Berita

Pakaian Rasmi Olimpik Dikecam Teruk, Hannah Yeoh Perjelas Ia Bukan Untuk Perbarisan Perasmian

Share

Pakaian rasmi Olimpik dikecam teruk, Hannah Yeoh perjelas ia bukan untuk perbarisan perasmian. Baju rasmi Olimpik  Malaysia menerima kritikan teruk dari warganet.Tidak hanya dikatakan rekaan agak teruk malah cara ia diperkenalkan turut menerima kritikan.

Ini kerana negara lain yang bertanding di Sukan Olimpik 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini dilihat memperuntukkan sejumlah besar wang bagi memperkenalkan negara mereka tapi Malaysia dilihat “terkebelakang” dengan hanya menggunakan patung sebagai memperkenalkan baju rasmi Olimpik 2024.

Pakaian Rasmi Olimpik Dikecam Teruk

Pakaian rasmi Olimpik 2024 yang menerima kecaman dari warga Malaysia yang disifatkan seperti rekaan kanak-kanak sekolah.

Hannah Yeoh Perjelas Ia Bukan Untuk Perbarisan Perasmian

Di sebalik isu yang terus menerima kecaman ramai, semalam Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi penjelasan bahwa pakaian kontinjen  Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Hannah Yeoh berkata, terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung pendekatan kepimpinannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, memandangkan semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.

“Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh. Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet. Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.

“Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia,” katanya selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) semalam.

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros