Sumber: Instagram.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April. Berita ini sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Tetapi percayalah apa yang dilakukan kerajaan buat masa ini adalah untuk mengawal keadaan supaya keadaan bertambah baik.

Setiap kali mak,ayah rasa tertekan dengan situasi sekarang, cuba fikirkan sejenak tentang kesusahan orang lain. Yang terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas, yang dipenjarakan lalu terputus langsung hubungan dengan dunia luar dan juga pembantu rumah yang tinggalkan suami, anak dan keluarga semata-mata untuk mencari sesuap nasi.

Tidak ketinggalan seperti artis lain, Ozlynn isteri kepada pelawak, Johan, dan keluarganya menyeru orang ramai untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh PKP ini menerusi posting di akaun Instagramnya.

Ikuti perkongsian, Jozlynnhanania :

Sayangi keluarga kita… Jujur sekarang paling terkesan sebab tak dapat jumpa mak, abah, popo adik beradik, anak buah. Sedih sangat… Masa ini barulah rasa pengorbanan maid… Yang merantau jauh tinggal mak, ayah anak-anak selama 2 tahun…

Ads

Dirinya terkesan kerana sepanjang tempoh PKP, dia tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga. Situasi ini secara tak langsung membuatkan Ozlynn terbayang kesedihan pembantu rumahnya yang telah berjauhan dengan keluarga sejak sekian lama.

Selepas itu mereka pula perintah berkurung dekat umah kita… Apalah perasaan mereka kan… Kita yang baru berapa hari duduk di rumah sudah macam cacing kepanasan sibuk nak keluar… Mereka bertahan sebab untuk family… So sekarang aku mula rasa, jujur Dorthy adalah family aku… Walaupun dia pernah cakap dia lebih rapat dengan aku daripada family dia…

Ads

Teruskan Bertahan

Selain itu, setelah meninggalkan keluarga, pembantu rumahnya berbakti pula pada keluarga Ozlynn dan dalam masa yang sama isteri Johan turut berkongsi dia pernah berjanji dengan pembantu rumahnya, yang dia akan membawa Dorthy (pembantu rumah) untuk berjumpa keluarga. Tetapi tidak kesampaian kerana patuh kepada seruan kerajaan.

Aku selalu pesan jangan lupa doa untuk family you tau… Dan aku akan jaga dia… Baru saja niat bulan Januari hari itu… Beritahu dia hujung bulan tiga, saya free… Kita balik kampung you tau Dorthy… Sekarang tak dapat… dia cakap tak apa… Kita doa untuk mereka ok maam.. 😢

Ads

Guys!! Please bertahan ok.. Kalau Dorthy boleh, aku percaya kita juga boleh… 

#familyhananiasygkamu

Dalam masa yang sama, family hanania turut merayu orang ramai untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh PKP ini menerusi video yang turut dimuatnaik.

Sumber: Jozlynnhanania

MW: Jika mak,ayah tidak mahu tempoh PKP dilanjutkan lagi, silalah duduk rumah diam-diam. Lakukan aktiviti di dalam rumah dan hargai masa yang ada untuk mengeratkan hubungan keluarga. Semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI