Orang tua tiada hak halau budak solat depan, pensyarah hadith jelaskan tiada istilah putus saf. Isu solat saf depan antara yang paling kerap dipersoalkan oleh golongan tua sekiranya terlihat adanya kanak-kanak di bawah usia duduk di saf hadapan.
Hal ini telah menarik perhatian pakar hadith yang juga pensyarah kanan Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin yang berkongsi bagaimana anak kecilnya, Khattab Sayyah seakan “dinafikan” hak solat saf hadapan sedangkan tiada istilah putus saf seperti difahami orang selama ini.
Berikut adalah perkongsiannya :-
Pernah suatu hari selepas selesai iqamat, ketika saya dan anak lelaki saya yang berusia 7 tahun Khattab Sayyah berdiri di saf pertama, ada seorang pakcik dalam lingkungan usia 60/70-an menegur anak lelaki saya dan memintanya untuk solat di saf belakang.
“Adik patut solat kat belakang”, ujarnya. Barangkali pakcik itu tidak mengecam saya kerana wajah saya yang terselindung.
Entah tiba-tiba, menyirap saya mendengar kata-kata pakcik tersebut. Terus saya memegang bahu Khattab di sebelah saya supaya kekal di tempatnya dan berkata kepada pakcik tersebut: “Boleh je, tiada masalah pun”.
Saya membalas tegas dengan nada yang perlahan sebagai menghormati pakcik tersebut dan solat yang hendak didirikan.
Beliau mengulangi lagi kata-katanya supaya anak saya solat di belakang. Saya terus peluk anak saya dekat dengan saya supaya rapat saf dan kekal di tempatnya sambil membalas yang anak saya tetap akan solat di sebelah saya di saf pertama, kerana itu haknya.
Ketika itu saya memang telah bersedia untuk “berperang” dengan sesiapa pun yang berani menyuruh anak saya solat di belakang, sedangkan bila ke masjid Khattab akan sentiasa merebut saf pertama solat di sebelah ayahnya, bukan dibiarkan mengganggu sesiapa.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Ayah Meninggal Di Hari Peperiksaan, Anak 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah
‘Kenapa Saya Menjaga Solat, Hidup Susah, Suami Pemalas, Anak Degil Tak Pandai’
Buat Yang Terbaik, Solatlah Dengan TENANG Bukan Dalam Keadaan Terburu-Buru!
Solat pun jadi kurang khusyuk dengan amarah dan menanti-nanti kalau perlu sambung debat lepas solat.
Tapi hati akan mencair setiap kali terdengar Khattab perlahan-lahan membaca bacaan solat mempraktiskan apa yang dia belajar daripada ayah dan ibunya. Jiwa saya akan jadi lembut dan tersentuh.
Saya inginkan zuriat lelaki saya ini mencintai solat dan mencintai rumah Allah. Setiap hari dia mengikuti saya ke masjid dengan kemahuannya sendiri. Banyak kali juga sebelum Khattab tidur, dia akan minta saya kejutkannya Subuh nanti supaya dapat ke masjid bersama-sama.
Adakala kalau saya kejutkannya, dia tak mampu bangun, saya biarkan sahaja dahulu, kerana usianya yang masih 7 tahun.
Di usia ini, Nabi SAW pesan supaya anak-anak mula dididik secara berhemah tentang solat dan diajak mendekati rumah Allah. Sepatutnya di usia ini mereka belajar untuk seronok bersemangat datang awal dan merebut saf pertama.
Tak sepatutnya anak-anak seperti ini di kebelakangkan ketika ramai jemaah dewasa lain yang berlenggang-lenggang memilih untuk duduk di saf-saf belakang dan menanti iqamat habis baru nak bangun.
Ibn Hajar al-Haytami berkata: “Apabila kanak-kanak mendahului orang dewasa di saf pertama, tidak wajar untuk mengeluarkan mereka (dari saf depan)”.
Ya, anak-anak yang bersungguh merebut saf hadapan berhak untuk mendapat ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah. Jangan dirampas hak tersebut dari mereka di kala orang yang lebih dewasa tidak pula cuba merebutnya.
Dalam bab ini saya akan tegas mempertahankan hak tersebut walau apapun yang terjadi.
Tiada istilah putus saf dengan kehadiran anak-anak ini. Mereka juga hamba Allah, bukannya batu atau kayu! Masjid adalah milik kaum muslimin bersama untuk dimakmurkan.
Saya sendiri kadangkala akan memanggil anak-anak yang datang awal untuk memenuhkan saf hadapan atau memenuhkan ruang saf yang tidak dirapatkan orang dewasa setelah iqamat.
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا
“Sekiranya manusia mengetahui (betapa besarnya ganjaran) yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapati cara untuk mendapatkannya melainkan dengan mencabut undi, nescaya mereka akan mencabut undi” [hadis riwayat al-Bukhari].. Sumber : FB Dr. Kamilin Jamilin-
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery