Boleh dikatakan wanita sekarang ini sudah ada kesedaran, mula tutup aurat dan mengenakan tudung. Sudah tahu dosa dan pahala bila dedahkan aurat. Bagi wanita yang belum tutup aurat, doalah yang baik-baik supaya pintu hati terbuka untuk bertudung.
Namun, ada juga yang mempersoalkan, tutup aurat dengan bertudung tapi belum tentu hati ikhlas atau tidak. Lepas itu, cara bertudung pun sebab trend, masih mekap mampan, tergedik dan sebagainya. Mulalah cakap, ‘lebih baik tak payah pakai tudung.
Memang betul teguran itu tapi saranan untuk buka tudung itu tak betul. Inilah antara perkongsian daripada Syarifah Zahidah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Memaksa Anak Bertudung Ketika Kecil, Bila Sampai Waktu Wajiblah Pakai
TEGURAN! Pakai Tudung Tapi Perangai ‘GEDIK’, Tabarruj, Amalan Sia-Sia, Tetapkanlah Niat
Info Lebih Menarik DI SINI
“Bila pakai tudung tapi tak ikhlas kerana ALLAH. Inilah jadinya! Dengan make up tebalnya, tabarruj sana sini, perangai tergedik, buat malu tudung je. Lebih baik cabut je tudung tu…!!”
“Ni lah perempuan zaman sekarang. Pakai tudung sebab fesyen. Sebab orang puji cantik. Sebab nak nampak in trend. Nak jadi hijabista cool lah konon.. Sampai ke laut jadinya..! Lebih baik tak payah pakai tudung..!”
Biasa kan, kita tengok orang pakai tudung tapi sebenarnya dia tak menutup aurat?
Teguran-teguran dalam dialog tu memang betul.
Tapi SARANAN yang menyatakan ‘lebih baik’ buka tudung itu langsung tak betul.
Sekalipun wanita itu bertudung sebab nak nampak cantik semata, walaupun dia bertudung tapi dia bertabarruj dan buat banyak kesalahan/dosa lain dengan tudungnya – keadaan dia BERTUDUNG itu sendiri adalah LEBIH BAIK daripada langsung membuang tudungnya.
Jangan Persiakan
Cuma, amalan bertudungnya adalah SIA-SIA / DIPERSIAKAN.
Kenapa amalan tudungnya dipersiakan?
Seorang wanita yang bertudung tapi ‘TAK MENUTUP AURAT’ mengikut prinsipnya yang betul – dia TIDAK DAPAT PAHALA dari tudungnya. Tapi kebaikannya masih ada sedikit, iaitu kebarangkalian dia terselamat dari dosa mendedahkan helaian rambutnya.
Ada pun dosa lain – seperti mendedah dada, pakai ketat, tabarruj dan sebagainya – tetap berjalan seperti biasa. Yang dimaksudkan ‘lebih baik’ bila bertudung walau dengan cara salah dan jahil – kerana sekurangnya timbangan dosanya jadi lebih ringan.
Usahlah ditempelak mereka dan menggalak mereka langsung buka tudung. Anda tak tahu seberat apa menanggung dosa dan azab kerana dosa-dosa yang dipikul di akhirat kelak.
Adapun wanita yang menutup aurat dengan sempurna, ada 2 KEMENANGAN buat mereka.
Satu, mereka terselamat dari dosa.
Dua, mereka dapat pahala.
Mereka untung berganda.
Untuk wanita yang tak sempurna tudungnya ini, saranan saya dalam kita berusaha. TETAPKAN NIAT, bahawa kita bertudung sekurangnya untuk meringankan dosa, walau kita tahu dan tak kuat menghalang dosa lainnya lagi – masih mencukur kening, pakai ketat, tayang dada dan sebagainya.
Tapi niat. Jangan lupa sentiasa HADIRKAN NIAT. Jika tak berpahala sekalipun, biar berkurang dosa sekadar kita mampu. Lambat laun, kekuatan pasti akan hadir dalam jiwa kita untuk terus berjuang menjadi lebih baik.
Tapi jika kita main pakai saja tanpa niat. Risau yang pakai tu JADI DOSA kepada kita pula. Sudahlah tak berpahala, tapi lagi berdosa sebab menjadi punca fitnah terhadap agama atau kerana kita anggap ‘dosa itu tiada apa-apa’ / ambil ringan – sehingga pakai atau tak pakai – langsung tak memberi apa-apa erti pada kita.
Yang dah sempurna tutup auratnya.
Jangan tempelak mereka. Tapi tegurlah, baik dengan lembut mahupun dengan tegas. Yang penting usah tempelak mereka seakan pintu taubat sudah tertutup untuk mereka apatah lagi sarankan mereka “BUKAK TUDUNG LEBIH BAIK..”
Jika kita tahu seberat apa itu dosa dan azab ALLAH, mustahil kita anggap buka tudung itu lebih baik. Sama-sama kita doakan untuk semua. Syurga neraka belum start lagi. Kenapa gopoh menghakimi? Tegur, tapi jangan putuskan ke mana akhir sesiapa. Itu kerja TUHAN. Bukan kerja kita. Okey?
Mingguan Wanita : Peringatan untuk wanita dan diri kita juga.
Nak blouse yang menutup aurat dan cantik, dapatkan di sini:
Dapatkan diskaun RM5 dengan kod promo ini: MWGSP5
Sumber: Sharifah Zahidah
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita