Kita sering terbaca kes keganasan rumahtangga yang mana ada kalanya diakhiri dengan kematian, nauzubillah. Tidak dinafikan, ada kala pasangan sentiasa diuji dengan perlakuan kurang baik dari pasangan.
Misalannya suami yang taat pada agama kadang kala diuji dengan isteri yang perlakuannya menjolok mata. Ada juga isteri yang taat namun mendapat suami yang sangat teruk perangainya termasuk tidak mahu solat dan sering terlibat dengan dosa zina.
Jika di awal-awal nampak bahagia namun akhirnya mula dilanda taufan dan badai yang sentiasa bergelora.
Pada Isteri Yang Rasa Tidak Dihargai Suami Sendiri
Bagi menghadapi semua masalah-masalah ini, bekas Mufti Arab Saudi, Shaikh Abdul Aziz bin Baz Rahimullah yang juga seorang ketua ulama besar ada nasihat berguna.
Dalam nasihatnya, Shaikh Abdul Aziz berkata, jika rumahtangga di uji dengan perlakuan suami yang sering menyakiti hati isteri dan tidak mempedulikan hati isteri sama ada terluka selalu atau tidak tetapi tidak pernah tinggalkan solat, seorang isteri itu wajib bersabar.
Masa yang sama, harus menasihati suami dengan baik dan mengingatkan suami agar terus mengingati Allah SWT dan hari kiamat.
“Dengan semua nasihat-nasihat itu, diharap suami mendengar dan kembali ke jalan benar dan meninggalkan sikapnya yang buruk.
“Jika suami tidak mahu berubah selepas dinasihati, maka dirinya menanggung dosa dan isteri mendapat pahala yang besar berkat kesabarannya dalam menghadapi keburukan diri suami.
Dalam pada itu, ulama besar ini menjelaskan, disyariatkan bagi seorang isteri untuk berdoa di dalam setiap solatnya juga di luar waktu solat supaya Allah SWT memberikan petunjuk kebenaran buat suami serta mengurniakan akhlak yang baik dan dijauhi dari sifat buruknya.
“Di samping itu, isteri jangan terus berputus asa dan teruslah istiqomah dan bertaubat kepada Allah taala dan berdoa agar diri anda (isteri) dilindungi dari segala keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan sama ada dalam sedar atau tidak sama ada kepada Allah (pernah melanggar perintahNya) dan juga ada melanggar hak suami dan hak yang lainnya tanpa sedar.
“Mungkin ada dosa-dosa lalu pernah kita lakukan termasuk perbuatan menjerumus kepada maksiat dan semua ini hendaklah kita meminta ampun kepada Allah SWT.
Ertinya: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (QS. Asy-Syu’ara: 30).
Dalam pada itu, untuk isteri yang merasa dirinya tidak dihargai suami, boleh meminta pertolongan dari ahli keluarga terutama ibu, ayah, kakak atau sesiapa sahaja yang dipercayai untuk memberikan nasihat yang baik.
Ia seperti firman Allah,‘Azza wa jalla,
Ads
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ “Dan bergaullah dengan mereka secara patut” (QS. An-Nisa: 19).
Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf, akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya” (QS. Al-Baqarah: 228).
Semoga Allah ‘Azza wa jalla memperbaiki perjalanan rumah tangga mereka yang diuji dan semoga Allah ‘Azza wa jalla memberikan hidayah buat suami dan menunjukinya jalan yang benar.
Dan juga semoga Allah ‘Azza wa jalla sentiasa mengumpulkan para isteri dalam kebaikan dan petunjuk kerana sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah” (Fatawa al-Mar’ah al- Muslimah, hal. 687-688).
Demikianlah nasihat dari bekas Mufti ini agar bersikap optimis dalam menghadapi ujian rumahtangga kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bukan keluar lari darinya (bercerai berai). Sumber : Muslimah.or.id
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya, rezeki suami isteri bukanlah terletak pada gaji hasil mereka bekerja. Kadang-kadang, ia datang dalam banyak bentuk. Anak yang ramai, tidak kedekut dengan keluarga dan bersedekah.
Ini mungkin menjadi salah satu rezeki semakin bertambah. Malah, tidak mustahi, gaji yang banyak boleh habis sekelip mata sehinggakan kita sendiri tidak tahu ke mana perginya.
Jika keadaan di mana, suami isteri merasa rezeki selalu tidak cukup, kena tengok kembali apakah hubungan kita dengan pasangan, anak-anak dan orang terdekat. Mungkin inilah yang boleh menjadi kaitan tentang hal ini.
Salah satu hilang rezeki suami isteri mungkin boleh dikatakan kerana selalu gaduh. Kita anggap ini mungkin perkara kecil tapi ia turut dikaitkan juga. Ada beberapa lagi perkara yang turut dikongsikan oleh megat naif. Moga ia memberi manfaat dan panduan untuk kita.
Sebenarnya, ramai ustaz, ustazah & pakar perunding keluarga berkongsi tentang hal ini untuk peringatan bersama.
Jadinya, sebagai seorang suami, ayah & juga anak tiba-tiba rasa terpanggil nak berkongsi perkara yang sama supaya ramai yang dapat manfaat. Saya cuba kongsikan 7 perkara tersebut.
1. Selalu Bergaduh
Jangan gaduh-gaduh suami isteri. Lebih-lebih lagi hal duit. Bawa berbincang & duit boleh dicari. Bila suami isteri tidak ada persefahaman maka rezeki susah nak masuk.
2. Mengeluh & merasakan anak-anak sebagai beban hidup.
Anak-anak merupakan rezeki dari Allah. Ada orang tiada rezeki peroleh anak walaupun sudah lama berkahwin. Kita yang dah ada anak ni?
Anggap anak sebagai beban pula. Sepatutnya, kita sebagai ibubapalah yang perlu berusaha mencari rezeki untuk anak-anak. Ingat, doa anak-anak soleh & solehah membawa kita ke syurga.
3. Bakhil dengan isteri & anak-anak
Janganlah terlalu berkira untuk keluarga. Kena ada persefahaman. Rezeki kita bukanlah semuanya hal kita.
Sebahagiannya adalah rezeki anak dan isteri kita. Sebahagian lagi rezeki orang lain juga contohnya zakat, sedekah dan lain-lain. Allah beri rezeki untuk dikongsi bersama.
4. Gagal kawal emosi & suka marah
Pakar pesan, gunakan kata-kata & nada yang baik, lembut bila bersama suami, isteri & anak-anak. Ingat mereka inilah punca rezeki kita luas.
Tanam sifat kasih sayang dan layanan mesra bersama keluarga tercinta.
5. Lagi-lagi mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki
Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada & apa yang kita terima kerana syukur kunci pintu rezeki berganda.
6. Kurang sabar atau panas baran
Banyakkan bersabar dalam menangani karenah & perangai suami, isteri & anak-anak. Cuba fahami keadaan mereka.
Mungkin stress kerja, belajar atau lain-lain. Cuba cari jalan damai. Pasti boleh.
7. Kurang berdoa
Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Doakan yang baik-baik untuk diri & keluarga. Saling ingat sesama keluarga yang doa itu penting. Berdoalah! Mohon hajat.
Sekian,
Terima kasih
Si suami, ayah & anak
#MegatNaifShare
#MegatNaif
MW: Salah satu yang suami isteri kena ambil noted, tentang suka marah dan kawal emosi. Kadang-kadang, anak tak dengar dan buat perangai mulalah mak ayah naik darah. Inilah juga kena perbetulkan. Anak-anak ni, mereka sengaja cari pasal sebab nak perhatian daripada kita. Kena jaga-jaga mak ayah.
Percayalah, disebabkan layanan suami yang teruk wanita boleh berubah. Mungkin bukan mudah untuk melepaskan atau melupakan orang yang kita sayang. Apa lagi jika sudah berpuluh tahun berkongsi hidup, malah sudah punya anak-anak.
Namun andai suatu ketika anda tengok sikap wanita mula berubah dan seolah-olah mampu redha walau berpisah, ini petanda wanita yang anda sayang sudah perit dan tak mampu nak bertahan dengan lelaki yang mempunyai beberapa sikap ini…
Layanan Buruk Lelaki Buat Isteri Berubah
1. Selalu dimarah dan ditengking depan orang ramai.
2. Suka mengarah buat itu ini sedangkan wanita juga bekerja.
3. Berdepan dengan lelaki yang abaikan soal nafkah.
4. Berkongsi hidup dengan lelaki yang malas usaha mencari rezeki. Tahu nak senang, harapkan duit bini.
5. Lelaki yang suka naik tangan dan baran tidak bertempat.
6. Puas bersabar dengan lelaki yang tidak pandai bergaul dengan keluarga dan adik beradik yang lain.
7. Tidak pernah berubah dan abaikan soal agama.
8. Berkira kongsi rezeki dengan anak-anak dan tahu enjoy di luar.
9. Gatal dan suka pandang perempuan lain.
10. Tidak pandai memujuk dan lebihkan kawan di luar, lepak sampai ke pagi. Nampak biasa tapi kalau bertahun tak pernah ubah ini yang jadi perempuan hilang perasaan.
Mungkin nampak satu sisi sikap ini biasa tetapi inilah hakikat, lama-lama hati wanita kuat dengan air mata dan memilih untuk dilepaskan. Jadi kaum Adam, sila berhati-hati dan siramlah kasih sayang kepada pasangan tanpa jemu hingga ke tua
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebut pasal raya, bukan sahaja mak-mak yang teruja, tapi anak-anak pun sama seronoknya. Malah, bab-bab bawa anak gi berayalah seronoknya sebab dapat kumpul duit. Kadang-kadang ada anak-anak yang datang beraya hanya sekadar minum air sahaja, selebihnya tunggu untuk dapatkan duit raya.
Tak kisahlah berapa yang ada di dalam sampul tu, yang penting tuan rumah ikhlas dananak-anak gembira. Sebut pasal gi beraya, tentu banyak agenda mak-mak nie. Nak jumpa kawan sekolah la, jumpa saudara mara yang setahun sekali dapat berjumpa. Kiranya, aktiviti hari raya memang penuhlah setiap hari.
Namun, dalam mak-mak dok sibuk berborak dengan sanak saudara dan kawan-kawan tu, jangan lupa, perhatikan anak-anak yang ada sama. Ada beberapa panduan tip dan adab-adab yang boleh mak gunakan bila pergi berhari raya nanti.
Adab Beraya
1. Jangan datang rumah saudara atau jiran awal sangat. Maklum la, orang masih lagi solat raya (kalau hari pertama Syawal). Hari lain pun sama, mana tau tuan rumah masih lagi dok sibuk berkemas sebab semalam dah sakan raya.
2. Pastikan anak-anak tak ambik duit raya samapi 3-4 kali. Jenuh la tuan rumah nak isi duit raya dalam sampul.
3. Jangan pula datang rumah orang pada tengah malam. Masa tu tuan rumah pun nak berehat. Entah-entah, tuan rumah dah siap pakai baju kelawar, tunggu masa nak masuk bilik untuk beradu je.
4. Jangan cakap baju tuan rumah sama dengan langsir. Bukan apa, itu sahaja yang mampu, kenalah berjimat cermat.
5. Jangan sibuk tanya orang bila nak kahwin terutamanya yang ditujukan pada yang bujang. Kalau yang dah kahwin, jangan sibuk nak tanya bila nak ada anak.
6. Jangan pandai-pandai nak tukar ‘channel’ televisyen rumah orang. Tengok ajelah apa yang dipasang oleh tuan rumah.
7. Jangan pakai baju sedondon ramai sangat, nanti orang ingat macam kumpulan dikir barat.
8. Jangan nak terus masuk ke dapur rumah orang. Dah tentu-tentu bila musim raya nie dapur macam tongkang pecah.
9. Jangan biarkan anak-anak buka sampul duit raya depan tuan rumah. Nanti merah pula tuan rumah, kalu warna merah dalam sampul tu oklah jugak.
10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.
12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah orang?
13. Jangan mintak password wifi rumah orang.
14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.
15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..
16. Jangan tinggal pampers anak dalam bilik air rumah orang. Ambik dan buang kat dalam tong sampah terus.
17. Jangan duduk lama sangat bila beraya rumah orang. Orang lain pun nak datang beraya jugak.
18. Jangan biarkan anak-anak tepuk cermin Aquarium rumah orang.
19. Jangan biarkan anak-anak panjat kerusi dan jangan nak usik barang yang ada dalam rumah orang.
20. Kepada menantu-menantu, jangan asyik tahu nak selfie sampai lupa nak tolong mak mertua… jenguk-jenguk kerja dapur dan bantu mana yang patut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...