Orang Susah Nak Bayar HUTANG, Halalkan, Mungkin Ini Pembuka PINTU REZEKI Kita

Share

Sebut saja pasal hutang, memang kita akan rasa sakit hati terutamanya yang susah nak bayar hutang. Masa awal-awal nak berhutang, bukan main manis lagi. Tapi bila nak membayar, boleh buat-buat lupa dan tak ingat.

Kalau nak bercerita tentang hutang ini, boleh jadi bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Kadang-kadang, dengan hal inilah boleh putus sahabat atau saudara mara. Tak kisahlah berapa banyak sekali pun tapi kalau sudah berhutang kenalah bayar. Jangan buat tak tahu.

Sebenarnya, tak kisah berapa banyak sekali pun seseorang itu berhutang, tapi bayar tetap bayar. Walaupun orang yang memberi hutang itu tidak menuntut tapi sebagia orang yang berhutang, wajiblah bayar hutang.

Namun, jika betul orang itu lupa untuk membayar, kita orang yang memberi hutang boleh halalkan, mungkin dengan cara ini boleh menjadi asbab rezeki kita bertambah-tambah. Itu mungkin kalau nilainya sedikitlah. Tapi kalau dah banyak, agak susah juga untuk halalkan kecualilah kita ini orang yang banyak duit. Betul tak?

Susah Nak Bayar Hutang

Bercakap tentang halalkan hutang, ia mungkin salah satu punca kita sentiasa dimurahkan rezeki. Namun, murah rezeki tidak hanya tentang perkara ini. Masih banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk memastikan hidup kita sentiasa dimurahkan rezeki.

Perkongsian daripada Ameerah Puchong yang menyenaraikan beberapa tip dimurahkan rezeki. Salah satunya adalah tentang hutang dan ada banyak lagi cara kita boleh lakukan. Ikuti tip ini.

Baca Artikel Menarrik Lain Di Sini: Suami Belikan Hadiah SEKADAR TERMAMPU Buat Isteri, Rezeki Masuk Tak Henti-Henti

Tak Payah Nak BANDINGKAN Dengan Orang Lain Sebab REZEKI Kita Tak Sama, Bersyukurlah

Info Lebih Menarik DI SINI

Tip Dimurahkan Rezeki

1. ISTIGHFAR

Sehari istigfar sekurang-kurangnya 100 kali subuh, 100 kali zohor, 100 kali asar, 100 kali maghrib, 100 kali isyak. 50 kali pun tak apa. Ikutlah masing-masing. Ingat, Rasulullah pun dalam sehari berkali istigfar.

2. DHUHA

Amalkan solat dhuha. Lepas dah amal, cuba ‘jaga’ solat dhuha. Kalau tak boleh 7 kali dalam 7 hari, buatlah 3 kali dalam seminggu. Bukan kuantiti Allah nilai tapi kualiti. Apa dia ? Keikhlasaan untuk tunduk pada Rabb.

3. AL-QURAN

Solat dan al-Quran jangan ketepikan. Dua benda ini kalau kita jaga seperti jaga seorang ‘kekasih’, nescaya kita orang yang paling bahagia. Wallahi.

4. TAHAJUD

Tuan Guru Nik Aziz tahu tak kenapa tak pernah tinggal tahajud ? Sebab ada ‘perasaan’ lapang tiap kali melaksanakan solat ini. Manusia nampak kita seperti sibuk sana sini, tapi Allah sentiasa ‘lapangkan’ kita dengan cara setiap urusan kita dipermudahkan. Sebab itu Almarhum Tuan Guru semasa hayat, waktunya walaupun padat dengan memberi ceramah, masih ada ruang untuk keluarga, isteri dan sebagainya. Lapang itu luas definisinya. Allah beri rezeki dalam banyak bentuk.

5. HUTANG

Hutang dengan orang, pastikan kita bayar dan lunaskan. Kalau tak boleh, buat perjanjian dan musyawarah dengan pihak yang kita hutang kita nak bayar bila, kita nak tempoh sekian sekian. Andai masih ada yang berhutang pada kita, jangan tuntut. Kalau dia nak bayar, bayar. Kalau tak, takpa. Halalkan. Dalam masa yang sama, doa banyak-banyak moga itu salah satu Pintu pembuka rezeki untuk kita.

6. ADAB

Pada ibu ayah, jangan jadi anak yang ‘biadap’ atau yang tiada adab. Sebab sekali kita sakitkan hati ibu ayah, rezeki susah nak lekat, keep contact. Tanya khabar, minta doa dan restu hari-hari tak kira anda bujang ke dah kahwin ke keep contact. Doakan kesejahteraan ibu ayah.

7. HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Jangan suka hasad dengki, dendam kesumat, menyebarkan fitnah, aib, umpat. Kalau terbuat, cepat-cepat muhasabah dan istigfar. Perbanyakkan ambil air wuduk ketika marah. Sebab diri kita sendiri pun tidak terlalu baik.

8. HORMAT GURU

Hormat guru bagi yang masih belajar. Begitu juga, hormat majikan bagi yang bekerja. Doakan guru, doakan boss kita. Sentiasa anggap mereka seperti ahli keluarga. Sayangi mereka. Minta mereka doakan kita.

9. ZIKIR

Cuba hayati dan selami zikir asmaul husna terutamanya. (99 nama Allah). Setiap 99 nama Allah ada maksud tersurat dan tersirat. Contoh bab rezeki, boleh amakan zikir Ya Razzaq..Ya Razzaq tiap kali lepas solat.

10. SEDEKAH

Nampak pakcik jual surat khabar tepi jalan belilah dengan wang besar sikit, nampak makcik tepi jalan jual kuih atau nasi lemak belilah walaupun ketika itu kita tak lapar, masuk masjid ringankan tangan untuk masukkan duit dalam tabung walaupun RM1.

Naik bas atau teksi ke, jangan ambil baki wang, niatlah sedekah. Ada duit lebih, beri hadiah pada ibu ayah, guru-guru, kawan-kawan, adik-adik, suami isteri niat untuk sedekah. Tak perlu tunggu hari ulangtahun dan sebagainya. Banyak cara sedekah. Apa yang kita ‘beri’ itulah ‘milik’ kita di sana. Akan dihimpunkan di hari pengadilan. Bukannya apa yang kita ‘simpan’.

11. HAIWAN & ALAM

Haiwan itu ciptaan Allah. Alam itu ciptaan Allah. Buat baik dengan haiwan, beri makan. Beri minum. Sayangi haiwan, alam. Tahukah kalian setiap alam di dunia ini akan bertasbih memuji Allah, pokok, sungai, daun, hujan sekalipun akan mengagungkan Tuhan mereka ? Pastikan kita beradab pada alam. Jangan buang sampah, jangan cemarkan dan sebagainya. Sayangilah alam. Sebab seorang guru pernah kata, salah satu tips menjemput rezeki yang manusia selalu lupa adalah adab pada haiwan dan alam.

12. POSITIF

sentias apositif dan jangan meyerah kalah (bersyukur dan bersabar). Rezeki itu banyak makna. Dapat lihat mak ayah pun rezeki, belajar tinggi-tinggi pun rezeki, boss baik pun rezeki, sahabat soleh pun rezeki, pandang dunia dengan nikmat mata pun rezeki, berjalan ke mall, ke pantai dan taman pun rezeki. Sebab ada orang yang tak da kaki dapat bernafas pun rezeki. Rezeki itu bukan dari segi wang semata-mata.

#RezekiBarakah

MW: Sebenarnya ada pelbagai perkara yang boleh kita buat untuk dimurahkan rezeki. Walau bagaimanapun, bila kita buat ini, janganlah terlalu berharap dan biarlah dengan penuh ikhlas.

Sumber: Ameerah Puchong

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora