Ozlynn kongsi tip mudahkan anak bangun solat subuh. Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik dan membesarkan anak. Sama seperti pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn yang sering berkongsi pelbagai tip membesarkan anak-anak menerusi medium media sosial.
Dikurniakan lima orang cahaya mata, pasangan suami isteri romantis ini seringkali berkongsikan telatah anak-anaknya yang bijak dan lucu.
Ozlynn Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Solat
Terbaharu, Ozlynn berkongsi tip untuk mudahkan anak-anak bangun solat Subuh. Menurutnya bukanlah satu perkara mudah untuk bangkitkan anak setiap pagi namun tekniknya cukup berkesan.
Hendak kejutkan anak perempuan sebenarnya lebih mudah berbanding anak lelaki. Petua yang dikongsi Ozlynn ini boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana mempraktikan teknik yang dilakukan pelakon ini.
“Yang penting dorang pesan kejut subuh.. kejut pun senang.. tak cranky.. moleiq selalunya kalau cukup tidur memang tak ada masalah untuk kejut bangun.
“Selalu macam ni la lepas subuh, bagi salam jek kadang tak sempat doa dia dok terlepek.
“Kalau mood dia ok dia yang request nak bacakan doa.
“Anak Lelaki Kena Tonyoh Muka Baru Nak bangun”
“Macam anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki. Anak perempuan bagai salam, panggil nama je terus bergerak dan bukak mata.
“Anak lelaki kadang kena tonyoh muka tu baru nak bangun.
Ads
“Subuh tadi abang Haziq dengan Sodiq je ngaji. Chantiq Moleiq kita belanja asar nanti.
“So bagi dorg rest dulu sebab bangun tak nangis dan solat pon bagus tertib takda hempas-hempas badan. Tapi berani la pulak dorg hempas badan depan mama dorang. Nak kena hempas balik ke?” luah Ozlynn.
3 Tip Mudah
Pelakon wanita ini juga menerangkan antara tip yang mudah boleh dipraktikkan antaranya;
“Pastikan cukup makan, cukup tidur (tidur awal).
“Tidur awal ni bukan anak je senang nak bangun. Mak bapak pun boleh bangun awal.
“Sebelum tidur doa kat Allah minta terjaga bila dengar azan. InsyaAllah cuba la,” sambung Ozlynn.
Ads
Syabas & Tahniah Johan & Ozlynn Bijak Latih Anak-Anak
Biarpun dilihat tegas dalam mendidik anak-anaknya yang masih kecil namun pasangan ini mendapat pujian dari warganet.
“Syabas dan tahniah…saya bangga dengan Johan dan Jozlyn melatih anak-anak” Rizaaliali
“Alhamdulillah” sumosauna_eja
“Setuju sgt part tido awal. Apa2 hal cukup tdo cukup mkn Insya Allah mudah bgn nya kannn” ruby.suhana.said
“Seronoknya tgk mcm ni. Alhamdulillah ❤️ part nak kejut tu mmg mencabar😅😅😅 tp betul anak perempuan lebih mudah dikejut dr lelaki. Sbb kat rmh ni pun sama” drssecret.nurakmal
Besar sungguh jasa dan kasih kakak pada adik-adiknya sehingga diri menjadi korban. Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di Kampung Balok Baru, petang semalam.
Sempat Tolak Adik
Difahamkan, mangsa sempat menolak dua adiknya bagi menyelamatkan mereka sebelum dia dihempap pokok besar terbabit.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.35 petang.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang terima satu kes daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng memaklumkan terdapat kes pokok tumbang dan menghempap remaja perempuan, empat kenderaan awam serta kabel elektrik.
“Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota terdiri tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari BBP Gebeng bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang remaja perempuan dihempap pokok dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pasukan bomba mula memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum menghantar mangsa ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarga mangsa.
“Kerja-kerja seterusnya anggota bomba menunggu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir ke lokasi untuk memotong bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Disahkan Meninggal Dunia
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu dan mangsa disahkan meninggal dunia.
“Mangsa dikenali sebagai Aliya Zahra Mohammad Hasnizam berusia 14 tahun dan berasal dari FELDA Cerul Satu, Kemaman, Terengganu,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.
Mingguan Wanita: Besar jasa dan pengorbanan kakak ini, sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adik-adik sehingga diri terkorban.Moga ditempatkan disyurga dikalangan orang-orang yang beriman.
Kala hati pelawak Ali Puteh masih berduka dengan pemergian seorang abang Allahyarham Syed Umar Mukhtar yang amat dikasihi, anak kedua Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggalkan kira-kira tiga bulan lalu. Luka kehilangan tuhan gantikan dengan khabar berita kehamilan isteri.
Berita, isteri Ali hamil lagi diibaratkan rezeki yang tidak pernah disangka-sangka oleh adik Allahyarham Syed Umar Mukhtar atau Abam ini. Kandungan isterinya baru berusia enam minggu.
Sesungguhnya dalam kesedihan kehilangan anak kedua dan abang, tuhan gantikan rezeki cahaya mata untuk Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah.
Kata Ali, “ Syukur padaMu yaAllah.. sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang. Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini.”
“Di kala saya berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.”
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.”
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja.”
Berita Isteri Ali Puteh Hamil, Penawar Duka Ali Puteh
Sebaik mendapat tahu isterinya hamil lagi, Ali memaklumkan akan membawa isteri ke klinik dan menjalani pemeriksaan ibu hamil yang biasa dilakukan sebelum ini.
Memandangkan sejarah kehamilan dan kelahiran anak keduanya yang pernah berdepan penyakit jantung berlubang, maka kandungan kali ini akan diberikan perhatian dengan sebaiknya.
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.”
Sebelum ini, anak kedua Ali pergi menghadap Ilagi kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik. Selepas 17 hari dirawat di hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir ketika usianya tiga bulan.
Sungguh tak mudah untuk Ali menerima kehilangan abang, Abam yang begitu bertanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya. Tentunya tugasan arwah abang akan dipikul olehnya kelak.
Ali banyak berkongsi akan kebaikan arwah abangnya dan kerinduannya yang tak berbalas. Akuinya, dia sendiri masih tertanya-tanya apakah kebaikan yang abangnya itu lakukan.. sehinggakan ke saat ini masih ramai yang menziari kubur abangnya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
MW : Tahniah kepada Ali Puteh dan isteri. Semoga kehadiran baby baru ini akan mengubat kerinduannya kepada anak kedua dan abang yang paling disayangi itu.
Sempena tahun baru ini, elok la kita pasang azam dan niat rancang semula kewangan sebelum terlewat.Jika selama ini, gaji/untung bersih yang diperolehi hanya cukup-cukup makan atau tidak mencukupi, agihkan semula sumber kewangan kita kedalam 6 tabung ini.Menurut perkongsian oleh Siti Hawa Izzah, tips ini diperolehi oleh Azizan Osman.
TIPS DARI AZIZAN OSMAN
Merancang kewangan kita sebelum terlewat.Semua untung bersih @ gaji bersih mesti diagihkan ke dalam 6 TABUNG
1.Tabung NEC 55%
Singkatan kepada neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, bayar sewa, kereta, bil.,diambil dari tabung NEC ini.
2.Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Simpanan tetap kita. Jangan guna langsung untuk tempoh yang panjang.Contohnya dalam tempoh 10 tahun.
Pilihan simpanan untuk FFA –
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dalam tabung di rumah.
Yang penting kita dah start create passive income untuk masa depan kita.
3.Tabung LTSS 10%
Simpanan Jangka Panjang untuk dibelanjakan.
Contoh, kumpul untuk beli hand phone, deposit kereta, melancong, deposit rumah dan sebagainya.
4.Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dari tabung ni baru boleh guna unutk joli, belanja makan, reward diri sendiri.
5.Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Untuk diri sendiri macam pergi motivasi, kelas agama, kelas bisnes,kelas keibubapaand dan sebagainya.
Sebab yang nak kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna untuk pergi seminar, beli buku dan lain-lain.
Lepas ni tiada alasan tak ada duit untuk tambah ilmu. Korban skit untuk dapat yang lebih besar.
Anak akan ada bahagian dia bila kita dah berjaya nanti.
Kita slalu pikir anak je tapi tak pernah fikir nak majukan diri sendiri dulu.
6.Tabung CHARITY 5%
Yang ni yang paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma.
Wajib ada Tabung kebajikan.
Tabung tu kita guna untuk bantu orang lain.
INGAT!
Kita jangan jadi perompak kepada bisnes kita sendiri!
Besarkan kapasiti tabung anda, supaya kita boleh masukkan lebih banyak rezeki.
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang.
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET.
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat.
Banyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan.
Kebocoran berlaku sebab duit tu bukan hak kita sebenarnya. Banyak faktor yang jadi penyebabnya
Ada duit je adalah masalah datang, kereta rosak, anak sakit dan lain-lain.
Bermakna duit kurang berkat,selalu berlaku pada ramai orang.
Selepas ni check balik diri kita.
Hubungan dengan manusia, ibubapa, suami, isteri, anak-anak.
Ada dendam sesiapa
Ada tak maafkan orang.
Ada sakitkan hati orang.
Pikir semula.
Mohon maaf dan memaafkan orang adalah perkara yang terbaik.