Bagi anda yang sedang berdiet, overnight oats mungkin menjadi pilihan. Hinggakan pernah ia menjadi viral dan mencuba pelbagai jenis overnight oat mengikut citarasa. Malah, ia turut dijadikan pengganti nasi untuk diet yang dilakukan.
Sedap memang sedap, lebih-lebih lagi bila letak pelbagai jenis buah-buahan. Paling menarik, kita yang nak diet boleh sediakan pada waktu malam, letak dalam peti ais dan esok pagi boleh makan terus.
Namun, sejauh manakah overnight oat ini boleh membantu anda dalam menurunkan berat badan dan adakah overnight oat ini yang anda ambil ini betul-betul sihat. Ikuti ulasan lanjut bersama Wan Nusaibah, pakar dietitian.
Overnight oats ini pernah menjadi viral ketika dahulu. Berduyun-duyun orang mencuba resipi overnight oats. Ia dianggap resipi terbaik untuk kurus, penurunan kolesterol dan energy booster.
Sampai sekarang masih ada dalam kalangan yang mengamalkan overnight oats ni sebagai makanan rutin menggantikan nasi
Tidak dinafikan overnight oats boleh dikatakan makanan yang seimbang dan lengkap nutrisi kerana kepelbagaian sumber makanan dalam resepinya.
Baca Artikel Lain Menarik Di Sini: Henti Fitnah Nasi, Dietitian Ini Terangkan Kolesterol Vs Lemak
Minum AIR PUTIH. Inilah Diet Paling MURAH Kalau Nak Cepat Kurus!
Info Lebih Menarik DI SINI
Namun, ada beberapa perkara yang menyebabkan ia boleh jadi pemusnah diet anda:
1. Penggunaan susu penuh lemak atau krimer pekat manis.
2. Menambah gula untuk rasa yang lebih sedap.
3. Menggunakan buah-buahan sehingga 4-5 jenis (paling ramai buat)
Penggunaan bahan-bahan di atas boleh menyebabkan pertambahan kalori ke dalam resepi overnight oats anda. Jika, krimer pekat manis digunakan, dah tambah LEMAK TEPU pula dalam resepi!
Benar juga buah-buahan tinggi serat, vitamin dan mineral.. Namun, ia pun mempunyai gula semula jadi yang dipanggil FRUCTOSE. Fructose ni ada kalori ya sama seperti gula.
Sebiji epal / pisang saiz kecil / sepotong betik = 3 sudu kecil gula = 60 kcal
Yang membezakan gula dan buah-buahan adalah khasiatnya. Gula kosong khasiat tetapi buah-buahan ada serat dan lain-lain
Macam mana nak jadikan overnight oats ni sebagai makanan rutin yang sesuai pada masa yang sama membantu dalam penurunan berat dan kolesterol?
Saya kongsikan porsi yang terbaik untuk anda:
3 sudu makan oats (tidak kisah mana-mana brand)
200ml susu rendah lemak (low fat milk mana-mana brand)
1 hidangan buah-buahan. Contoh, sebiji epal / 1/2 biji buah naga / segenggam kismis / pisang bersaiz kecil / 2 biji kurma
Segenggam kekacang. Contoh: almond, walnut atau mana-mana kacang kegemaran anda
Senang kan? Yang penting, kita tahu porsi bahan-bahan yang digunakan supaya tak menambah kalori berlebihan. Respi makanan yang sihat pun boleh jadi mudarat kalau tak kena cara nya..
Tunggu apa lagi, jom lah cuba.
#dietitiannunu
MW: Ingatkan lagi banyak buah lagi bagus. Rupanya ia tidak elok dan menambahkan gula. Kena hati-hati siapa yang biasa ambil overnight oat ye.
Sumber: Wan Nusaibah