Bulan Ramadan adalah bulan mengejar pahala. Tetapi tidak semua mak-mak mampu menjalankan ibadat dengan baik dan sempurna, apatah lagi mak-mak yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Setiap hari hidupnya huru-hara uruskan anak-anak, solat lima waktu pun kelam-kabut, apatah lagi solat sunat. Kadang-kadang teringin nak gandakan amalan di bulan Ramadan, namun apakan daya ada saja halangan.
Orang lain tenang jalani ibadat puasa, boleh ke masjid lagi bersolat terawih dan siangnya ditambah lagi dengan membaca Al-Quran, mak beranak kecil jangan cemburu.
Ternyata Allah Maha Adil, apa yang mak-mak beranak kecil lakukan untuk keluarga sudah pasti mendapat ganjaran pahala yang luar biasa apatah lagi di bulan Ramadan.
Ikuti perkongsian Puan Annie Sukery ini dan hadam baik-baik.
Cemburu.
Melihat sahabat yang boleh berterawih dengan tenang, lengkap hingga 20 rakaat semalaman, boleh bertadarus, boleh berzikir tanpa gangguan, sungguh buat saya cemburu.
Tambah lagi mereka kata boleh khatam beberapa kali dalam Ramadan. Buat kerja amal sana, kerja amal sini. Sedangkan saya masih begini.
Sahkan nak solat sunat, solat wajib pun kena curi-curi. Terkadang nak solat di awal waktu pun tak mampu. Baru selesai wuduk, si anak minta disusukan. Sudah disusukan, merengek mahu ditidurkan pula. Sudahnya, setengah jam pertama waktu awal solat hilang begitu sahaja.
Baca Juga Di sini:
Hilang Kerja, Isteri Mengandung, Sepapan Telur Itulah Lauk Sebulan Anak-Beranak
Jikalau orang mampu membaca sejuzuk Al-Quran sehari, saya terkadang bergelut dengan karenah anak yang macam-macam. Baru pegang Quran, diminta dukung. Baru baca seayat, ditariknya helaian Quran.
Pernah bertarik bagai, hingga tercarik Qalam suci ini. Allahh…aku hanya ingin membaca ayatMu. Namun, amanahMu ini terut menguji. Maka yang mampu hanya sehelai sahaja.
Bertahajud apatah lagi, saya bangun, dia pun bangun. Main tidur bangun, sedar, sedar sudah hampir Subuh. Maka hanya mampu berzikir tanda pengabdian kepada Yang Khalid.
Bangun sahur struggle, nak masak berbuka pum struggle. Sambil menggoreng, dukung anak. Sambil tanak nasi layankan karenah si kecil dulu. Save resepi macam-macam, sudahnya lauk tunjuk-tunjuk atau sekadar yang ringkas sahaja.
Terdetik hati, kenapa Ramadan ku terasa tersisa begitu sahaja? Adakah aku tidak layak turut sama merebut pahala ibadah kepada Mu? Betapa hebat ujian ibadah buat seorang ibu?
Namun, perasaan itu buang jauh-jauh. Kerana adilnya Allah tak sama dengan adilnya kita.
Belum tentu orang yang lapang bersolat sunat sama pahalanya dengan orang yang cuba mencuri masa solat wajib gara-gara anak kecil yang perlukan perhatian.
Dan belum tentu sama orang lapang yang bertahajud pahalanya seperti ibu yang tidak tidur malam melenakan anaknya yang disusukan.
Serta belum tentu sama orang yang mampu khatam berkali-kali pahalanya dengan ibu yang sehabis daya mencari ruang membaca Quran walau hanya semampu satu muka surat.
Allah itu Maha Melihat. Allah itu Maha Pengasih. Berbahagialah menjadi ibu yang disibukkan dengan urusan rumah tangga dan anak-anak.
Lebih baik kita sentiasa merasa tidak cukup amalan berbanding merasakan kitalah beramal paling hebat dan banyak.
Sungguh, struggle kita tak sama.
‘Apabila seorang wanita itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dijemput akhirat supaya masuk mengikut pintu mana yang disukainya’
(Hadis riwayat Ahmad, ibu Hibban dan Thabrani)
Allah Sayangkan Wanita Bergelar Mak
Dulu waktu saya baca hadis ini, saya hairan kenapa Allah letak syarat mudah sangat perempuan masuk syurga. Kalau macam ini, aku sudah boleh masuk dah. Gitu.
Rupanya bila sudah berumah tangga dan beranak kecil, baru saya faham cabaran dan dugaannya bagaimana.
Nak solat terkejar-kejar. Nak puasa, diuji dengan cabaran mengandung dan menyusu bertahun-tahun, kena jaga aurat dengan ipar duai, atau ke mana sahaja dan yang paling mencabar adalah kepatuhan kepada suami. Bukan mudah.
Betapa Allah Maha Mengetahui batas dan kudrat hamba-Nya. Betapa Allah sayang kita yang bergelar wanita hiasan dunia.
Apapun ibadah kita, sikit ke banyak ke bukan penentu kita raih banyak pahala. Kerana Allah jualah sebaik-baik penilai.
Teruskan doa dan minta.
Ya Allah, kudrat aku ini aku banyak habiskan untuk menjaga anak-anak ku, suami ku, rumah tangga ku, maka aku mohon dengan cara ini, ia menyelamatkan aku dari neraka Mu. Dan meraih syurga dan rehat yang tiada penghujung di akhirat kelak.
Salam Ramadhan ibu hebat sekalian!
Pemburu pahala Ramadhan.
MW: Masing-masing punya cara tersendiri mengejar pahala Ramadan dan Allah saja yang mengetahui setiap ujian hamba-Nya.
Sumber: Annie Sukery
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial