Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pakaian yang tidak dipakai dan hanya tergantung dalam almari akan dihisab. Ibarat tidak pernah cukup, setiap kali nampak baju yang cantik dan memikat hati, pasti hendak dibeli. Berpada-padalah ketika membeli. Jangan diikutkan selera mata.
Setiap kali ingin memilih pakaian sama ada untuk ke pejabat mahu pun bersiar-siar, boleh dikatakan ramai yang akan termenung di depan almari sambil cakap, ‘tak ada bajulah nak pakai hari ni,” sedangkan banyak sahaja baju tersusun dalam almari, menunggu giliran untuk dipakai.
PAKAIAN YANG TIDAK DIPAKAI AKAN DIHISAB
Tahun-tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata itu.
Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut… Tarik semua yang tidak dipakai. Beli baju ini untuk majlis ini, beli baju itu untuk upacara itu. Allah..
Artikel berkaitan: Suami Yang Guna Dobi Layan Diri, Tutuplah Aib Pakaian Isteri
Cuci Mesin Basuh 3 Minggu Sekali. Pakaian Bersih, Sisa Sabun Pun Tak Melekat
BELI MEMANG SERONOK
Maka kita ini sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?
Banjir hari itu (bulan Disember tahun 2021), memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.
Waktu itu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..
TAK MAMPU NAK PAKAI SEMUA
Maulana Helmi dalam kata-katanya, “kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah, kita tak bahagi badan untuk tidur di semua bilik dalam satu masa.”
“Nak pakai nanti… ” Nanti yang belum pasti. Hanya kematian saja yang pasti.
Selalu sahaja kita rasa pakaian tidak ada sedangkan banyak bersusun dalam almari. Bila ke pusat membeli-belah, masih juga membeli pakaian. Selepas ini kita sudah boleh kurangkan beli pakaian baru. Beli ikut keperluan dan semestinya untuk dipakai.
Sumber kredit: Awatif Osman
Kredit foto (top image): Pexels
Baca lagi: Tip ‘Packing’ Pakaian & Keperluan Bercuti, Mudah Dan Tersusun, Sesuai Mak Anak Ramai
Mak-mak Boleh Jadi PENAT Urus Pakaian, Bila Ruang Dobi Tak Kemas
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!