Sejak akhir-akhir ini ramai dikalangan wanita yang ingin memanjangkan bulu mata atau lebih dikenali ‘eyelash extension’ demi untuk untuk memiliki mata yang cantik dan mengikut trend semasa.
Pemakaian eyelash extension ini ia sebenarnya boleh membahayakan kesihatan mata malah lebih membimbangkan boleh menyebabkan wuduk yang diambil TIDAK SAH! Apabila wuduk yang diambil tidak sempurna sekaligus mengakibatkan solat fardu yang didirikan juga tidak sah.
Perkara ini didedahkan oleh Datuk Prof Dr. Che Muhaya Haji Mohamad,58 sendiri, yang merupakan seorang doktor Pakar Bedah Mata dalam perkongsian video yang dikongsikan di instagram beliau petang tadi.
Dalam perkongsian video-video tersebut, Prof Muhaya ada berkongsi statistik menunujukka bahawa 90 orang Malaysia tidak solat cukup 5 waktu, manakala yang cukup solat 5 waktu tidak dapat dipastikan sama ada wuduk diambil sempurna atau tidak.
Kerisauan terhadap trend pemakaian eyelash extension semakin meningkat. Sebagai seorang doktor Pakar Bedah Mata, Prof Muhaya menjelaskan bahaya pemakaian eyelash adalah TIDAK SAH
wuduk kerana plastik yang dilekatkan pada mata mempunyai gam yang boleh menghalang dan menutup bulu mata.Prof Muhaya juga menyeru para wanita yang nak cantik, tidak perlu bergantung pada keadaan fizikal, kerana ia boleh menjadi makanan ulat. Sebaliknya pentingkan kebersihan jiwa, bila hati bersih, cahaya kecantikan akan terserlah pada wajah.
Bukan itu sahaja, Prof Dr Muhaya juga ada berkongsi video gambar mata pesakitnya yang telah membuat eyelash extension. Kesannya mata pesakit tersebut jadi tidak sihat, tidak selesa, merah dan berair.Malah bagi orang Islam pula, pemakaian Eyelash ini menyebabkan wuduk tidak sah dan solat juga jadi tidak sah.
Jadi buat para wanita, semoga perkongsian Prof Muhaya ini bermanfaat dan jadikan panduan. Jika ada berangan-angan dan memasang niat nak ikut trend panjangkan bulu mata, ada baiknya lupakanlah hasrat tersebut. Selain menyebabkan wuduk tidak sah, banyak kesan buruk yang diperolehi boleh menjejaskan kesihatan mata.
Sumber: Profmuhaya