.
Perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin adalah simptom yang menunjukkan bayi tidak mendapat cukup hindmilk:
* Najisnya kehijauan dan sedikit keras.
* Bayi kerap menangis kerana kembung perut.
* Terdapat darah pada najis bayi.
* Pertambahan berat bayi yang tidak elok.
* Bayi kerap muntah.
* Ruam lampin (kerana najis yang berasid).
* Bayi kerap menangis seolah-olah tidak cukup susu.
Sumber/Foto: lunatots.com via Mingguan Wanita