
Isi Kandungan
Toggle“Pakai ketat-ketat, menari Di TikTok.’ Suami tanggung dosa sebab tak didik isteri betul-betul menurut perintah agama. Seolah-olah suami tidak menjalankan amanah dalam menjaga isteri.
Pekahwinan bukan sekadar berkongsi hidup semata-mata sebaliknya segala yang isteri lakukan adalah menjadi tanggungjawab suami.
Suami yang baik akan menegur atau menasihati isteri agar tidak terlanjur dalam perbuatan. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Pakai Ketat-Ketat
Isteri pakai ketat-ketat, kemudian tak tutup aurat, isteri menari bergelek di TikTok dan juga isteri tarik perhatian lelaki lain…
Dosa si suami sebab tak didik isteri…
Suami tak dosa jika sudah didik, telah tegur, malah sudah nasihat…
Menari Di TikTok
Suami jenis sporting, tak kata apa-apa, suami biar, maka apa yang isteri buat tu, dosa dia suami tanggung…
Ini di bawah tanggungjawab dan kewajipan seorang suami. Allah sudah perintahkan suami untuk pelihara dirinya dan keluarganya dari api neraka, maka kalau dia tak buat, dia dosa…
Suami Tanggung Dosa
Dia dosa sebab dia abaikan tanggungjawab dia dan dia berdosa disebabkan dia tak buat atau tunaikan kewajipan dia…
Inilah suami yang tak didik isteri sebagaimana yang agama suruh…
Baca Di Sini :
Jangan Terbiasa Pakai Seluar Ketat, Nipis, Dedah Aurat, Simpanlah Rasa Malu Dalam Diri
‘Baju Terselak, Seluar Ketat’, TAK SAH Solat, Jagalah Batas Aurat, Fahami Ilmu Fardu Ain
TEGURAN! Pakai Tudung Tapi Perangai ‘GEDIK’, Tabarruj, Amalan Sia-Sia, Tetapkanlah Niat
Wanita Rela Pakai Korset Ketat 23 Jam Sehari, Demi Pinggang ‘Secekak’ 18 Inci
Sebab Tak Didik Isteri
Yang isteri jangan seronok sangat sebab isteri pun berdosa untuk setiap yang dia buat.

Dia mengabaikan kewajipan dan tanggungjwb dia sebagai seorang wanita islam yang perlu tutup aurat dengan sempurna dan tidak menarik perhatian lelaki lain terutamanya bila sudah bersuami…
Mingguan Wanita : Perkara sebegini jangan ambil ringan. Hanya disebabkan hendak mengikut trend dan demi sebuah konten membuatkan mak ayah hilang rasa malu dalam diri.
Sumber : Firdaus Shakirin
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Tuduh Wanita Mata Duitan, ‘Pilih’ Suami Demi Masa Depannya Bukan ‘Ujian Hidup’

