Tempoh berpantang itu memang panjang. Masa inilah ibu yang kaki jalan akan tak betah. Mula curi-curi ke Mall selepas minggu ke-tiga bersalin. Haruslah anak kecil dibawa sekali, terutama yang masih menyusu badan.
Tanpa ibu sedar tindakannya itu mengundang bahaya kepada bayinya. Lelaki ini, Tuan Muhammad Ahmad yang menggunakan #lelakiburqa di wallnya berkongsi pandangan tentang risiko yang mungkin bayi dalam pantang akan alami jika terdedah di tempat awam.
Selalunya jika ke mall saya akan memakai mask untuk memastikan saya tidak mengeluarkan kuman atau virus dan juga untuk mengelakkan saya dijangkiti virus atau kuman. Dan jarang sangat bawa anak masuk mall. Tidak silap saya usia beliau 1 tahun 2 bulan baru masuk mall,itu pun awal pagi hari bekerja.
Tapi sayang ramai ibu bapa sekarang masih membawa bayi masih berusia 2,3 bulan.
Saya selalu menyapa mereka dan memberi sedikit nasihat. 90 % kebanyakkan mereka membawa bayi bukan urusan KECEMASAN. Sebaliknya untuk ‘mencuci mata’ berjam-jam. Yelah 40-60 hari berpantang pasti boring kan.
Ketika itu tahap immunity bayi sangat rendah. Berkali ganda mudah untuk dijangkiti virus atau kuman (airborne disease) atau menyedut asap ROKOK (boleh menyebabkan radang paru-paru).
Walaupun saya sebagai orang awam, saya tetap peka tentang kesihatan saya dan orang lain terutama bayi.
Ya kita faham bukan bermakna semua bayi akan dijangkiti virus dan kuman atau asap rokok. Pasti apa yang saya katakan ini boleh dicanggah. Namun kita perlu berwaspada.
Saya beranggapan bahawa penjagaan kesihatan bayi bukan terletak kepada ibu bapa mereka sahaja,bahkan kita semua. Kitalah bertanggungjawab untuk menasihati mereka dengan penuh hikmah. Paling tidak pun print out flyers jenis-jenis penyakit bawaan udara dan edarkan kepada awam. Mungkin ramai ibu bapa diluar sana kurang didedahkan tentang perkara ini.
Bayangkan tubuh kecil itu dijangkiti virus, kuman atau asap rokok sehingga menyebabkan bronchitis dan Pneumonia sehinggakan bayi terpaksa dimasukkan ke hospital berhari-hari. Pasti kita menyesal tidak sudah. Lebih-lebih lagi 4 ribu lebih bahan kimia dari asap rokok sangat mudah untuk disedut oleh bayi kerana pernafasan mereka lebih laju berbanding orang dewasa.
Nasihat saya (untuk diri sendiri juga) elakkan anak-anak terutama bayi terdedah di tempat awam yang padat terutama hujung minggu. Jika mustahak pastikan menggunakan stroller hood dan membasuh muka, tangan kanak-kanak sebelum pulang ke rumah atau apa-apa kaedah untuk mengelakkan bayi dijangkiti kuman atau virus.
Sumber/Foto: Muhammad Ahmad via Mingguan Wanita