Biasanya sayur pak choy dan brokoli kita tumis seperti biasa sahaja. Namun kalau nak buat hidangan lebih sihat, boleh cuba resipi sayur brocoli dan pak choy Sos Tiram ni. Memang paling mudah nak buat sebab hanya kukus atau rebus sayurnya dan semestinya sedap.Nak kuah sedap, kena letak sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Suzana Saad ini;
Ini cara saya buat sayur brocoli & sayur pak choy fav sefamily.
Bahan-Bahan:
Sayur Pak Choy/Brokoli
2 atau 3 sudu besar Sos Tiram
1 sudu kecil secukup rasa
1/2 sudu kecil tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Bawang Putih (potong kecil)
Cara Membuat:
1.Pak choy saya belah 2 dan rebus bagi masak atau setengah masak.
2.Untuk sos, saya masukkan sos tiram, secukup rasa dan tepung jagung.
3.Masukkan air kosong. Sukatan agak-agak banyak mana kita nak siram sos nanti. Bancuhan ni kalau sos tiram tak cair elok pun tak apa, nanti atas api, akan jadi elok.
Ads
4.Ini pak choy yang dah direbus. Susun cantik-cantik dalam mangkuk.
5.Tumis bawang putih yang dipotong dadu kecil.
Ads
6.Dah kuning bawang putih, masukkan bancuhan tadi kacau hingga pekat sikit. Tuang atas brocoli atau pak choy.
Petua Dapur: Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buang Kimia Lilin Brokoli Hanya Guna 3 Bahan!
Elok Sangat La Makan Brokoli Mana Tahu Mak Mak Boleh Jauhkan Penyakit Kanser
MW: Resipi Brokoli/ Pak Choy Sos Tiram ni memang paling mudah nak buat dan sangat sedap. Rupanya kena letak sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.Boleh cuba resipi ini nanti.
Sumber: Suzana Saad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rojak buah yang sedap, kuahnya kena cukup pedas, pekat dan manis secukup rasa. Selalunya pes rojak yang dijual dipasaran ada campuran petis udang dimana sesetengah orang ada yang jenis tak makan petis udang ni.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri kuah rojak buah yang sedap, ikut cuba resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanikaini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Alhamdulillah.. berojak buah hari ni, permintaan kawan-kawan dia orang kata sedap tu yang suruh buat lagi. Tak tau la puji ikhlas ke tak. Tapi akak buat ikhlas penuh kasih sayang untuk gather dengan kawan-kawan sekolah”
Bahan-Bahan:
1 botol sos cili
1 botol kicap lemak manis
350 gm gula
3 keping nisan besar (Agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
sedikit belacan
cili kering blend (Ikut suka)
Bijan (disangai-Suka hati nak letak ke tak)
Kacang tanah (kisar kasar nak makan baru letak)
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang).
2. Boleh letak air dalam botol tu untuk habiskan sisa-sisa sos dan kicap.
3.Masak guna api sederhana saja, masak sampai pekat.
4.Dah pekat baru letak bijan tadi kacau tutup api.
5.Seimbangkan rasa.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba resipi kuah rojak buah ni. Lebih jimat dan pasti puas hati bila buat sendiri.
Kunjungan ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak menikmati menu nasi kandar kuah banjir di restoran Hameediyah yang cukup popular di negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu. Nampaknya, anda tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk menikmati menu kegemaran anda apabila ia membuka cawangan terbaharu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lari dari konsep klasik, kali ini ia dinaik taraf kepada konsep bistro yang lebih elegan dan menarik.
Pembukaan cawangan kelima itu dilihat lebih premium dan dekorasi setiap tingkat juga mengetengahkan elemen berbeza. Menurut pemilik restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, konsep ini dibawa bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar dan dipenuhi dengan pengunjung terutamanya pelancong asing. Muhammad Riyaaz merupakan Pengarah Hameediyah Sdn Bhd yang juga adalah generasi ketujuh dari pelopor restoran ini. Ini sekaligus merupakan pelaburan bijak Kumpulan Hameediyah untuk memodenkan perniagaan nasi kandar yang merupakan makanan jalanan ke tahap yang lebih tinggi.
Rantaian restoran Hameediyah bermula pada tahun 1907. Konsep “Nasi Kandar” pertama kali diperkenalkan ke bahagian dunia ini oleh imigran Tamil-Muslim dari India, yang dikenali sebagai The Rawthers. Hari ini, Hameediyah merupakan jenama yang menyajikan pelbagai jenis kari dan hidangan berempah di seluruh Malaysia.
Rantaian Hameediyah mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Hameediyah Bistro di Ampang, Kuala Lumpur dan yang baru dilancarkan ini, Hameediyah Nasi Kandar – Multi Concept Dining, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sejak tahun 2015, pemilik generasi ke-7 Hameediyah Penang telah memutuskan untuk melibatkan syarikat konsultansi hospitaliti IDD a Atelier, untuk menyemai semula Hameediyah 1907 di Campbell Street Penang, kepada rupa asal dan rasa tahun 1907 untuk menampilkan rupa klasik tetapi dengan kemudahan moden untuk memenuhi tuntutan pelanggan masa kini.
Pada bulan Ogos 2018, Hameediyah Bistro telah ditubuhkan di Ampang, Kuala Lumpur. Nanoo, Penasihat IDD a Atelier telah mengangkat makanan jalanan ke tahap baru dalam Makanan Moden.
Konsep Bistro Diterima Pelanggan
Beliau mencipta satu lagi konsep untuk meningkatkan pengalaman makan Nasi Kandar dengan restoran bergaya Bistro, di mana seseorang dapat menikmati Café Latte atau Teh Tarik dengan sepinggan Nasi Kandar.
Restoran empat tingkat itu memberi pelanggan pilihan untuk duduk di mana-mana sahaja sama ada bistro di tingkat 1 dengan suasana mamak atau galeri yang berada di tingkat 2. Konsep Bistro menjadi kejayaan segera dengan mengekalkan rasa yang sama seperti di Penang. Semua rempah digiling di Georgetown, Penang dan dihantar ke Ampang, mengekalkan dan mencipta semula resipi yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan asing.
Ketika kunjungan penulis ke sini baru-baru ini, terasa seperti sedang makan dalam muzium kerana Hameediyah Bukit Bintang meletakkan koleksi barangan asal ketika jenama ini mula berniaga. Selain itu, dinding-dinding juga dihias cantik dengan lukisan kenangan mereka ketika berniaga dulu.
Selain itu, menu-menu di sini masih mengekalkan keaslian dari negeri Pulau Mutiara namun ada beberapa menu baharu diperkenalkan sebagai signature baharu buat Hameediyah.
Antaranya rendang ayam, kari itik, lamb shank dan ayam turki (piru). Tidak ketinggalan menu sotong viral, ayam bawang, ketam serta mi goreng antara menu yang sering mendapat perhatian ramai. Restoran Hameediyah Multi Concept Bukit Bintang turut dibuka untuk sebarang acara atau majlis keramaian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ikan Siakap antara ikan yang selalu kita beli di pasar. Selalunya dimasak Tiga Rasa, Stim Limau, Kari atau digoreng begitu sahaja. Namun, Ikan Siakap juga boleh dibakar dan dilumur dengan sambal. Memang sedap dan secukup rasa. Makan dengan nasi putih panas-panas pula memang membangkit selera. Bukan apa kalau dibakar biasa, perlu sediakan air asam atau sambal kicap sebagai pelengkap dan pencicah.
Boleh cuba resipi Ikan Siakap Bakar Sambal yang dikongsikan oleh Puan Hazarina Zaini ini. Memang senang sangat dan nampak menyelerakan sungguh.
Hari ni menu simple je. Ikan Siakap Bakor dengan sambal je. Tak Payah cicah-cicah dah. Semua dah cukup rasa. Senang gila.
Selamat mencuba! Ready la apa-apa ulam.
2 ikan Siakap dah dikunyit dan digaramkan, biarkan seketika. Sementara tunggu sambal masak.
Bahan-Bahan Sambal Perap Ikan Bakar:
20 tangkai Cili kering atau Cili kisar.
1 labu Bawang Merah (saya guna bawang besar )
4 atau 5 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1.5inci Belacan (dah siap bakar)
1 helai Daun Kunyit
5@6 helai Daun Kesum
1 batang Serai
*Blend semua bahan-bahan ni.
2. Panaskan minyak. Minyak kena banyak nak sambal betul-betul masak. Kemudian masukkn bahan-bahan yang dah di blend tu.Kacau dalam 5 minit sekali supaya tak hangit bila dah pecah minyak.
Kemudian, masukkan Gula Melaka @ gula kabung, Air asam jawa secukup rasa, Daun pandan (untuk wangi je).Kalau perlu garam dan secukup rasa dan last sekali perahkan limau kasturi dalam 2 biji.
Gaul je rasa la nak adjust masam dan manis.
3. Kemudian letak sambal sikit pada daun pisang.
4. Letakkn ikan untuk dibakar.
5. Lumur sambal pada bahagian sebelah lagi dan tutup dengan daun pisang. Bakar api sederhana atau perlahan ikut pan masing-masing. Bakar selama 15 minit lepas tu alih sebelah lagi. Tengok la ikan masing-masing dah masak ke belum.
Daun pisang tu letak je atas Fry Pan tu lebar-lebar. Tak payah lipat, letak ikan dan tutup dengan daun belah atas dia. Pan saya ni takde tutup. Pan crofton grill tu, jadi tindih je daun tadi dengan tudung periuk yang kaca tu.
Ikan Siakap yang dah dilumur dengan sambal kedua-dua belah.
Ikan pertama terlebih masa bakar tapi still sedap. Sambal dah mesra, masuk ke isi ikan. Makan dengan nasi panas-panas je. Dengan ulam. Layannn. Ikan kedua, jaga api dan masa In Shaa Allah hasilnya lagi cun!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...