Takdir Allah telah ditetapkan. Bayangkan dalam usia masih kecil terpaksa berpisah dengan mak ayah, kehilangan orang tersayang dan perlu berdikari untuk kelangsungan hidup. Tiada jalan lain selain tinggal di rumah kebajikan yang mampu menjaga mereka sebaiknya.
Di sebalik kegembiraan dapat bersama ‘ahli keluarga baru’ di Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi, pasti tersemat rasa sedih dan sayu membayangkan wajah-wajah orang tersayang tiada di sisi. Tak seperti kanak-kanak lain, ada tempat bermanja dan mengadu.
Menambah kesedihan, ada pula tohmahan dan sindirin mengatakan anak-anak ini tidak mungkin berjaya seperti anak yang ada mak ayah. Kenapalah hitam betul hati manusia ini? Inilah situasi biasa yang terpaksa dihadapi pengasas bersama rumah kebajikan ini iaitu Aishah Mohamed, 36 tahun bersama suaminya, Roslan Khabid dan abang iparnya, Muhamad Khabid.
Anak Asnaf Mampu Berjaya & Cemerlang
Mungkin anak-anak asnaf ini tidak mengerti tapi jauh di hati pengasas, pasti ada rasa terkilan dengan tohmahan ini.
Betapa besar pahala yang dikumpul mereka, penubuhan rumah kebajikan ini sebenarnya tidak mendapat mana-mana tajaan dana pun. “Kami hanya mengharapkan sumbangan orang ramai.
Apa yang penting bagi kami, anak-anak ini memperoleh ilmu dunia dan berjaya seperti anak-anak lain. Hal-hal lain biarlah kami sahaja uruskan,” terang Aishah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Cha.
Rumah Kebajikan Anak Yatin & Asnaf An-Naafi yang terletak di Taman Bukit Mulia, Ampang adalah rumah yang dibina atas kasih sayang sesama manusia. Di rumah inilah tinggalnya 31 anak yang terdiri daripada anak-anak asnaf dan yatim terbuang yang menjadi penghuni tetap dan mereka ini datang dari pelbagai latarbelakang berbeza-beza.
Menurut Kak Cha lagi, rumah kebajikan ini dibuka pada 20 Oktobor 2020.
“Rumah kebajikan ini mempunyai 24 anak lelaki dan 7 perempuan yang berusia 6 hingga 19 tahun. Mereka datang yang tiada mak ayah, yatim piatu, fakir miskin dan ada yang dihantar oleh jiran ke sini dan sebagainya”
Rumah yang didiami oleh anak-anak ini, disewa dengan bayaran RM2,200 sebulan. Mempunyai tiga buah bilik dan tentulah tidak muat untuk menampung 31 orang penghuni.
Anak-anak ini seperti satu keluarga.
“Jadi, apabila waktu malam, saya akan bawa penghuni perempuan untuk tidur di rumah mak saya berhampiran,” katanya yang berharap satu hari nanti akan dapat rumah yang besar dan selesa untuk membantu ramai lagi yang memerlukan.
Pengalaman Buruk Ditipu Scammer
Walaupun baru beroperasi lebih kurang 3 tahun, Kak Cha juga tidak terkecuali daripada ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
“Bayangkan pada masa PKP, pendapatan kami turun naik, Alhamdulillah, kawan-kawan banyak menghulurkan bantuan. Dalam waktu itulah, ada scammer mengambil kesempatan dengan menggunakan nama, gambar rumah ini dan mengutip sumbangan dengan menggunakan rumah kebajikan kami”
“Sampaikan satu tahap, ada orang mengatakan rumah kebajikan ini ditutup dan kami kena ‘ban’, “ katanya.
Bukan itu saja, Kak Cha pernah struggle, tidak ada duit untuk menyediakan keperluan anak ini, hinggalah anak asnaf jagaannya sanggup berikan duit tabung untuk dahulukan keperluan mereka di situ.
Aktiviti Harian Di Rumah Kebajikan
Walaupun rumah kebajikan ini menempatkan anak-anak dari pelbagai latar belakang, namun Kak Cha mengamalkan konsep ‘keluarga’. Aktiviti harian mereka seperti anak-anak lain.
“Pada waktu pagi, mereka bersiap ke sekolah. Mereka ini bersekolah di sekolah yang sama iaitu SK Lembah Keramat. Balik dari sekolah, bersihkan diri, solat dan beriadah selama satu jam.
Seawal pagi bersiap sedia untuk ke sekolah.
Kelas tuisyen untuk anak-anak agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
.
Kenangan indah, antara kejayaan yang dicapai oleh anak-anak di Rumah Kebajkan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi..
“Anak-anak ini diajar untuk uruskan diri sendiri seperti basuh baju, sidai, membuat kerja dapur dan kalau keadaan tempat mereka kotor, tetap dikenakan denda dengan tidak dibenarkan riadah,” kata Kak Cha yang sendiri menguruskan anak-anak ini tanpa ada pembantu. Bimbang orang lain tak mampu menjaga anak ini seperti dia menjaga mereka.
Bantuan Dan Sumbangan Ubah Masa Depan
Siapa kata anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini tidak berjaya, belajar tak mampu ke mana-mana pun? Tohmahan inilah membuatkan Kak Cha cukup terkilan.
Namun, dia mampu buktikan anak-anak ini boleh berjaya, hantar ke kelas tuisyen dan ada yang sudah sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi.
Bukan setakat tohmahan, penipuan, kecaman untuk diri Kak Cha, suami dan abang iparnya turut kena tempiasnya. Kononnya mereka sibuk nak buka rumah kebajikan tapi tidak berkemampuan.
Perlukan bantuan dan sumbangan daripada orang ramai.
“Semua ini saya terima dengan terbuka. Tak kisah dengan kecaman sebab kami mahu ubah masa depan anak-anak ini. Malah, hasrat ini tidak kan tercapai tanpa kerjasama dari semua orang.
“Anak-anak ini tidak minta dilahirkan begini. Jangan salahkan keluarga, kerana mereka juga tidak berkemampuan. Daripada dibiarkan terabai, carilah rumah kebajikan. Dari situlah kami memohon kerjasama dan sumbangan untuk membantu anak-anak ini. Dan Alhamdulillah, kami bersyukur sangat kerana pihak FGV Holdings yang merupakan salah sebuah syarikat pengeluar makanan di Malaysia sudi meraikan anak-anak ini sempena hari raya Aidilfitri nanti. Terima kasih atas sumbangan barang-barang makanan keluaran FGV seperti Beras Wangi Horeca, buah-buahan seperti pisang cavendish dan nanas MD2 serta pelbagai barangan SAJI. Inilah saat-saat yang menggembirakan mereka,” jelas Kak Cha.
Kelangsungan hidup anak-anak akan lebih mudah dengan adanya bantuan dan sumbangan daripada orang ramai dalam membantu Kak Cha, suami dan abang iparnya untuk terus beroperasi dan membela nasib anak-anak ini.
Bagi memberikan keceriaan buat anak-anak di Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi ini, marilah kita berkongsi rezeki sempena Ramadan dengan memberi sumbangan seikhlas hati melalui Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita Bersama FGV.
Salurkan sumbangan anda kepada:
Ambank: 8881-0332-4721-4 (Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi).
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI