
Isi Kandungan
ToggleAkibat gurauan ‘terlampau’ pada bayi yang baru lahir, 3 orang jururawat hospital di Arab Saudi dipecat dan ditamatkan perkhidmatan mereka. Memetik laporan Daily Mail, sekumpulan jururawat Arab Saudi dipecat selepas merakam video menunjukkan mereka ketawa sambil ‘memenyekkan’ muka seorang bayi baru dilahirkan yang dirawat kerana jangkitan kuman.
Ibu bapa bayi berkenaan menyedari perbuatan tidak senonoh mereka selepas rakaman itu tersebar dalam talian dan dikongsikan di media sosial.Dalam video itu, seorang jururawat dilihat memegang bayi itu pada tengkuk dan lehernya sebelum memicit muka bayi berkenaan manakala rakannya didengar ketawa.
Dikenakan Tindakan
Tiga jururawat di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu, kemudian dikenal pasti dan diambil tindakan.
Jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Taif, Abdulhadi Al-Rabie berkata, pihaknya menyiasat sumber video dan mengenal pasti jururawat serta hospital tempat ia berlaku. Jururawat tersebut ditamatkan lesen kejururawatan dan dihalang daripada meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Bapa bayi berkenaan memberitahu media tempatan, anaknya dimasukkan ke hospital selama 10 hari untuk rawatan jangkitan kuman pada saluran kencing. Katanya, dia terkejut melihat video itu dikongsikan meluas di media sosial.
Diselar Pengguna Media Sosial
Pengguna media sosial turut menyelar perbuatan itu.

“Beraninya mereka berbuat begini. Tiga jururawat itu patutnya bersyukur saya bukan ibu bayi itu. Pasti saya penyekkan muka mereka dengan lebih kuat lagi!” kata seorang pengguna.
Issk, macam-macam hal, yang pastinya memang gurauan ni melampau dan melanggar etika, jururawat tersebut juga telah menerima hukuman yang setimpal.
Sumber: Daily Mail via HMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Tak Berkira Bayar Bil Bersalin Isteri RM20K, Rezeki Dr Say Silih Berganti

Isi Kandungan
ToggleIsteri Dr Say, Dr Azura Abas sudah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3kg di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Dr Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr Say berkongsi bayi dan isteri yang bersalin secara caeser sudah dibenarkan pulang.
Bagaimana pun, dia perlu berdepan kemungkinan membayar bil bersalin dalam anggaran RM10,000 ke RM15,000. Sebaik bil diperoleh, jumlah sebenar rupanya mencecah RM20,000.
Resah betul nak sampaikan berita itu pada isteri. Sebolehnya tak mahu isteri tahu. Akhirnya bila dapat tahu, isteri pula rasa bersalah sampai berjurai air mata. Dan ini cara Dr Say pujuk dan tenangkan hati isteri.
Duit Boleh Dicari, Kebahagiaan Tak Boleh Diganti
Setelah 4 hari warded, harini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesar, saya boleh agak-agak kosnya yakni dalam RM10k-15k. Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnya bang. RM20k total.
Saya jadi resah memikirkan bagaimana saya nak sampaikan nombor kepala 2 ni kepada bini. Bini start pushy-pushy tanya berapa bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampikan berita nombor kepala 2 tu kepadanya.
Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan dia tak dapat melahirkan baby kami dengan cara normal.
Saya tenangkan bini “unny cube fikir balik, dengan 20k ni lah u berjaya gave birth to something yang teramat mustahil tuk kite dapatkan. Moreover cube u bayangkan couples yang trying to get baby, buat IVF easily dah cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok.” Biniku berjaya ditenangkan.
Mungkin ada yang berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital orang-orang berado je tu.”
Tapi given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) dan komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place.
Parents saya selalu pesan, “don’t be a slave for money, coz money sentiasa boleh dicari.” Dan betul apa kata parents saya, lepas kelahiran baby, rezeki datang bersilih ganti. Ingat peeps, jangan sesekali kita berkira when it comes to wellbeing of our baby k?
4 Tahun Tunggu Kehadiran Baby Ajaib Kami – Dr Say
Kepada yang mengenali kami mungkin tau kenape baby kami ni merupakan satu keajaiban buat kami. Kepada yang baru mengenali kami, meh saya simpulkan dalam satu part.
Saya dan bini berkahwin sejak 2014. Kami mengamalkan lifestyle yang agak sihat namun begitu kami tidak dikurniakan rezeki dari-Nya sehinggalah tanggal 10 Ogos 2018 pabila bini saya disahkan mengandung. Masa tu memang kami happy ke langit sebab yelah dekat 4 tahun kami menunggu.

Tup tap masa 27 minggu mengandung, bini saya mengalami pendarahan yang agak teruk sehingga dimasukkan ke wad. Happy ke langit kami kini bertukar suram menjulam kerana punca utama pendarahan tidak dapat diketahui walaupun baby aktif bergerak dan bini tak mengadu kesakitan.
Pregnancy diteruskan dan Alhamdulillah tiada lagi pendarahan. Namun begitu jatuh ditimpa tangga kami tidak berakhir di situ.
Tiba-tiba Denyutan Jantung Baby Merudum..
Due date baby lahir sepatutnya 17 Mei 2019. Tiba-tiba air ketuban bini pecah sedikit awal on 5 Mei 2019 which is normal, cumanya tiba-tiba denyutan jantung baby merudum dan tuk mengelakkan baby lemas, pembedahan emergency cesarean harus dilakukan secepat mungkin. Semasa operation didapati tali pusat mengikat leher baby kami teramat ketat tapi baby kami berjaya diselamatkan.
Sepatutnya end of story la kan? No peeps, mase tengah operation tu jugak, pakar menemui banyak lekatan di organ-organ dalaman bini disebabkan bini saya pernah undergo operation tuk burst appendicitis mase dia berumur 17 tahun.
Pakar sendiri terkejut akan bagaimana bini saya boleh hamil kerana lekatan terlalu teruk yang menganggu anatomi saluran peranakkan bini.
Kalau korang rase ni tak ckup miracle, tak tau nak cerita camane lagi dah. Syukur Alhamdulillah yang teramat sesangat kepada Allah atas pemberian terbesar dalam hidup kami ni. Sebenarnya kalau baby kami girl, memang kami nak namakan dia Mireille (miracle in French), tapi sebab boy nama tak abis pikiaq lagi huhu.
Sumber/Foto : Dr Shazril Shaharuddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dua Minggu Mak Tak Mampu Susukan Saya.” Rasa Takut, Malu Dengan Pandangan Orang

Isi Kandungan
Toggle“Dua minggu mak tak mampu susukan saya.” Rasa takut dan malu dengan pandangan orang sekeliling.
Kelahiran Mohd Sukur Ibrahim adalah satu ujian besar buat mak dan abahnya. Ternyata menerima kelahiran anak OKU (Orang Kurang Upaya) bukan mudah untuk diterima.
Sekarang mungkin mak abah lebih terbuka dan bersedia, namun 20, 30 tahun yang lalu situasinya cukup berbeza.
Renteten daripada video Kak Long 7E yang tular yang seolah-olah menghina golongan OKU membuatkan Mohd Sukur tampil berkongsi rasa di akaun Facebook miliknya.
Dua Minggu
Sebagai oku fizikal sejak lahir tahun 1984.
Lahirnya saya adalah ujian besar buat mak dan abah. 2 minggu mak tak mampu nak menyusukan saya dan jaga saya. Semua arwah atuk dan nenek yang uruskan.
Mak cakap, mak masa tu dia betul-betul terkejut. Iyalah ketika itu, tidak ada scan-scan ni. Sudahlah bersalin pun dekat rumah.
Nama saya dengan ejaan legend SUKUR pun atuk yang namakan dan daftarkan.
Artikel Berkaitan: Kelebihan Sukur Mengatasi Segala Kekurangannya, Jadi Wani Rasakan Dialah Calon Suami Terbaik
Malu Dengan Pandangan Orang
Mak cakap lama-lama dapat kekuatan untuk terima saya. Hasil sokongan daripada Atuk dan Nenek. Rasa malu dan takut dengan pandangan orang sekeliling, rasa risau tentang kehidupan saya di masa depan semuanya mak luahkan dalam doa kepada Allah.
Tak mudah. Perit. Payah. Penat.
Lalu membesarnya saya tanpa sedikit kurang pun kasih sayang dari mak, abah. Malah lebih lagi, sebab saya OKU kan. Mestilah istimewa.
Bila dah usia 4 tahun, saya sudah boleh tanya mak abah macam-macam soalan menikam kalbu. Mak kenapa Sukur macam ni? Kenapa tangan macam ni? Dan mak kenapa orang itu pandang Sukur lama-lama.
Menarik: ‘Bukan Alasan’, Amir Remaja OKU Dari Kedah Ke Selangor Sertai Misi Bantuan Banjir
Mak Tak Mampu Susukan Saya
Nak membesarkan saya supaya berada dalam masyarakat selayaknya juga satu pengorbanan besar. Jiwa raga dan wang ringgit. Masa dan tenaga. Darah dan air mata. Keringat dan tulang empat kerat.
Tak mudah. Perit. Payah. Penat.
Baca Di Sini : Dapat Cukup Kasih Sayang Pun Ada Ketikanya Down, Inikan Pula OKU Yang Terbiar
Manusia Biadap
Sudah tahun 2022.
Eh ada lagi manusia biadab yang betul-betul perlu diberi pengajaran sebab memperlekeh, memperolok dan menghina OKU.
Dia bukan perlekehkan OKU sahaja, malahan ibu bapa OKU, penjaga OKU, komuniti OKU dan semua yang terlibat siang malam memperkasa OKU.
Nak gurau-gurau dengan kawan, laki bini, adik beradik buat-buat gaya cacat buatlah. Benda boleh gelak kan. Tapi bila berani sangat upload tu, kena beranilah tanggung kesannya.
Makanya, Marilah beramai-ramai report polis.

Mingguan Wanita : Membuat jenaka dengan kekurangan insan lain adalah sesuatu perbuatan yang tak boleh diterima akal. Hendak mengajar populariti sekalipun, janganlah biadap dan menghina OKU.
Sumber : Mohd Sukur bin Ibrahim
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Infeksi Jari Kaki Sudah Memakan Tulang,” Ras Adiba Mohon Doakan Kesihatan Suami

Isi Kandungan
Toggle“Infeksi Jari Kaki Sudah Memakan Tulang,” Ras Adiba Mohon Doakan Kesihatan Suami. Dalam perkongsian ringkas di Instagram bekas personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54 memaklumkan keadaan terkini kesihatan suaminya Mohamed Azam Zainal Ali yang kini positif Covid serta mempunyai jangkitan pada jari kakinya.
“Abang Azam Bear positif Covid semalam dan juga mempunyai infeksi di jari kakinya.Sebelum ini kedua belah ibu jari kedua belah kaki telah pun dipotong.”
“Abang masuk ke hospital petang tadi dan terus pakar Ortho memeriksa jari kakinya dan dapati infeksi sudah memakan tulang”ujarnya.
Pembedahan Jari Kaki
Tambah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ini juga, untuk memastikan jangkitan tersebut tidak merebak, pembedahan akan dilakukan segera. Ras Adiba juga memohon supaya turut sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan suami tersayang.
“Untuk pastikan infeksi tidak merebak dan keadaan beliau yang menghidap Covid serta keadaan jantungnya, operasi akan dilakukan di Hospital DSH2 Bukit Lanjan malam ini pada jam 8.”
“Deep dan seisi keluarga ingin pohon semua sahabat di sini untuk sama-sama doakan Abang Azam Bear,” ujarnya.
Ramai Mendoakan Diberi Kesembuahan & Dipermudahkan Urusan
Ramai yang turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan buat suami Ras Adiba ini.
Terdahulu, meskipun pernah bercerai sebelum ini Senator Datuk Ras Adiba Radzi, telah berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua,dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2 Jun 2022.

Mesti Baca:Jodoh Masih Kuat Datuk Ras Adiba Berkahwin Semula Dengan Bekas Suami
Baca Lagi Di Sini:“Fikir Dahulu & Hormati Perasaan Kami..” Ras Adiba Luah Rasa Kesal Saranan Transgender Gunakan Tandas OKU
Artikel Menarik:Ras Adiba Luah Kerinduan Tak Putus Asa Cari Zalina “Moga Allah Beri Petunjuk, Sedih Sangat” Netizen
Sumber: Instagram Ras Adiba
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI