Pakai Wristband Pink Makan Di Kafe, Yang Buang Terus Pun Ada

Ada apa sebenarnya dengan wristband pink ini? Itu adalah gelang tangan yang perlu dipakai oleh individu yang baru pulang dari luar negara dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Mereka perlu patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kerajaan tetapkan, dan jika melanggar arahan boleh dikompoun RM1,000 malah jika memotong gelang itu boleh dihadapkan di mahkamah.

Malangnya, ada segelintir yang gagal mematuhi arahan. Bukan saja tidak berkurung dalam rumah dalam tempoh kuarantin selama 14 hari atau dua minggu, ada jua yang membuang langsung gelang tangan pink yang sepatutnya lekat di tangan sampai habis tempoh kuarantin.

Biarpun tidak bergejala, apabila mereka keluar, mereka sebenarnya berpotensi untuk menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19 kepada orang lain.

Baca sini :Saringan kedua, wanita gelang pink disahkan positif Covid-19, sedang dirawat di hospital.

Makcik Wristband Pink Dirakam Makan Di Kafe

Dan inilah yang dihadapi oleh peniaga kedai makan, Nurul Chu Hada Karim. Bila mana kedai makannya, menjadi viral gara-gara makcik bergelang pink dirakam gambarnya sambil makan di kafenya.

Ads

Akuinya bukannya dia yang tidak patuh SOP tapi, sebagai peniaga dia tiada hak untuk selak lengan baju pelanggan.

Hanya patuh SOP pemakaian mask, check suhu dan menulis data di buku.

Jika pelanggan sudah sedar akan dirinya yang diarahkan kuarantin. Sudah tentu pelanggan akan menyorokkan bukti dan mungkin dia tidak bergejala kerana terdapat kes positif tetapi tidak bergejala.

Jadi pemilik cafe, setelah check suhu dan mendapati bacaan pada suhu normal, makan peniaga membenarkan pelanggan untuk memasuki premis.” Jelas Nurul lanjut.

Ads

Bimbang dengan kekalutan itu, Nurul menjelaskan situasi sebenar di facebooknya.

Pakai Wristband Pink Makan Di Kafe, Yang Buang Terus Pun Ada

Belum pun berakhir kisah makcik wristband pink, timbul pula foto wristband yang ditanggalkan dan dibuang dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Denda Dan Tindakan Selanjutnya..

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan insiden tersebut. “Kes ini memang betul. Mereka pakai wristband tapi apabila mereka keluar di tempat awam, mereka telah dikesan oleh rakyat dengan menangkap gambar dan terus hantar gambar kepada kita.”

Ads

Katanya lagi, individu tersebut telah melanggar peraturan kuarantin di rumah. Dan tindakan akan diambil, mungkin denda dan tindakan lanjut.

Jabatan Kesiahtan Negeri (JKN) Perak pula telah mengenalpasti individu yang gagal patuh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan restoran yang dikunjunginya di bandar Meru Raya di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Nasihatnya, orang ramai yang pernah makan di kafe itu ambillah langkah berjaga-jaga dan jika bimbang bolehlah buat ujian Covid-19 atau jalankan kuarantin di rumah jika bergejala.

MW : Sebenarnya, Malaysia masih belum bebas lagi dari virus Covid-19 ya. Jangan cepat terleka, kita kenalah jaga kita agar penularan wabak ini dapat dikekang sepenuhnya dari negara kita.

Sumber/Foto : Nurul Chu Hada Karim, Mstar, NSTP Online

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI