
Sememangnya Islam tidak menolak fesyen, tetapi terdapat garis panduan syarak yang perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.
Mengangkat tema ‘Safaa dan Warna’ mengindahkan lagi konsep Ramadan Raya Munawwareen 2025, jenama fesyen ini memperkenalkan koleksi terbaru menggabungkan sentuhan ‘middle east’ bertemu klasik dengan rekaan kontemporari yang moden dan ‘tak lapuk dek zaman’.
Safaa membawa maksud “kesucian” atau “ketenangan” yang berkait rapat dengan bulan
Ramadan. Konsep kesucian, yang diwakili oleh perkataan Safaa, sesuai sebagai penegasan
buat umat Islam dalam usaha membersihkan diri secara rohani.
Bercerita soal Warna pula, ia sinonim dengan kepelbagaian tema semasa Aidilfitri, bukan sekadar untuk bergaya, tetapi membawa makna yang lebih mendalam berkaitan dengan kegembiraan, kerohanian, identiti budaya, dan perayaan. Tidak salah jika tidak sedondon, kerana yang diraikan bukanlah harta dunia semata, tetapi masa bersama keluarga!
Lebih istimewa, pada tahun ini Munawwareen turut memperkenalkan ikon terbaru, Ustazah
Datuk Dr. Norhafizah Musa, seorang tokoh ilmuan yang dikenali dengan kelembutan,
kebijaksanaan, dan ketokohan beliau dalam membimbing ummah.
Ikon Wanita Muslimah
Menurut Pengarah Urusan Munawwareen, Datuk Hajah Aliza Binti Abu Bakar, pihaknya amat berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, yang bukan sahaja dikenali sebagai pendakwah tetapi juga ikon wanita Muslimah yang berintegriti.
“Beliau melambangkan nilai-nilai yang sejajar dengan jenama kami iaitu kesederhanaan, keanggunan, dan keindahan dalam kepatuhan kepada agama. Saya percaya pakaian bukan sekadar penampilan, tetapi cerminan identiti dan keperibadian,”ujar Datuk Hajah Aliza ketika ditemui pihak media baru-baru ini.
Munawwareen percaya bahawa fesyen adalah satu bentuk ekspresi, dan setiap koleksi yang
kami hasilkan bertujuan untuk meraikan kecantikan dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.

Pada majlis yang sama, para tetamu berpeluang menimba ilmu mengenai warna yang bersesuaian dengan tona kulit oleh Warnabilla. Sesi ini memberi ruang untuk para tetamu mengetahui tona warna yang bersesuaian dengan mereka dan dapat bergaya di hari raya dengan warna yang tepat!
Dengan pilihan yang lengkap, koleksi ini dapat memberikan pengalaman raya yang lebih bermakna dan bergaya kepada setiap pelanggan istimewa Munawareen!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI