Orang KETIGA, Janganlah Bina Bahagia Atas AIR MATA Wanita Lain

Share

Kehadiran orang ketiga dalam hubungan suami, isteri sudah tentu akan menggoncangkan rumah tangga yang selama ini bahagia. Walaupun orang ketiga hanya muncul sementara, tetapi kesannya akan dikenang sampai bila-bila terutamanya sang isteri.

Malah lebih marah, gara-gara orang ketiga rumah tangga yang dibina selamata berpuluh tahun akhirnya ternoktah dengan penceraian. Wahai orang ketiga, apa guna bina bahagia atas air mata wanita lain kerana anda juga seorang wanita.

Jadi renung-renungkan perkongsian Firdaus Shakirin ini:

Orang ketiga, walaupun kehadiran mu itu seketika, tapi ianya cukup untuk meretakkan dan memecahbelahkan hubungan yang sedia ada…

Walaupun ianya tidak disengajakan, namun, kaca yang pecah tetap tidak akan sama walaupun dicantum semula…

Kehadiran yang seketika itu sebenarnya sudah mencukupi untuk memisahkan seorang suami dan seorang isteri, seorang ayah dan seorang anak…

Menjadikan hubungan yang dahulunya sejuk menjadi panas… Hubungan yang dahulunya rapat menjadi renggang… Hubungan yang dahulunya mesra menjadi dingin… Hubungan yang dahulunya bahagia menjadi derita…

Fikir Sebelum Buat

Andai hari ini kamu adalah orang ketiga tersebut, maka fikir-fikirkanlah tentang apa kebaikan dan keburukan yang kamu akan bawa dalam kehidupan orang yang kamu suka tanpa sengaja itu…

Mendirikan mahligai diatas airmata orang lain itu menandakan anda seorang yang pentingkan perasaan dan kemahuan diri sendiri sahaja…

Berhentilah dari mempunyai perasaan terhadap orang yang sudah pun menjadi milik orang lain…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Sebagai pasangan terutamanya suami hargailah isteri anda sebaiknya. Jangan bina mahligai bahagia hingga mengorbankan perasaan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah anugerah daripada Allah SWT.

Published by
Syazwani Mehat