Isi Kandungan
ToggleBiasanya, bila kita tengok wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya kerana dia mata duitan dan mampu memiliki segalanya. Mulalah macam-macam tanggapan yang dibuat oleh orang luar.
Perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini cukup menarik dan tidak perlulah mengatakan wanita mata duitan sebab dia lakukan semua ini kerana bersebab, demi masa depan keluarga yang lebih selesa.
Sebagai lelaki pula, untuk menjadi ketua keluarga sepatutnya kenalah fikirkan keselesaaan keluarga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Buat ‘Tak Pandai’ Sebab Dia Nak Ambil Hati, Barulah Suami Rasa Dihormati
Isteri Sanggup Jadi ‘IBU TUNGGAL’ Walaupun ADA SUAMI, Hanya Bertahan Demi ANAK
Info Lebih Menarik DI SINI
Mata Duitan Demi Masa Depan
Jika ada yang tuduh wanita mata duitan, mari kita sama renungkan.
Mereka tinggalkan semua darah daging saudara mara semata mata untuk hidup dengan lelaki yang baru mereka kenal, demi rasa cinta mereka.
Lelaki itu mungkin sediakan syurga buatnya hidupnya atau ‘ujian dunia’ sedang menanti dalam perkahwinannya.
Bila mereka memilih lelaki yang mapan, stabil dan ada wang. Ia bukan soal mata duitan. Mereka sedang memilih perlindungan dan masa depan.
Ada lelaki yang akan berkata,
“Aku nak cari wanita yang sanggup hidup susah bersama sama”.
Atau ada lelaki bijak yang kata.
“Aku tak akan susahkan hidup orang yang aku suka”.
Maka ia adalah sebuah pilihan.
Pilih, jadilah lelaki budiman, yang akan berusaha untuk sebuah keluarga menjadi sejahtera.
Jangan Menghukum
Kawan kawan,
Bila wanita memilih lelaki yang stabil buat mereka. Kita jangan cepat cepat hukum mereka mata duitan.
Mak ayah mereka sediakan kediaman yang selesa. Jika mereka tinggal di kediaman teres kita sediakan pondok buruk buat mereka.
Pastinya mereka akan mula rasa berduka. Maka pastinya mereka memilih yang mapan, bukannya mereka mata duitan.
Sebab itu agama kata, carilah yang sekufu. Agar mereka tidak rasa terseksa hidup dengan kita nanti.
‘Kemiskinan boleh merosakkan hati yang damai dan tenang’ kata bijak pandai.
Biar mereka pilih dan tentukan nasib mereka, kita tak akan tahu susahnya hidup mereka nanti.
Jangan menilai perkahwinan orang, doakan yang terindah buatnya.
Jadi lelaki, kita berusaha untuk keluarga kita agar selesa dan bahagia.
Jangan tuduh orang mata duitan.
Lelaki Di Mata Wanita
Wanita ini melihat lelaki pada 3 tahap kehidupan.
1. Zaman remaja, mereka hanya yang berwajah hensem macam pelakon korea sahaja. Kacak adalah keutamaan
2. Zaman dewasa, mereka mula mencari lelaki berkerjaya, matang dan ada pendapatan untuk bina keluarga. Wajah kacak bukan lagi keutamaan.
3. Bila mereka matang, stabil dan berusia, mereka hanya utamakan lelaki yang boleh bimbing dan beri pendidikan agama pada mereka .
#TabungLelaki
Mingguan Wanita : Biarpun sekali dikata mata duitan, tapi apa yang wanita/isteri lakukan itu demi untuk keluarga juga.

Sumber: Azizul Azli Ahmad
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Hakak Rasa Hati Tak Kental Tu, Janganlah Berangan Nak Jadi Bini Abam Askar

Menjadi isteri abam askar ni bukan sekadar angan-angan nanti bila besar nak kahwin dengan pegawai askarlah sebab nak lalu bawah pedang. Sebab nak pegi messnight pakai lawa-lawa. Bukan setakat itu sahaja yer, walaupun pada mulanya hakak pun memasang impian nak kahwin dengan pegawai askar sebab nak lalu bawah pedang.
Memang ko akan lalu bila awak dah sah bernikah dengan pegawai askar. Tetapi itu baru permulaan perjuangan seorang isteri askar. Perjuangan untuk bersedia ditinggalkan oleh suami dan bersedialah juga hakak untuk berkorban untuk kebahagian rumah tangga yang baru dibina. Jika suami hakak berkorban untuk negara, hakak pula bersedia untuk berkorban segalanya.
Ternyata suami hakak bukan milik hakak sorang tetapi milik negara, biar pun sekarang bukan macam zaman Jepun lagi. Tugas-tugas abam askar ni bukan terhad pada satu tugas semata-mata sebaliknya segalanya atas kepala dia. Pengalaman hakak sendiri, dari sebelum berkahwin, memanjang nak dating tak jadi sebab dia memanjang sibuk. Pernah juga dah set masa cantik punya di hari yang indah, dah pakai baju liplap nak jumpa boyfriend, at last si dia call, tak jadi yer jumpa ada baris.
Time tu hakak semua tak boleh emosi tau, tak boleh update status kat socmed melainkan istighfar panjang dengan suara yang paling dalam. Tu baru sikit, nama pun bercinta. Time bertunang tu, orang lain ada lah gambar candid-candid dengan pasangan dengan #donesarungcincin. Hakak sorang-sorang jer tau, dia masa tu tengah kursus. Paling penting nak bercinta dan berkahwin dengan abam askar, hati takleh jadi tisu. Kalau boleh sekeras batu, baru proceed couple dengan abam askar.
Akhirnya dalam kelam-kabut hubungan hakak dengan abam askar, kami nikah juga akhirnya. Masa hari bersanding tu memang dapatlah momen lalu bawah pedang yang hakak termimpi-mimpi selama ini. Sekejap jer pun happynya. Bila dah berkahwin, akak yang bekerja di Shah Alam ni tak nak kalah dengan suami untuk bertukar kerja. Jadi kami sepakat untuk PJJ. Seminggu sekali barulah dia balik jumpa hakak, itu kalau tak sibuk. Kalau operasi memang tak jumpalah. Memang ketika mengandung anak sulung, hakak seorang diri. Duduk rumah sewa sorang-sorang, check up sorang-sorang, nak makan cari sendiri. Memang suami pendek kata tak sempat nak care.

