Organ dalaman anak hangus akibat cuaca panas, doktor kongsi tips elak terkena strok haba. Baru ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, Muhamad Syamil Aqil yang meninggal disyaki akibat strok haba dan dehidrasi.
Dalam kejadian 27 April lalu, Syamil menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dengan Bachok pada jam 9.27 pagi. Berkongsi hal ini, ibu kepada anak syurga ini, Wanie Alias, 32 memaklumkan yang anak lelakinya pada raya pertama dan kedua masih sihat dan aktir beraya bersama adik beradik dan saudara mara sebelum mula demam dan cirit birit pada raya ketiga.
Namun keadaannya panas badannya semakin teruk hingga diserang sawan dan akhirnya disahkan meninggal dunia.
Jelas, Wanie hasil bedah siasat mendapati anaknya meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.
“Semua isi di dalam, jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering.
“Saya mahu ibu bapa mengambil iktibar dari cerita ini dan jangan bagi anak-anak main panas terik berikutan suhu masa ini sangat tinggi. Bagi anak minum air secukupnya,” pesannya.
Memandangkan cuaca amat panas ketika ini, seorang doktor, Dr Samhan berkongsi ilmu berkaitan strok haba dan punca mengapa ia boleh terjadi.
Jelasnya istilah organ hangus tidak tepat sebaliknya ia disebut hipertemia di mana organ dehydrated dan berlaku kegagalan fungsi.
Jelas Dr Samhan, ibu bapa harus mengawasi anak-anak termasuk mereka sendiri sendiri kerana sesiapa pun boleh terkena strok haba ini.
“Ibu bapa perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi. Ia disebut hipertemia.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Air dalam Badan Kering, Paru-Paru Kecut…” Anak Tunggal Perempuan Meninggal Akibat Strok Haba
STROK HABA, Suhu Badan Naik Mendadak Jangan Ambil Mudah Anak Mengadu Sakit Kepala!
Waktu Bantu Sahabat Strok Masuk Kereta, Isteri Call Anak Dalam Kandungan Dah Tiada
Siapa boleh berisiko terkena strok haba?
Antara gejala strok haba ialah:-
Suhu badan meningkat sehingga 104°F (40°C) atau lebih tinggi lagi
Peluh keluar banyak
Muka berubah merah
Sakit kepala
Mual-mual
Muntah-muntah
Rasa haus yang berlebihan
Air kencing berwarna keruh
Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut
Jantung berdegup dengan lebih kencang
Ruam merah timbul pada kulit
Pengsan atau tidak sedarkan diri.
Cara elak anak terkena strok haba
Cara elak anak terkena strok haba ialah pastikan anda mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak
Pasangkan kipas angin kerana ia mampu menurunkan risiko kematian bayi atau kanak-kanak secara mengejut sebanyak 72% mengikut kajian
Laraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas
Jangan sesekali memakaikan anak anda dengan pakaian yang terlalu tebal atau ketat
Berikan anak anda minum air putih dengan kerap walaupun dia tidak mengadu dahaga
Sediakan anak anda dengan makanan yang banyak air atau sup
Elakkan dari membiarkan anak anda tidur dengan berselimut
Sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu anak untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah.
Memandangkan cuaca agak panas, moga tips ini membantu ibu-ibu di luar sana.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.