Jika kita beli barangan atau makanan secara online, dan apabila sampai pesanan yang kita order itu tidak seperti yang kita pesan. Apa kita boleh buat?
Menurut Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman dalam temubual berkaitan topik Trend Penghantaran Makanan di Mingguan Wanita Talkshow Selasa 20 Ogos 2019, berikut adalah perkara yang pengguna boleh lakukan :
1-Kita ada hak untuk tidak membayar barangan yang dipesan itu. Sebagai contohnya, jika pesanan itu memerlukan kita membayarnya apabila barang sampai di rumah, kita ada hak untuk tidak membayarnya jika barang itu tidak seperti apa yang kita pesan.
2-Jika kita tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, kita boleh minta supaya pihak yang menjual untuk memberi sesuatu balasan seperti baucer yang mungkin kita boleh gunakan kemudian.
3-Dan jika tidak berpuas hati dengan apa balasan yang diberikan oleh pihak penjual, kita boleh bawakan kes itu kepada Tribunal Pengguna dan sebagainya.
Banyak lagi kupasan menarik yang telah dibuat oleh tetamu undangan seperti Izzue Islam, Amirul Syafieq mengenai topik Trend Penghantaran Makanan ini.
Sempena bulan Kemerdekaan pula, Tan Sri Dato’ Seri Rafidah Aziz pula berkongsi pandangannya bagaimana golongan millenial dan generasi akan datang dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka pada masa akan datang.
Siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini boleh diikuti pada pukul 5.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 122 pada pukul 5.00 petang.