Mak-mak kita dulu selalu sebut, jangan lupa pakai stoking masa berpantang.. nanti masuk angin. Disebabkan payahnya nak ke bilik air, kita pun abaikan permintaan mak tu. Sedihlah hati mak bila anak tak dengar nasihat.
Sebenarnya, dalam bab berpantang ini ada hal yang boleh diambil kira oleh mak-mak muda. Misalnya berstoking semasa berpantang. Kata jururawat bertauliah, Bel Nawhen memakai stoking semasa berpantang, tidak ada istilah masuk angin dari kaki lalu ke rahim atau liang-liang tubuh yang lain.
Sebaliknya, untuk tujuan mantainkan suhu badan ibu berpantang bagi kekal kepada paras normal. Hadamkan penjelasan seterusnya ya mak-mak muda.
Berstoking Semasa Pantang
Biasanya pantang dan stoking memang tak boleh dipisahkan bukan. Dah macam eksesori tambahan pula bagi ibu melahirkan.
Jika tak pakai stoking, mulalah kena bebel dengan ibu, suami dan orang sekeliling.
Saya juga tidak terkecuali terkena bebelan seperti ini semasa dalam pantang tidak kira semasa melahirkan mahupun keguguran.
Alternatif kepada stokin, pakai selipar.
Kenapa Perlu Berstoking?
Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran.
Jadi, nak maintain suhu badan yang normal, kita perlu elak dari kaki terkena lantai yang sejuk. Ada orang tidak tahan sejuk lantai dan boleh menyebabkan dia menggigil kesejukan.
Ads
Jika dahulu, lantai rumah dari papan, sejuk angin luar boleh sebabkan menggigil. Masa kini lantai kebanyakkan dari simen, marmar dan pelbagai material lagi dan ia juga cepat sejuk dipermukaannya.
Memakai stoking juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki semasa berpantang. Iyelah, kita perlu kesana kemari dengan anak, silap langkah sikit cedera pula.
Ada yang tidak selesa berstoking.
Mana nak keluar masuk tandas lagi, silap sikit stoking basah kena air, dah kena tukar lain. Renyah.
Jadi, sebagai alternatif menggantikan stoking, boleh pakai selipar/kasut di dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara tapak kaki dengan lantai yang sejuk.
Ads
Anda perlu tahu, pakai stoking bukan sebab nak elakkan masuk angin. Tidak ada istilah angin masuk dari kaki, masuk ke rahim atau masuk ke mana-mana liang tubuh.
Jika nak elakkan deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), anda perlu pakai stoking selain perlu aktif bergerak.
Fungsi utama memperbaiki pengaliran darah di bawah kaki mengalir ke atas. Supaya darah tak berkumpul di bawah sahaja.
Stoking in biasanya digalakkan dipakai oleh ibu selepas menjalani kelahiran secara pembedahan.
2) Stoking ketat dan sehingga betis
Seperti stoking yang dipakai pemain bola sepak. Stoking boleh beri tekanan pada kaki dan galak pengaliran darah di kaki.
3) Stoking menyerap peluh
Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada anda. Bila stoking mudah lembab, tak serap peluh, bakteria pun suka dan menginap pula di kaki. Lain pula jadi.
4) Tidak licin
Pastikan stoking dipilih selamat digunakan dan tidak mudah sebabkan anda tergelincir dan menyebabkan kecederaan lain.
Pakai stoking di negara beriklim sejuk bukan sebab mereka berpantang tapi sebab cuaca yang sejuk.
Di negara iklim panas seperti Arab Saudi, tidak pula mereka memakai stoking di dalam rumah (kecuali ketika berada di luar rumah bagi tujuan menutup aurat).
Tidak menjadi satu dosa jika tidak pakai stoking semasa berpantang. Ikut keselesaan masing-masing.
Notakaki : Pantang larang orang lama tidak salah diamalkan asalkan sebabnya adalah untuk kebaikan dan alasannya logik dan boleh diterima.
Takut nak dekat dengan manusia yang suka iri hati dan dengki, walau nampak baik dari luaran tetapi kalau hatinya busuk maka rosakkan hubungan yang terjalin.
Tak kira lah darah daging sendiri atau orang luar, andai tersimpan satu perasaan negatif ini kalian tidak akan bahagia sampai ke hujung nyawa. Malah apa yang orang lain buat, semua nampak salah.
Untuk renungan bersama, jemput hadam perkongsian Puan Hajjah Rohana Saad sejenak, baiki dan betulkan jika pernah ‘terbuat’ sebelum ini.
Buanglah Rasa Iri Hati Dan Dengki
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.
Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini. Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!
Belajar Rasa Cukup
Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki. Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membunuh kau perlahan.
Jangan Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri. Jadi bersyukurlah. Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.
Baik ipar lelaki atau ipar perempuan, mereka ini ditakdirkan menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Mereka bukanlah sedarah sedaging tetapi mempunyai hubungan paling dekat dengan salah seorang adik beradik kita.
Namun, ipar tetap ipar, orang luar yang mampu ‘masuk’ dalam keluarga kita dan terima seadanya terutama pasangannya. Secara tak langsung, ipar juga perlu menerima ‘peel’ dalam keluarga pasangan.
Memang ada ahli keluarga yang mampu menerima ipar sebaiknya dan sestengahnya cukup rapat dengan ipar. Tak mustahil juga ada ipar yang tidak ‘sekongkol’ dan tidak mampu menerima ‘ahli keluarga’ barunya sehingga ada yang bermasam muka dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, rapat atau baik dengan ipar, kita kena jaga batasnya. Mereka bukan mahram dengan kita, waima dengan mendedahkan aurat mahu pun bersalaman itu adalah haram.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Ahliya Fariza ini memang tepat dan benar.
Ipar-ipar itu adalah orang yang dekat dan merupakan sebahagian dari ahli keluarga kita namun haram bagi kita wanita menampakkan aurat di depan mereka dan bergurau senda dengan mereka secara berlebihan kerana mereka adalah mahram yang perlu dijaga batas-batasnya kerana syahwat itu kuat antara sesama mahram.
Mufti Tareem telah berkata dalam satu kuliahnya “Apabila ipar-ipar lelaki ingin duduk bersama ipar-ipar perempuan dibolehkan, tak jadi masaalah TAPI alat kelamin perlu dipotong terlebih dulu” (Maaf perkataan ini agak memalukan… Tapi Ana perlu menjelaskannya)
Ini adalah merupakan satu teguran dari seorang mufti untuk lelaki yang ada ipar perempuan.
Banyak aspek yang perlu kita renungkan lebih-lebih lagi zaman sekarang yang penuh dengan fitnah yang makin menjadi-jadi.
Di mana syaitan sentiasa mencari jalan merosakkan umat. Malah sekarang ini berlaku penodaan, penzinaan sesama yang bukan mahram. Ayah dan anak. Abang dan adik dan sebagianya. والعياذ بالله
Kata-kata Nabi صلى الله عليه وسلم datangnya dari Allah swt. Peringatan ini menunjukkan bahawasanya jangan di ambil mudah dengan apa yang di sabdakan oleh beliau
صلى الله عليه وسلم.
Fikirkanlah… Kebanyakkan wanita zaman sekarang tak menjaga diri mereka… Aurat terdedah.. Menampakkan kecantikkan diri sehingga menampakkan bentuk badan, bersuara manja dengan ipar sendiri, pemakaian minyak wangi di depan lelaki dan aspek lagi..
Moga Allah swt menjaga kita semua dari semua perkara yang boleh merosakkan diri kita sendiri. Maka sebaik2nya tutup semua tubuh di depan ipar.
الله أعلم.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Berhati-hatilah kalian masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda mengenal ipar?”
Baginda menjawab, “hamwu (ipar) adalah maut.”
(HR. Bukhari no 5232 dan Muslim no. 2172)
Sangat penting mendidik anak-anak agar mampu bertanggungjawab dan berdikari baik di rumah mahupun pada diri sendiri. Cara ini hanya mampu dilakukan bagi mak-mak yang ‘malas’. Tidak terlalu rajin membuat segala kerja rumah dan urusan anak-anak atas bahu sendiri. Sebaliknya tetap meminta bantuan dan mengharapkan anak-anak turut melakukan bersama-sama.
Perkongsian daripada Puan Nurul Ilyaniini wajar mak-mak jadikan panduan;
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’
#1 Sebelum Tidur
Mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak Makan
Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak Main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak Mandi
Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring Cleaning Rumah
Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja.
Pesan mak ‘malas’,
Ummu Ilham
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak janganlah terlampau rajin buat semua benda dan perkara di rumah.Nanti diri sendiri juga yang penat. Jadilah mak yang ‘malas’ agar anak turut dapat rasa bertanggungjawab di rumah sendiri dan berdikari sendiri.
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...