Rupanya bila suami diberi tanggungjawab jaga anak kecil. Macam-macam aksi lucu boleh terkeluar. Kadang tu mak-mak cuma boleh pasrah saja.
Walaupun rasa marah tu ada, tapi bila mengenang kembali aksi lucu itu, hati panas boleh jadi sejuk semula. Beberapa hari lalu, Ozlynn Wati berkongsi di instagram aksi lucu suaminya, Johan mengasuh anak bongsu mereka, Nur Latifah Moleiq Hanania.
Ada aksi tu sampai anak kecilnya ‘terpelanting’ jauh dari tilam. Dalam geram bercampur lucu, celoteh Ozlynn tetap menghiburkan.
“Kasihnya isteri taat pada suami, kasihnya ibu membesarkan anak, kasihnya ayah… haaaaaa tu diaaaaaa…. dia sedap membutaaaa atas tilam sampai tak sedar anak kecik terpelanting jaaaaaoooooooooohhh dari tilam….”
Geram sungguh Ozlynn dengan gelagat Johan tu. “Hareyyyy tol. Aku ilang kejap jek. Minta tolong jagakan dan tidurkan anak-anak. Aku nak kemas dapur dan nih hasilnya
.”“Sape pernah kena macam ini? Laki kita harapkan rupanya takleh harap. Tak tau la nak libas dulu ke nak gelak ke nak nangis.”
Dan selepas kejadian, Moleiq ‘terpelanting’ jauh ada lagi aksi lucu yang jadi. Sungguhlah, bila suami jaga anak-anak ini memang akan macam-macam yang jadi.
Kata Ozlynn, “Cari benda tersembunyi. Allahu.. tak tau la nak cakap macam mana. Sakit ati pun iye. Geram pun iye. Banyak bersabar sebenarnya mak-mak nih.”
“Rasa macam nak pelangkong semua sekali. Nanti aku post video la yek.”
“Sian dia.. dia jenis yang tak suka susahkan orang. Dia bukan kaki nangis. Tapi depa amik kesempatan sebab budak nih pandai berdikari. Berdikari abah hang! Moleiq baru masuk 8 bulan la gilerr.” Geram sungguh nampaknya Ozlynn.
Selepas terdedahkan realiti suami jaga anak kecil itu melucukan, Johan cuba berdamai pula dengan anak kecilnya, Moleiq. Dengar dialog mereka. Sungguh mencuit hati.
Papa : Sekarang papa nak tanya U. Betul ke papa selalu tak jaga U? (Moleiq blur)
Papa : Cakap Moleiq! U tak yah nak buat muka macam kucing. Kang papa yang cakor U.
Moleiq : Huh??
Papa : U tau tak sekarang nih satu Asia kata I tendang U masa I tidur sampai U tersasar dari tilam. Pastu baru-baru nih mama U buat hal post lagi U dok terselit tepi kusi! Tu U memang plan ngan mama ke nak jatuhkan reputasi I sebagai seorang bapa dan suami contoh tahun 2018/2019?
Moleiq : Nape diorang laki bini yang ada masalah tapi aku yang dipersalahkan? (Kata Moleiq dalam hati)
Papa : Sekarang macam nih.. U kena tolong I. Sebab U dah jatuhkan nama baik I nih. U bagitau mama, malam ni papa nak gi main bola. Sian papa. Papa baik.. papa ensem. Pastu U cakap.. malam ni moleiq tak isap tek. Takpe mama bagi je papa g main bola. Ok tak?
Moleiq : Nape la aku di dera begini? Abes tak de tek nak isap apa? Kang isap jari kaki, mama mara plak.. hmm (Moleiq dilema kembali.)
Sebenarnya Johan ini cukup dikenali sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan prihatin dengan kelima-lima orang anaknya; Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Dia tak kisah pun basuh lampin anak, sidai pakaian ahli keluarganya malah masakkkan makanan untuk anak-anaknya. Cuma ini, mungkin sisi lucu yang mahu isterinya kongsikan dengan para peminat mereka.
Sumber/Foto : Johan & Ozlynn