
Kehadiran orang ketiga dalam hubungan suami, isteri sudah tentu akan menggoncangkan rumah tangga yang selama ini bahagia. Walaupun orang ketiga hanya muncul sementara, tetapi kesannya akan dikenang sampai bila-bila terutamanya sang isteri.
Malah lebih marah, gara-gara orang ketiga rumah tangga yang dibina selamata berpuluh tahun akhirnya ternoktah dengan penceraian. Wahai orang ketiga, apa guna bina bahagia atas air mata wanita lain kerana anda juga seorang wanita.
Jadi renung-renungkan perkongsian Firdaus Shakirin ini:
Orang ketiga, walaupun kehadiran mu itu seketika, tapi ianya cukup untuk meretakkan dan memecahbelahkan hubungan yang sedia ada…
Walaupun ianya tidak disengajakan, namun, kaca yang pecah tetap tidak akan sama walaupun dicantum semula…
Kehadiran yang seketika itu sebenarnya sudah mencukupi untuk memisahkan seorang suami dan seorang isteri, seorang ayah dan seorang anak…
Menjadikan hubungan yang dahulunya sejuk menjadi panas… Hubungan yang dahulunya rapat menjadi renggang… Hubungan yang dahulunya mesra menjadi dingin… Hubungan yang dahulunya bahagia menjadi derita…
Fikir Sebelum Buat
Andai hari ini kamu adalah orang ketiga tersebut, maka fikir-fikirkanlah tentang apa kebaikan dan keburukan yang kamu akan bawa dalam kehidupan orang yang kamu suka tanpa sengaja itu…
Mendirikan mahligai diatas airmata orang lain itu menandakan anda seorang yang pentingkan perasaan dan kemahuan diri sendiri sahaja…
Berhentilah dari mempunyai perasaan terhadap orang yang sudah pun menjadi milik orang lain…
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Sebagai pasangan terutamanya suami hargailah isteri anda sebaiknya. Jangan bina mahligai bahagia hingga mengorbankan perasaan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah anugerah daripada Allah SWT.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sleep Divorce’ Trend Baru Pasangan Moden, Tak Nak Tidur Terganggu

Isi Kandungan
Toggle‘Sleep Divorce’ trend baru pasangan moden, tak nak tidur terganggu. ‘Sleep divorce’ atau perceraian tidur, adalah istilah yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pasangan moden.
‘Sleep Divorce’ Trend Baru Pasangan Moden
Walaupun istilah ini kedengaran dramatik, ia bukanlah bermaksud perpisahan dalam hubungan tetapi merujuk kepada keputusan pasangan untuk tidur di tempat berasingan bagi meningkatkan kualiti tidur masing-masing.
Tak Nak Tidur Terganggu
Apa Itu ‘Sleep Divorce’
‘Sleep divorce’ berlaku apabila pasangan memilih untuk tidur di bilik berasingan atau menggunakan katil yang berasingan dalam bilik yang sama. Keputusan ini biasanya dibuat untuk mengatasi masalah tidur seperti:
Gangguan tidur akibat dengkuran: Salah seorang pasangan mungkin mendengkur dengan kuat, mengganggu tidur pasangannya.
Perbezaan jadual tidur: Ada pasangan yang tidur awal sementara pasangannya lebih cenderung berjaga hingga lewat malam.
Tabiat tidur yang berbeza: Contohnya, pergerakan berlebihan semasa tidur, suka tidur dengan lampu menyala, atau ketidaksepadanan suhu bilik.
Masalah kesihatan: Keadaan seperti apnea tidur atau insomnia mungkin memerlukan persekitaran tidur khas.
Mengapa Pasangan Memilih ‘Sleep Divorce’?
Keputusan ini biasanya dibuat dengan niat untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal masing-masing. Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan:
Stres dan ketegangan dalam hubungan.
Penurunan prestasi kerja dan produktiviti.
Masalah kesihatan seperti keletihan kronik, sakit kepala, dan kemurungan.
Dengan tidur berasingan, pasangan dapat menikmati tidur yang berkualiti tanpa gangguan, yang akhirnya membawa kepada suasana hubungan yang lebih harmoni.
Faedah “Sleep Divorce”
Kualiti tidur yang lebih baik: Tiada lagi gangguan daripada tabiat tidur pasangan.
Kesihatan mental yang meningkat: Tidur yang mencukupi membantu mengurangkan stres dan memperbaiki mood.
Hubungan lebih erat: Walaupun nampak bertentangan, pasangan yang cukup rehat cenderung lebih ceria dan kurang bergaduh.
Fleksibiliti jadual: Pasangan boleh mengikut jadual tidur masing-masing tanpa perlu merasa bersalah.
Bagaimana Melakukan “Sleep Divorce” Dengan Berkesan?
Jika anda dan pasangan mempertimbangkan “sleep divorce”, berikut adalah beberapa langkah untuk melakukannya tanpa menjejaskan hubungan:
Komunikasi terbuka: Jelaskan kepada pasangan bahawa langkah ini diambil demi kebaikan bersama, bukan kerana masalah perhubungan.
Rancang waktu bersama: Tetapkan masa untuk berbual, bergurau, atau menghabiskan waktu berkualiti sebelum tidur.
Kekalkan keintiman: Pastikan hubungan emosi dan fizikal tetap terjalin walaupun tidur berasingan.
Kaji keberkesanan: Sentiasa menilai sama ada langkah ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
‘Sleep divorce’ bukanlah tanda hubungan yang bermasalah, sebaliknya ia adalah langkah bijak untuk menjaga kualiti tidur dan kesihatan. Dengan komunikasi yang baik dan usaha mengekalkan keintiman, keputusan ini boleh memperbaiki hubungan dan meningkatkan kebahagiaan pasangan secara keseluruhan.
Jangan takut untuk mencuba jika ia membantu anda dan pasangan menjadi lebih sihat dan gembira.
Baca artikel lain juga: Jangan Uji Emosi Pasangan Belum Ada Rezeki Anak, Usaha Mereka Kita Tak Tahu
Pasangan Suami Isteri Bila Terlalu Memendam Rasa, Perkara Kecil Pun Boleh Jadi Gaduh
Bila Sudah Bercerai, Bekas Suami, Isteri Jangan Cerita Keburukan Pasangan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nafkah Isteri & Mantan Isteri Jangan Dilupa Walaupun Jenis Tak Meminta,” Norman Hakim

Nafkah pada isteri dan keluarga adalah satu kewajipan buat suami. Tak kiralah jika isteri mempunyai pendapatan dan ada duit sendiri, sedikit atau banyak tetap kena bagi mengikut kemampuan suami. Barulah rezeki yang diperolehi diberkati, bertambah melimpah ruah dan dilipatgandakan.
Bertuah bagi seorang wanita memilki suami yang faham akan tanggungjawab ini. Tetap beri nafkah pada isteri walaupun isteri bukan jenis yang suka meminta-minta.
Pelakon dan pengacara bersama Mingguan Wanita talkshow, Norman Hakim,43 ada kongsikan perkara berkaitan pemberian nafkah ini di Instagramnya.Selain mak, ayah dan isteri sendiri,suami kepada Memey Suhaiza,31 ini juga tidak lupa memberikan nafkah kepada bekas isterinya, Abby Abadi,41.
Menurut Norman, nilai nafkah tersebut tidak seberapa berbanding pengorbanan buat isteri dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak.Malah turut berharap agar dapat terus istiqomah dalam menunaikan kewajipan ini.

Berikut perkongsian daripada Norman Hakim;
“Sekadar berkongsi tips, selain daripada ayah mak, nafkah untuk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta-minta atau ada bisnes, bekerja & ada pendapatan sendiri.Duit dia, duit dia..duit kita, duit dia jugak.
“Berapa amaun yang diberi takkan ternilai dengan pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak-anak kita, betul tak? Yang penting doa tu..doa-doa yang ‘deep’ dari lubuk hati yang ikhlas yang sangat-sangat didambakan olehku untuk terus kuat berusaha mencari rezeki yang halal & barakah untuk keluarga.”
“Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat. Aamiin…Aamiin…Aamiin Ya Rabb Ya Allah.”
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
MW: Alhamdulillah. Sewajarnya boleh dijadikan contoh terbaik, buat para suami agar memberikan nafkah buat isteri walaupun isteri ada duit sendiri dan bukan jenis yang meminta-minta.Malah hubungan baik dengan bekas isteri juga wajar dipuji dan tidak abaikan nafkah buat anak-anak.
Sumber:Instagram Norman Hakim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanda-tanda Suami Terlebih Sayang Isteri, Bahagia Atau Bahaya?

Apa maksud sebenar suami terlebih sayang isteri? Ok, dalam rumah tangga yang dibina, mesti ada salah seorang pasangan yang lebih mengalah walau apa pun situasi.
Orang kata itu kerana sayang si dia. Tapi macam mana kalau rasa SAYANG itu dah terlebih sampai nampak menjengkelkan?
Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami”.
Ini Tanda Suami Terlebih Sayang Isteri
Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?
1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
5. Kalau sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.
8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.
9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda… jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang.
Kredit: Pak Utih
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI