Orang Lain Tak Boleh Jadi Siti Elizad, Saya Akan Jadi Diri Sendiri & Ceria

Share

Siti Elizad Sharifuddin merupakan salah seorang pelakon yang bakatnya sudah diakui ramai. Letak saja apa watak, pasti menjadi. Paling terbaru Elizad juga terpilih menjadi salah seorang hos utama bagi program Mingguan Wanita Talkshow.

“Happy dan bersyukur of course ! Sebab saya memang jenis suka bercakap, jadi ini adalah satu platform baru untuk saya gunakan pok pek pok pek saya secara live dengan penonton.

“Perkara yang mendorang saya untuk menerima tawaran ini adalah disebabkan saya sukakan “ DEBAT “ . Berdebat tentang isu terkini untuk membuatkan kita tahu apa yang jadi keadaan sekililing,” ujarnya lagi.

Apabila ditanya tentang persiapan diri sendiri apatah lagi Elizad adalah hos utama, jawabnya, “Buat break down dan briefing penting bersama keluarga. Saya lebih tekankan kepada konsep santai dan live . Jadi tidak perlu pura-pura formal, cara ini secara tidak langsung akan membuatkan audience lebih dekat dengan kita. Saya hanya menjadi diri saya sendiri “ happy go lucky ! “

Apa Sahaja Sapu

Seperti mana selebriti lain, figura ini mengakui dirinya terlalu cintakan kariernya, oleh itu tidak menjadi masalah besar buatnya sama ada bakal memberi fokus kepada bidang pengacaraan sepenuhnya selepas ini. Baginya, apa sahaja tawaran yang diterima sama ada lakonan atau pengacaraan, dia akan menerima dengan hati terbuka, Apa sahaja sapu.

Biar pun sedari awal dapat mengagak jadual kerjanya nanti sudah tentu akan lebih sibuk memandangkan bersiaran lima hari seminggu. Tetapi sokongan daripada suami yang selalu memberi kata-kata semangat membuatkan Elizad lega.

“Walaupun saya akan bersiaran lima kali seminggu untuk Mingguan Wanita Talkshow musim kedua ini, tidak menjadi masalah kerana suami sangat memahami. Selagi saya suka untuk aktif dalam industri suami akan menyokong dan mendoakan,” jelasnya.

Orang Lain Bukan Siti Elizad

Tambahnya, sebagai mana orang lain tidak boleh jadi Siti Elizad. Oleh itu, untuk promram Mingguan Wanita Talkshow nanti, dirinya sedari awal tekankan akan menjadi diri sendiri dan ceria kerana semua orang mengenalinya seperti itu.

“Saya tak takut dan percaya pada rezeki Allah. Saya selalu buat breakdown sendiri, datang awal dan cuba menghasilkan kerja yang terbaik. Kerana orang lain tak boleh jadi Elizad. Elizad hanya ada seorang.

“Jadi saya berpegang pada kalau kita ikhlas dan bersungguh untuk deliver watak yang diberikan, inshaallah penonton akan terkesan. Jadi saya tidak takut akan pendatang baru dalam dunia lakonan.

“Apa yang saya tahu, saya ada cara lakonan saya sendiri. Sama juga dengan orang lain. Cumanya, setiap hari adalah proses belajar. Jangan sombong dan mendabik dada,” komennya apabila ditanya tentang lahirnya ramai pendatang baru dalam dunia lakonan.

#mingguanwanita

#temansetiapwanita

Published by
Syazwani Mehat