Pakai Duit Bini “Tak Semua Orang Bernasib Baik Dapat Suami Bergaji Tinggi Daripada Isteri”

Share

Pakai duit bini, dalam hidup berumah tangga bukan semua wanita bernasib baik dan dipertemukan jodoh dengan lelaki yang gaji lebih daripada isteri.

Sememangnya untuk kehidupan suami isteri yang aman perlu ada sikap tolak ansur. Namun dalam kebaikan hati si isteri, golongan suami janganlah ambil kesempatan ya.

Pakai Duit Bini

Menerusi perkongsian Puan Nurul Izzah Zainol sememangnya ada betulnya. Dalam bertolak ansur suami isteri perlu ada sikap tanggungjawab.

Jika isteri sahaja yang keluar belanja, suami janganlah pura-pura tidak berduit. Hulurkan lah wang lebihan dan berusahalah mencari pendapatan lebih.

Apapun, wanita biasanya tidak kisah tentang duit namun janganlah suami ambil kesempatan ya.

Ikuti perkongsian Facebook Nurul Izzah Zainol yang boleh dijadikan manfaat bersama;

Puan Nurul Izzah

“Tak sedikit yang mengadu sepanjang perkahwinan, belanja rumah tangga banyak pakai duit isteri. Suami seakan bergantung pada pendapatan isteri dan kelayakan kewangan isteri untuk membuat pinjaman demi pinjaman.

“Ok. Ini pendapat saya. Kita ambillah situasi normal di mana seorang suami yang mungkin bergaji rendah daripada isteri dan sudah tentu kelayakan meminjam juga rendah.

“Ada juga keadaan suami kerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, sementara isterinya dapat gaji tetap setiap bulan.

“Kita pun kena ingat tak semua orang bernasib baik dapat suami yang bergaji tinggi daripada isteri. Dan itu juga bukan syarat untuk sebuah rumah tangga tu bahagia.

“Membantu suami dalam hal kewangan adalah moral obligation. Bukan legal obligation. Yang namanya moral obligation tu adalah kalau kau tak buat tak kena hukuman. Macam kau lalu tepi sungai then nampak ada orang tengah lemas,lalu kau buat don’t know sahaja. Undang-undang tak boleh charge kau sebab ia hanya moral obligation.

“Tetapi, kalau dah namanya suami kita,yang paling dekat dalam hidup kita. Yang serumah, sebilik, sekatil dan sepinggan, takkanlah kau nak suami kau mati kebuluran. Takkan nak tengok dia makan rumput, kau makan lobster kan. Secara moralnya, eloklah kau bantu. Susahnya dia nanti akan susahnya kau jugakan.

Gambar hiasan ; Drama Cinta Hilang Kata

JENIS TAK MALU

“Memang ada jenis tak tahu malu asyik guna duit isteri. Yang harta isteri dia buat macam harta dia. Sebab bagi dia isteri tu dia punya sekali dalam akaun bank kau pun dia rasa dia punya. Yang jenis macam ni kau boleh detect cara dia meminta duit dari kau.

“Tiada mukaddimah nak minta/pinjam. Ayat penuh arahan dan nak segera. Tak minta izin buka dompet kau suka hati dan ambil kad bank kau. Tak cakap kalau terguna duit kau dan tidak minta maaf. Tidak berjanji untuk bayar semula walau dalam hati kau nak halalkan sahaja. Paling teruk, ugut derhaka dan nusyuz kalau kau tak bagi duit kau kat dia.

“Tiada usaha untuk perbaiki kewangan. Totally depend dengan isteri bab duit ni. Dari tiada anak sampai anak 6,gaji dia rm1500 itulah. Tulang 4 kerat kuat lagi,tiada sakit kronik. Peluang pekerjaan banyak jika nak ubah nasib. Kalau memang yang jenis serius dan bertanggungjawab,mungkin akan cuba cari side income lain.

“Yang nampak buat kerja part time,over time dan every time tu kau. Balik kerja sambung pula buat kuih, nasi lemak nak jual kat ofis. Hujung minggu buka payung jual buah sayur. Jadi agen dropship tudung, jual tupperware lah segala bagai.

“Dia nampak kau susah payah cari duit tambahan tapi tapi dia buat tak tahu sahaja. Siap ulang cakap ” Awak kan banyak duit dari saya, income masuk sana sini, share lah sikit”. Yang dia, balik kerja dok dalam bilik ngadap hp, main game, lepas tu tidur sampai esok pula baru bangun pi kerja.

PLEASE STOP

“Ohoi, kalau dah jenis tak sedar diri dan tak tahu malu cakap macam ini, INILAH WAKTU YG TEPAT untuk kau berhenti membantu. Berhenti. Jangan risau, kau tak nusyuz bahkan kau siap boleh pergi court tuntut nafkah tertunggak kau dari hari 1st kahwin.

“Gais, orang berbudi kita berbahasa. Kalau dah orang bantu kau walau tu bukan tanggungjawab dia, budi bahasalah sikit. Cakap terima kasih,minta maaf, kalau lagi baik tolonglah bab-bab lain yang kau mampu macam kemas rumah,jaga anak,basuh baju. Sejuk juga hati isteri kau yg banyak bantu kau bab duit ni.

“Boleh jadi dia tak hairan dan tak ingat bab duit-duit ni dengan kau.Tapi kalau dah dia tanggung kau & anak-anak, duit kau sendiri buat berjoli pula dengan perempuan lain, kau jangan terkejut bila ditong sampahnya kau,” kongsinya.

Menerusi ruangan komen ramai warganet yang memberikan pendapat mereka.

Mingguan Wanita: Wanita ni baik hati memang tak pernah berkira. Namun suami jagalah hati isterimu baik-baik ya.

Sumber : Facebook Nurul Izzah Zainol

 Sumber Foto : Canva

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh