Paha Bayi Patah Dua, Satu Lagi Kes Kecuaian Di Rumah Pengasuh

Share

Nasib si kecil berusia empat bulan agak menyedihkan apabila dapat berita daripada doktor paha bayi patah dua dan lebam di muka dipercayai disebabkan kecuaian pengasuh.

Berita bayi ini tular di media sosial bapa saudaranya yang dikenali sebagai Cekgu Jie melalui Facebooknya mendedahkan rasa kecewa dan berharap mak ayah yang letak anak di rumah pengasuh agar ada masa untuk menyelidik pengasuh anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

Paha Bayi Patah Dua

Anak sedara ambo baru saje berusia empat bulan tapi diperlakukan dengan penuh kejam sehingga lebam muka dan patah paha.

Tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui oleh bayi ini sehingga patah paha. Apa salah bayi yang baru mengenal dunia selama empat bulan?

Menangis dari petang sampai ke malam sehingga tiada suara. Cuba merayu-rayu tanpa suara. Cuba mengharapkan pertolongan Umi dan Abinya sehingga kakinya membengkak kebiruan.

Akhirnya doktor mengesahkan paha anak kecil ini patah dua. Azabnya Ya Allah…

Mohon pertolongan sahabat yang kenal peguam yang boleh memberi khidmat ikhlas yang boleh membawa kes ini ke hadapan demi masa depan anak kecil yang tidak berdosa ini boleh hubungi ambo sendiri Cekgu Jie. Moga ada keadilan untuk mangsa.

Nasihat…

Kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis. Diharapkan pihak polis dapat melakukan siasatan seadilnya dan mendakwa P yang tidak berhati perut ini!

Ingatan untuk ibu bapa di luar sana. Berhati-hatilah dengan pengasuh anak anda. Selidiklah pengasuh anak anda sebaik-baiknya. Berhati-hatilah dengan sandiwara baik dihadapan kita tapi di belakang dialah syaitan bertopengkan manusia.

Cekgu Jie juga dimaklumkan bahawa, mangsa berkemungkinan tidak boleh berjalan sempurna seperti kanak-kanak yang lain.

Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dirawat.

Cara Pantau Anak Di Rumah Pengasuh

1. Buat pilihan pengasuh dengan tanya orang terdekat dan jiran

Setelah mak ayah buat survey sendiri, decide ke mana anak kita akan dihantar nanti. Buat pilihan yang terbaik. Minta pada Allah melalui solat istikharah. In shaa Allah pilihan yang kita buat tu tak sia-sia.

2. Datang secara mengejut

Mula-mula datang dengan temujanji, lepas itu kena datang secara mengejut pula. Secara tidak langsung kita dapat buat quick spot check keadaan tempat anak kita bakal diasuh nanti.

3. Percubaan sebelum bekerja

Digalakkan 2 minggu sebelum ibu bekerja semula, sila hantar bayi kepada pengasuh untuk sesi percubaan. Kalau nampak serasi, teruskan. Kalau sebaliknya boleh cari yang lagi baik.

Haaa… mungkin rasa lega dan selamat dengan adanya sedikit guide buat mak ayah yang pertama kali nak anta bayi tersayang ke pangasuh yang tak kenal sangat tu. Apa pun yang terjadi dan bakal berlaku, tawakal pada Allah. Kalau mak ayah sudah berusaha segala yang patut buat, redha itu past muncul. Moga anak-anak kita dalam jagaan orang yang ikhlas niat nak jaga anak.

Published by
Nadia