Berita

Ozlynn Hantar Semula Bibik Bersikap Toksik Ke Ejen “Panjang Tangan, Suka Menipu, Menfitnah, Menyakiti Anak-Anak”

Share

Ozlynn hantar semula bibik bersikap toksik ke ejen. Memiliki pembantu rumah sepatutnya membuatkan kerja anda menjadi lebih senang. Namun bukan semua pembantu rumah atau dipanggil dengan istilah ‘bibik’ berkelakuan seperti yang majikan harapkan.

Terbaru menerusi perkongsian Ozlynn Wati dirinya berasa sangat bersyukur apabila salah seorang bibik nya telah diserahkan semula kepada ejen. Ini kerana bibik tersebut seorang yang toksik.

Ozlynn Hantar Semula Bibik Bersikap Toksik Ke Ejen

Sepatutnya bibik membantu majikan yang kekangan masa dan tenaga bagi membantu meringankan kerja-kerja rumah.

“Apabila papa minta semua orang mengemas rumah, bibik membantu mama menyelesaikan kerja-kerja lipatan baju. Alhamdulillah, salah seorang bibik kami yang sangat toksik akhirnya telah dihantar semula kepada agen. Banyak rakaman daripada CCTV mengenai tingkah lakunya yang kami simpan. Semoga dia tidak bersikap toksik di tempat lain.

“Bibik tersebut bukan sahaja panjang tangan dan suka menipu, tetapi juga memfitnah, mengajar anak-anak kami untuk berbohong, memukul kanak-kanak, serta mencetuskan pergaduhan antara kami dengan seorang lagi pembantu. Syukur, kami tidak mudah terpengaruh dengan lakonannya yang nampak baik di hadapan. Namun, apabila dia mula berlebihan dan menyakiti anak-anak, kami terus membuat keputusan untuk menghantarnya kembali kepada ejen,” luah Ozlynn.

Pantau Menerusi CCTV

Bukan itu saja malah anak-anak Ozlynn sendiri melaporkan tingkah laku bibik mereka.

“Yang paling baik, anak-anak kami sendiri mula melaporkan tingkah lakunya kepada kami sebaik sahaja dia mula membuat hal. Jadi, kami suami isteri mengambil langkah memantau melalui CCTV selama hampir tiga bulan sebelum membuat keputusan muktamad. Ini juga menjadi pengajaran agar tidak mudah percaya kepada bibik yang kelihatan baik tetapi sebenarnya penuh muslihat.

“Hari ini, bibik yang masih bersama kami berkata, “Hari ini saya bangun dengan penuh semangat, ma’am. Semangat positif. Semoga Allah lindungi kita semua, dijauhkan daripada orang munafik, dan saya dapat bekerja dengan tenang tanpa tekanan mental.” Saya benar-benar kasihan kepadanya. Sebagai majikan, saya berjanji akan menjaga kebajikannya supaya dia dapat bekerja tanpa rasa takut atau tertekan,” tulis Ozlynn lagi.

Semua Orang Dalam Rumah Kelihatan Gembira

Ozlynn juga panjkatkan rasa bersyukur apabila melihat ahli keluarganya kelihatan gembira selepas ketiadaan pembantu rumah yang toksik itu.

“Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Hari ini semua orang di rumah kelihatan gembira, dan suasana jadi lebih harmoni apabila bibik yang bermasalah itu tiada lagi. Bibik yang tinggal bersama kami pun nampak lebih tenang dan tersenyum lega.“Pesanan buat mereka yang mempunyai lebih daripada satu pembantu rumah, sentiasalah memantau keadaan mereka, termasuk melalui CCTV. Kadang-kadang ada pembantu yang suka mendera pembantu lain, dan kita sebagai majikan perlu menjaga mental mereka juga. Mereka tiada keluarga di sini, jadi kita lah yang menjadi majikan dan keluarga mereka,” pesan Ozlynn.

Menarik Disini : Mak-Mak Memang Super Mom, Ozlynn Akui Bangun Jam 4am. Siapkan Sarapan Bawa Ke Makan Malam, Dah Selesai Baru Keluar Kerja

Baca Disini : “Berjayanya Kita Bila Lebihkan Masa Dengan Al Quran dan Faham Setiap Bacaan” Ozlynn Watie

Sumber : Instagram Ozlynnhanania

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh