Siapa yang tak inginkan rumah tangga yang aman damai, bahagia hingga ke hujung nyawa? Tapi, sesiapa saja pasti mengakui, bukan mudah untuk mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga hingga akhirnya runtuh di tengah jalan.
Sekiranya perceraian itu akibat tiada lagi persefahaman di antara pasangan suami isteri, cerai mungkin jalan terbaik jika sudah tidak lagi serasi hidup bersama. Tak perlu nak pertahankan rumah tangga yang sudah hilang rasa cinta dan kasih.
Jika perpisahan itu tidak melibatkan pihak ketiga, biasanya perpisahan itu akan berlaku secara baik. Sebaliknya, andai perpisahan itu berpunca daripada orang ketiga, masalah lain pula akan berbangkit.
Orang ketiga itu boleh jadi kekasih baru kepada si suami atau si isteri, tapi boleh jadi juga orang-orang yang rapat dengan pasangan tersebut.
Mereka inilah yang sering kali masuk campur dalam urusan rumah tangga hingga menyebabkan pasangan itu berselisih faham, rumah tangga porak peranda dan akhirnya memilih bercerai.
Bila berpisah, mungkin masih timbul rasa dendam, sedih dan marah kerana perkahwinan mereka runtuh akibat campur tangan pihak yang tak sepatutnya.
Bayangkan kalau bercerai kerana godaan wanita lain, pasti si isteri akan rasa marah dan sedih kerana kesetiaannya tidak dihargai oleh si suami dan akhirnya memilih bercerai daripada dipoligami.
Ada pula pasangan yang mengaku, masih ada rasa sayang dan kasih pada pasangan, namun campur tangan keluarga membuatkan mereka memilih jalan berpisah kerana tak sanggup lagi hidup tertekan. Misalnya kes ipar duai atau mentua. Tapi jangan sebab ipar duai tak suka, kita bercerai dengan pasangan!
Ikuti kupasan lanjut berkaitan topik Campur Tangan Orang Ketiga di Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121, esok, jam 11 pagi.
Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman, pendapat atau persoalan, bolehlah menghubungi talian Teman Wanita Anda di 03 89405011 atau komen terus di ruangan komen yang disediakan. Jangan lupa temu janji kita esok ye!
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121