Orang Cina “Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin” PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN

Share

Orang Cina “kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin”. Lain kaum lain adat mereka dalam menguruskan majlis perkahwinan.

Seperti yang dikongsikan oleh saudara TAI ZEE KIN menerusi akaun Facebooknya membuka mata masyarakat Melayu tentang orang Cina melayan isu perkahwinan.

Sememangnya sesetengah tip yang dikongsi ada kebaikan dan boleh menjadi rujukan.

Orang Cina “Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin”

Rupa-rupanya ibu bapa kaum Cina pantang jika anak-anak buat loan untuk majlis perkahwinan. Mereka lebih selesa jika anak-anak benar-benar bersedia dari segi kewangan sebelum mengadakan sesebuah majlis perkahwinan.

Beginilah uniknya Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya. Malah perkongsian budaya ini boleh dipraktikkan jika bersesuai dan tidak menyalahi agama.

Ini cara orang Cina layan isu majlis perkahwinan (Wedding).

  1. Ibu Bapa pihak wanita akan galakkan supaya menantu buktikan kemampuan membeli rumah dulu sebelum meminang/merisik – dan lazimnya dengan cara lembut (soft approach) untuk memastikan anak nama anak perempuan mereka muncul dalam Geran Tanah/Rumah.
  2. Bila dah mampu beli rumah, ada kereta, baru ‘mula’ proses meminang/merisik atau buat ‘marriage proposal’.
  3. Selepas itu, kami akan ‘daftar perkahwinan dulu’ bawah ROM (pendaftar perkahwanan). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis. Ambilah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari 6bulan hingga 2 tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM.
  4. Pasal majlis ini, biasa ada dua jenis.

– jenis pertama ialah dua majlis berasingan (lazim untuk keluarga pengantin lelaki dan wanita yang berkampung di tempat belainan – contoh, keluarga pengantin lelaki di Sungai Petani Kedah, keluarga pengantin perempuan di Seremban, Negeri Sembilan). Ibu bapa pengantin akan saling hadir.

– jenis kedua adalah majlis yang bergabung (dua dalam satu) 聯婚, dimana hanya ada 1 majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak pengantin. Saudara Mara dua pihak akan hadir majlis yang sama. Majlis sebegini biasa berlaku kalau pasangan pengantin berasal dari tempat yang sama.

  1. Bagi cina, PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan. Ibu bapa akan kata ‘kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin’. Simpan cari duit dulu. NON NEGOTIABLE. Tidak akan berlaku.
  2. Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka.
  3. Budaya Cina berpisah tiada dengan ‘Ang Pow’. Kalau pernah hadiri perkahwinan cina, depan dewan biasanya ada satu meja kaunter pendaftaran. Kaunter ada dwi-fungsi. Pertama pendaftaran, kedua, ‘rekod Duit Angpow’.
  4. Pasal angpow perkahwinan ini, dia ada ‘kadar rujukan’ mengikut jenis majlis (hotel, restoran, dewan orang ramai), lokasi (hotel 5 star Bukit bintang, atau restoran Jade Garden Sungai Petani) dan juga berapa intim hubungan (pek pek emem ah cik ah sim bagi lebih. Biao shu, shu po, yi po, biao jie bayar kurang sikit. Kawan karib bagi lebih, kawan tak sekarib bagi kurang sikit.
  5. Saudara mara sudah tahu, untuk bagi amoun berapa dalam angpow ikut kadar tersebut. Sebagai contoh, kalau RSVP majlis di Hotel 4/5 bintang, RM150-250 adalah biasa bagi setiap yang hadir. ibu akan tanya dalam kumpulan whatsapp – berapa yang akan hadir majlis perkahwinan sepupu? Ibu nak buat anggaran angpow. Kalau keluarga ada 3 yang hadir, ibu mungkin akan sediakan angpow RM500. Kalau ibu seorang sahaja yang hadir, mungkin RM200.

Kalau buat di restoran makan di Tampin, mungkin kadarnya RM50-RM 80.

  1. Bila sampai depan kaunter rekod angpow, zaman dulu-dulu dia akan terus buka angpow (sekarang dah jarang, dia buka bila majlis habis di rumah) dan buat catatan amoun ang pow

Tai Zee Kin (Sepupu belah pengantin wanita) – RM250

Chew Hoong Ling (sepupu xxxx) – RM300

Joan Lai (Yi Poh) – RM 500

Jadi, bila bagi angpow, kami akan tulis dengan jelas nama di belakang angpow itu untuk memudahkan rekod. WAJIB. Tak caya? Hadirlah majlis perkahwinan cina, perhatikan angpow mereka bagi. Mesti ada tulis nama di belakang.

  1. Buku catatan angpow ini, pihak ibu bapa pengantin akan simpan dengan baik. Hari kemudian bila ada anak sesiapa kahwin, ibu akan buka buku catatan tersebut (selalu disimpan dalam laci altar dewa dewi), dan cari juga berapa yang dia atau ibubapa dia bagi masa majlis perkahwinan anak sendiri. Dia akan balas amoun tersebut dan top up sikit lagi. Kalau yang kahwin itu adalah anak tunggal, ibu akan top up lagi angpow tu.
  2. Maka, dalam banyak majlis Perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari angpow : cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi. Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti Bulan Madu, atau beli rumah.
  3. Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Ang Pow Majlis perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan. Kami sampai sekarang tidak pernah hadir majlis perkahwinan cina tanpa memberi angpow dengan amoun yang setimpal.
  4. Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi angpow. Mereka adalah golongan minoriti.
  5. Saya berasa budaya ribuan tahun ini harus diteruskan kerana ia memperlihatkan sifat kebergantungan dan memupuk semangat ‘komunal’ dengan mendalam.
  6. Nasihat saya kepada kaum lain – JANGAN BENARKAN ANAK-ANAK MEMBUAT PINJAMAN LOAN untuk majlis perkahwinan. Halangkan anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Baca Disini : Lelaki Ini Kongsi ‘Struggle’nya Lalui Fasa ‘Parenthood’, Jangan Pelik Orang Cina Anak TAK RAMAI

Tak Suka Berhutang, Bantu Adik Beradik RAHSIA Orang Cina Kaya Berjaya

“Semeja Paling Kurang RM1000” Netizen

Menerusi ruangan komen ramai yang menyatakan pandangan dan pengalaman mereka sendiri.

Mingguan Wanita : Buatlah kenduri kahwin secara sederhana, ikut kemampuan. Janganlah mereka lepas kahwin sebab hutang. 

Sumber Foto : CANVA

Sumber :   Facebook Tai Zee Kin

 RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh