Pak Su Mid Kuala Nerang meninggal dunia, pesan ulama ini jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan. Innalillahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Pemergian waliyullah tuan guru Pak Su Mid sebentar tadi, sekitar jam 6.20 petang ditangisi ramai.
Pak Su Mid Kuala Nerang yang juga nama sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi pada usia menghampiri 100 tahun di hari Jumaat penuh keberkatan dan kemuliaan sekaligus pemergian husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik. Dalam keadaan dirinya uzur sebelum ini akibat usia tuanya, allahyarham pernah meningalkan pesanan kepada anak muridnya andai dirinya meninggal dunia, sedekahkan surah Al Ikhlas tiga kali buatnya
Pak Su Mid Kuala Nerang Meninggal Dunia
Siapakah Pak Su Mid Bukit Tembaga Kedah?
Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 – 11/11/2022 )
Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah. Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.
Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Di antara guru beliau ialah:-
1. Syeikh Abu Bakar Palestin
2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok
3. Pak Da Eil Mekah
4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik – Pondok Langgar
Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973.
Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya.
Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau.
Ads
Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.
Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:-
Beliau pernah berkata bahawa, beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja.
Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.
Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.
Ads
Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam.
Beliau suka berkias dalam percakapan.
Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah:-
1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.
2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barang siapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.
3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.
Ads
4. Bila ada Istiqomah, baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.
5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat.
6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.
7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.
Adap untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran, pen & kertas dan ikut waktu lawatan tersebut.
Alamat rumah Pak Su Mid – Kampung Kuala Pai , Bukit Tembaga , Kuala Nerang KEDAH
Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau . Amin #KenaliUlamak
Yang sentiasa mendoakanmu,
Fairuz Binti Ayob.
Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan. Begitulah lumrah kehidupan. Biarpun hubungan cinta disulam bertahun lamanya, namun jika tiada jodoh, hubungan yang terjalin tetap putus di tengah jalan.
Ada juga pasangan kekasih yang sudah merancang untuk bernikah tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain. Perit atau tidak itulah kenyataan yang harus ditelan.
Di Lombok, kejutan daripada bekas kekasih membuatkan pengantin perempuan meraung hingga keletihan atas pelamin di majlis pernikahannya.
Kejutan Bekas Kekasih
Lombok: Seorang pengantin perempuan tiba-tiba meraung pada majlis pernikahannya selepas menerima ucapan selamat berbahagia daripada bekas teman lelakinya.
Kejadian berlaku di Desa Labuan Lombok di Lombok Timur, Sabtu lalu selepas lelaki dikenali sebagai Dayat itu hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya.
Dia kelihatan naik ke pelamin dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai menyebabkan pengantin perempuan tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak.
Bekas Kekasih Ucap Selamat Berbahagia
Kompas melaporkan kejadian itu tular di pelbagai media sosial selepas video mengenainya dikongsikan di Instagram.
Di dalam rakaman itu, kelihatan Dayat yang mengenakan baju kemeja hitam naik ke pelamin untuk mengucapkan selamat berbahagia kepada pengantin.
Ketika itu, kedengaran tetamu majlis bersorak selepas dipercayai menyedari bahawa lelaki itu adalah bekas teman lelaki kepada pengantin perempuan.
Dayat juga turut dilihat memeluk pengantin lelaki dan pada masa sama pengantin perempuan yang juga bekas kekasihnya itu menjerit dan menangis teresak-esak.
Melihat keadaan pengantin perempuan itu, individu dipercayai ahli keluarga segera membawa lelaki itu turun dari pelamin.
Berdasarkan video tular itu, pengantin perempuan terus menjerit-jerit sebelum keletihan di atas pelamin.
Dalam pada itu, Dayat berkata, dia menerima undangan daripada kedua-dua mempelai untuk hadir ke majlis itu.
“Saya hadir kerana undangan…saya hargai. Saya datang bersama keluarga pengantin perempuan,” katanya.
Bekas Kekasih Berniat Baik
Menurutnya, dia tidak berniat untuk menimbulkan pergaduhan dan hanya ingin mengucapkan tahniah kepada pengantin baru.
“Niat saya baik datang ke majlis itu. Saya sanggup datang dari Lombok Barat ke Lombok Timur untuk melihat mereka gembira.
“Saya juga gembira dan bahagia,” katanya.
MW: Semoga apa yang berlaku ini tidak menjejaskan hubungan pengantin baru. Harapnya apa yang berlaku hanyalah sekadar salah faham dan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Lukisan ini bernilai USD2- 75 juta, mak jangan marah anak conteng dinding. Mana tahu jadi seperti Cy Twombly. Kalau tak jadi singa, mak-mak jadi harimau setiap kali melihat anak membuat lukisan mural di dinding rumah.
Elok-elok dinding bersih, saat anak mula menconteng, tak hanya mulut, tangan pasti bergerak sama. Tapi rasanya selepas melihat lukisan artis paling terkenal di Amerika abad ke 20 ini, Cy Twombly dan nilaian seninya itu bernilai di antara USD2 ke USD75 juta, pasti mak-mak akan mengendur rasa marah. Dalam hati mungkin berdoa agar suatu hari nanti anak boleh menjadi artis seperti lelaki hebat ini.
Nampak seperti contengan biasa-biasa saja tapi beginilah penghasilan karya Cy Twombly yang mencecah jutaan dalam dollar amerika. Pendek kata bagi orang seni membeli karya seninya satu kepuasan yang amat sangat ditambah namanya yang sangat terkenal tapi bagi kita yang tidak arif tentang seni, mungkin akan berfikir contengan semudah itu, lima minit conteng pun boleh siap.
Mesti mak-mak nak tahu siapa Cy Twombly di sebalik lukisan contengan yang bernilai jutaan dollar Amerika ini?
Artis ini dilahirkan pada tahun 1928. Dia merupakan antara artis terkenal Amerika tetapi masa yang sama antara yang paling kontroversi. Jadi para pengkritik di seluruh dunia sentiasa bercakap mengenai seninya dan mencari makna dalam kerjanya sedangkan rakyat biasa benar-benar membenci kerana gambar-gambarnya dijual pada harga yang sangat tak masuk akal.
Selama 4 tahun membuat kajian tentang seni, Cy Twombly akhirnya memilih seni abstrak sebagai karya utama. Di tahun 50-an, lukisannya abad ke-20nya dipamerkan dan serta merta namanya menjadi masyhur.
Pada tahun 1957 artis ini berpindah ke Rom, berkahwin dan mempunyai anak dan antara karya seni yang mendapat tempat ialah “Leda dan Swan” yang dihasilka pada 1962 iaitu lukisan mitos dan lagenda.
Banyak lukisannya menonjolkan seni komtemporari dan dalam hidupnya Cy Twombly pernah menerima Premium Imperial Jepun, analog dari Nobel dalam karya seni halus dan banyak lagi. Dirinya mati pada 2011 akibat kanser.
Antara lukisan paling terkenalnya ialah “Untitled” yang disiapkan pada 1970 dan nilainya mencecah USD 70.5 juta dollar. Ada juga “Apollo”, “Four Seasons”, “Rose” dan lain lagi.
Nana menangis imbas dikecam. Bergelar anak seni bukannya satu perkara mudah. Apatah lagi dalam rancangan realiti TV. Itulah yang dialami oleh penyanyi, pengacara dan penyampaio radio Nana Mahzan.
Seperti sedia maklum Nana muncul menerusi rancangan realiti TV, Akademi Fantasia. Terbaru sewaktu berbicara di sebuah segmen radio, Nana tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas kenangan sewaktu di awal kemunculannya yang sering dikecam.
Nana Menangis Imbas Dikecam
Pemilik nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan, 42, akui hatinya tergurus apabila dilemparkan kecaman oleh segelintir individu terhadapnya sepanjang berada dalam dunia seni.
“Berada dalam industri seni ini tak mudah. Bila saya dah berhijrah orang yang tak suka tetap ada, tetapi mereka tak fikir kata-kata mereka itu bukan saja mengguris, bahkan beri kesan mendalam.
“Sepanjang saya dalam industri selalu makan hati sampai fikir aku ini buruk, tak baik, memang Allah jadikan aku ni untuk dibenci manusia,” luah Nana.
Patutnya Sebarkan Kebaikan
Nana jua bercerita dirinya yang kini sudah mengenakan hijab turut berpesan agar semua individu perlu menjaga sensitiviti dan menghormati perasaan orang lain.
“Sebenarnya, kita hidup kat dunia ini saya nak kita semua bersama-sama semua umat Islam untuk menyebarkan kebaikan.
“Tapi saya fikirkan kalaulah ada orang yang selalu berkata baik, insya-Allah ramai orang yang mungkin sudah tersasar mahu jadi baik juga.
“Menghukum, caci maki serta melakukan perkara sebegitu tidak akan membantu.
“Kalau boleh warganet tulis yang baik-baik sebab kita tak tahu doa yang baik itu mungkin akan berbalik kepada kita,” sambungnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.