Mak-mak kita dulu selalu sebut, jangan lupa pakai stoking masa berpantang.. nanti masuk angin. Disebabkan payahnya nak ke bilik air, kita pun abaikan permintaan mak tu. Sedihlah hati mak bila anak tak dengar nasihat.
Sebenarnya, dalam bab berpantang ini ada hal yang boleh diambil kira oleh mak-mak muda. Misalnya berstoking semasa berpantang. Kata jururawat bertauliah, Bel Nawhen memakai stoking semasa berpantang, tidak ada istilah masuk angin dari kaki lalu ke rahim atau liang-liang tubuh yang lain.
Sebaliknya, untuk tujuan mantainkan suhu badan ibu berpantang bagi kekal kepada paras normal. Hadamkan penjelasan seterusnya ya mak-mak muda.
Biasanya pantang dan stoking memang tak boleh dipisahkan bukan. Dah macam eksesori tambahan pula bagi ibu melahirkan.
Jika tak pakai stoking, mulalah kena bebel dengan ibu, suami dan orang sekeliling.
Saya juga tidak terkecuali terkena bebelan seperti ini semasa dalam pantang tidak kira semasa melahirkan mahupun keguguran.
Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran.
Jadi, nak maintain suhu badan yang normal, kita perlu elak dari kaki terkena lantai yang sejuk. Ada orang tidak tahan sejuk lantai dan boleh menyebabkan dia menggigil kesejukan.
Jika dahulu, lantai rumah dari papan, sejuk angin luar boleh sebabkan menggigil. Masa kini lantai kebanyakkan dari simen, marmar dan pelbagai material lagi dan ia juga cepat sejuk dipermukaannya.
Memakai stoking juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki semasa berpantang. Iyelah, kita perlu kesana kemari dengan anak, silap langkah sikit cedera pula.
Ada yang tidak selesa berstoking.
Mana nak keluar masuk tandas lagi, silap sikit stoking basah kena air, dah kena tukar lain. Renyah.
Jadi, sebagai alternatif menggantikan stoking, boleh pakai selipar/kasut di dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara tapak kaki dengan lantai yang sejuk.
Anda perlu tahu, pakai stoking bukan sebab nak elakkan masuk angin. Tidak ada istilah angin masuk dari kaki, masuk ke rahim atau masuk ke mana-mana liang tubuh.
Jika nak elakkan deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), anda perlu pakai stoking selain perlu aktif bergerak.
1) Pakai TED stoking (Thromboemboletic Deterring – compression stoking)
2) Stoking ketat dan sehingga betis
Seperti stoking yang dipakai pemain bola sepak. Stoking boleh beri tekanan pada kaki dan galak pengaliran darah di kaki.
3) Stoking menyerap peluh
Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada anda. Bila stoking mudah lembab, tak serap peluh, bakteria pun suka dan menginap pula di kaki. Lain pula jadi.
4) Tidak licin
Tidak menjadi satu dosa jika tidak pakai stoking semasa berpantang. Ikut keselesaan masing-masing.
Notakaki : Pantang larang orang lama tidak salah diamalkan asalkan sebabnya adalah untuk kebaikan dan alasannya logik dan boleh diterima.
Sumber/Foto : Bel Nawhen