Kental Sangat Macam Takde Suami
Sampai suatu ketika ada kawan-kawan akak gelarkan hakak ibu terlanjur sebab memanjang ke sana, sini sorang diri dan kalau ada pun kawan-kawan yang teman. Bayangkan malam-malam kena check gula dalam darah kat klinik kesihatan, kawan-kawan yang temankan sebab suami jauh. Hakak pun tak pernah terlintas nak suruh dia balik dan bawak gi check up, sebab sedari awal akak memang ready untuk lalui semua ini seorang diri. Barulah adventure, barulah isteri abam askar.
Hinggalah di hari bersalin, dah warded ni, hakak boleh suruh suami balik kem selesaikan kerja dia dulu. Lastly hakak beranak sorang-sorang tanpa adegan pegang-pegang tangan suami dalam labour room. Walaupun nurse tanya hakak nak tunggu suami sampai ke baru akak nak meneran. Akak kata no, sebab hakak dah sakit sangat. Ampun ya suami.
Anak pertama rasa boleh handle lagi, tetapi selepas lapan tahun kami berumah tangga, hakak dan abam askar telah dikurniakan empat orang anak. Pertambahan anak membuatkan hakak semakin kelam kabut dan berupaya menjadi tangan sotong.
Bayangkan apabila sampai rumah, hakak akan masukkan adik-beradik tu dalam rumah. Sepantas kilat hakak akan keluarkan semua beg anak-anak dari nurseri dan juga bakul dengan dua tangan. Terror kan, bila dah terdesak, sis boleh berubah bentuk macam-macam. Kalau anak sakit tu, faham-fahamlah. Rasa macam nak demam sekali dengan anak. Huhuhu….

Apa juga cabaran dalam rumah tangga jangan kongsikan di sosial media, cari kawan atau keluarga untuk anda luahkan perasaan tertekan anda. Jangan simpan perasaan stres sorang-sorang, takut gila nanti. Hahaha. Sebagaimana anda respek suami anda, respek juga kerjayanya. Tolak ansur paling penting, time dia takde kat rumah memang hakak ibarat robot ada 10 tangan, tetapi bila nampak muka suami depan pintu terus hakak jadi selembik-lembiknya sebab nak pass segala tugasan rumah pada dia.
Sebagai isteri abam askar, kita perlu ikhlas dalam setiap pengorbanan yang kita lakukan. Insyallah bila kita ikhlas, syurga balasannya. Semoga hakak terus istiqomah dan mampu menepis dugaan dalam perkahwinan. Amin.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Perlu Atau Tidak Beri Nafkah Kepada Isteri Bila Kongsi Bisnes & Bahagi Untung Bersama

Isi Kandungan
ToggleSuami isteri yang bekerja bersama dengan membina bisnes, keuntungan yang diperolegi selalunya digunakan untuk membayar rumah, bil, barang dapur dan lain-lain keperluan. Lebihan keuntungan yang diperolehi akan dibahagikan sama rata.
Persoalannya, perlukah pihak suami memberikan nafkah duit kepada isteri? Pendapatan menjadi kecil sebab sudah dibahagikan untuk komitmen tadi. Jika diikutkan, makan, pakaian, tempat tinggal sudah tersedia.
Suami Perlu Atau Tidak Beri Nafkah Kepada Isteri
Pihak suami juga ada komitmen lain seperti membuat simpanan sendiri dan menghulurkan wang kepada ibu bapa di kampung. Dalam keadaan ini, wajibkah seorang suami memberi nafkah wang kepada isteri? Jika isteri tidak reda, bagaimana?
Nafkah dari segi bahasa ialah mengeluarkan, iaitu pembiayaan belanja seseorang terhadap ahli keluarganya. Manakala dari segi syarak ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia di namakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu.
*Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya.
*Suami wajib memberi nafkah kepada isterinya.
*Suami wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri ada harta atau pendapatan.
*Sekiranya isteri reda tidak diberi nafkah, suami terlepas dari kewajipannya. Namun sebaliknya jika suami enggan untuk memberi nafkah, nafkah tersebut akan menjadi hutang bagi pihak isteri.
*Kadar nafkah ialah melihat kepada kemampuan keadaan suami.
*Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibu bapa hanya wajib jika anak itu mampu. Majoriti ulama berpendapat nafkah terhadap isteri dan anak lebih utama daripada ibu bapa.
Majoriti ulama mengatakan nafkah yang wajib diberi kepada isteri itu ialah tujuh perkara:
Makanan
Barang-barang dapur
Pakaian
Tempat tinggal
Alat-alat untuk membersihkan diri
Barangan rumah
Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja)
Firman Allah SWT:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ
Maksudnya: “laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahgian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.” Surah al-Nisa’ (34)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Malahan ia termasuk juga sekiranya isteri mempunyai pendapatan, harta atau pekerjaan. Kewajipan nafkah tetap dipangku oleh suami.
Bahkan meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak dianggap sebagai satu dosa berdalilkan sabda Nabi SAW yang berikut. Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ
Maksudnya: Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.
Bila Kongsi Bisnes & Bahagi Untung Bersama
Nafkah pada asalnya sesuatu perkara yang diwajibkan ke atas suami terhadap isteri. Akan tetapi jika si isteri menghalalkan nafkah yang wajib diberikan suami ke atas dirinya tidak menjadi masalah. Nafkah itu secara langsung tidak menjadi kewajipan ke atasnya.
Jika isteri tidak menghalalkannya maka ianya dikira sebagai hutang, menurut majoriti ulama bahawa nafkah yang tidak dijelaskan oleh suami akan dikira sebagai hutang sekiranya suami enggan menunaikannya kepada isteri.
Ia tidak akan gugur kecuali dengan pembayaran atau dengan pelupusan sebagaimana hutang-hutang yang lain. Ia juga tidak akan gugur dengan sebab berlalunya tempoh idah tanpa membuat pembayaran.
Dalil majoriti ulama ialah sesungguhnya nafkah adalah gantian, bukan sesuatu pemberian tanpa gantian. Sesungguhnya nafkah itu diwajibkan oleh syarak dengan berlangsung akad perkahwinan sebagai balasan daripada kedudukan isteri menjadi hak isteri bagi suami dalam perkahwinan. Apabila nafkah merupakan gantian semata-mata, maka ia adalah seperti hutang-hutang yang lain yang wajib dibayar.
Di dalam perbahasan nafkah suami terhadap isteri, para ulama feqah membahagikan kepada tiga golongan suami:
*Senang
*Sederhana
*Susah
Sekiranya suami merupakan orang susah, maka cukup sekadar mengeluarkan nafkah yang asas. Seperti mengeluarkan secupak beras berserta dengan lauk asas yang mengikut tradisi setempat. Kemudian, menyediakan pakaian asas untuk dipakai isteri mengikut pakaian yang dipakai masyarakat setempat sama ada ketika di rumah dan ketika keluar dari rumah, cukup sekadar menutup aurat serta mengikut budaya pakaian orang Islam setempat. Kemudian, menyediakan rumah mengikut kemampuan, tanpa disyaratkan untuk memiliki rumah tersebut, sudah memadai sekiranya menyewa. Sekiranya suami yang tidak berkemampuan ini menunaikan tanggungjawab dengan memberi nafkah asas ini, maka isteri tidak berhak untuk memohon fasakh.
Sementara itu, berkata Imam al-Nawawi RH dalam meresponkan tentang keutamaan di dalam memberi nafkah kepada ibu bapa ataupun isteri dengan katanya ialah:

قَدَّمَ نَفَقَةَ الزَّوْجَةِ عَلَى نَفَقَةِ الْأَقَارِبِ
Maksudnya: “Nafkah isteri adalah wajib didahulukan daripada nafkah keluarga yang terdekat.”
Menjawab persoalan tentang suami isteri yang berniaga bersama, apa yang perlu dilakukan oleh si suami ialah berbincang dengan isteri tentang nafkah yang berkaitan selain daripada nafkah yang asas seperti alat-alat untuk membersihkan diri dan seumpamanya. Namun perlu diingatkan bahawa pemberian nafkah ini hendaklah mengikut kemampuan suami.
Selain itu, sekiranya si isteri reda dengan suami tidak memberi nafkah zahir, adalah dibenarkan. Tetapi apabila muncul masalah di kemudian hari, mungkin isteri akan mengungkit dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar.
Justeru, suami perlu bertekad untuk menguruskan nafkah keluarga dengan baik. Perlu sentiasa berunding dengan hikmah dan baik dengan isteri. Dicadangkan juga suami dan isteri menyediakan plan tindakan bersama bagi mengurus kewangan keluarga.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Baca artikel lain yang berkaitan: Suami Isteri Bergaduh Itu Biasa, Limitnya Cukup Sehari, Jika Lebih Itu EGO
Suami Isteri Bila Sudah Terlalu Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Jadi Hambar
Suami Isteri Nak Bulan Madu Ke Paris Kena Tangkap Basah, Kena Pedajal Dengan Makcik Restoran
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI