Ozlynn manis berhijab, penampilan sopan tarik perhatian warga maya. Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail selain seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis Malaysia juga merupakan pengurus suaminya sendiri iaitu Johan Raja Lawak.
Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Baru-baru ini, dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Ozlynn berkongsi satu video memaparkan Ozlynn yang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan ‘Meletop.’ Dalam rancangan itu Ozlynn tampil mengenakan pakaian yang sopan serta bertudung.
Rata-rata warga maya teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gembira melihat perubahan pada Ozlynn selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Ramai yang mendoakan agar Ozlynn kekal istiqamah dalam perubahan yang dibuatnya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sumber: Instagram jozlynnhanania
Baca artikel lain juga: Mak-Mak Memang Super Mom, Ozlynn Akui Bangun Jam 4am. Siapkan Sarapan Bawa Ke Makan Malam, Dah Selesai Baru Keluar Kerja
Ozlynn Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Solat Subuh “Pastikan Cukup Makan, Tidur Awal”
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.