Kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta, cara nak tahu pasangan itu (suami) bahagia atau sebaliknya, kena tengok perubahan saiz badan sebelum dan selepas.
“Orang cakap kalau nak tau suami tu bahagia ke tidak, tengoklah saiz sebelum dengan selepaih. Kiqa nya Zain bahagia la kot no.. dulu saiz XS, la M.”
Tambah Che Ta lagi dalam instagramnya, “Size doesn’t matter sayang, bila hati dah terpaut.” Begitulah luahan hati isteri kepada Zain Saidin ini sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka kali ke-5.
Dalam setiap posting, Che Ta meluahkan perasaan syukur dengan anugerah perkahwinan yang tuhan berikan untuknya.
“Syukur di atas pemberian Tuhan yang terindah. Terima kasih kerana menemaniku dalam setiap hari-hari yang penuh cinta.”
Sempat lagi selebriti maintain cantik ini berseloroh. “Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain masa itu baqu darjah 2.”
“So, kalau sapa-sapa yang belum bertemu jodoh lagi, jangan pulak doq qeyau tepi bucu katie. Mungkin jodoh uolss tu tengah dok up. Happy Anniversary sayang. Nasib baik U cepat ligan I.”
Akui Che Ta, dia dan suaminya itu menyulam cinta selama 3 tahun. Dan sudah tahun kelima, Zain menjadi suaminya. Doa Che Ta, “Haqap-haqap U tak jemu la nak tening muka ni haqi-haqi. Sementara tak qemot lagi.”
Dan banyak benarnya bila Che Ta kata tentang cinta ini. Katanya, jatuh cinta itu mudah, tapi untuk mengekalkan rasa cinta itulah ujian sebenarnya. Dan mereka berjaya mengatasinya sehingga hari ini.
Dalam satu sesi fotografi yang lain pula, pasangan Che Ta dan Zain berkumpulan dengan adik-beradik sebelah Che Ta. Bila adik beradik cantik ini berkumpul dah macam sekumpulan model gayanya.
“Alhamdulillah.. dah lepaih fasa pertama perkahwinan. Qupanya ada yang dok bergosip benda tak elok pasai qumah tangga kami. Kami tau pun bila press tanya. Ayooo. Tak palah, tu kan gosip!”
“Doa yang baik-baik ok. Terima kasih semua yang wish yang baik-baik untuk kami. Hanya Allah yang dapat membalas doa-doa uols.”
“Bukan senang nak kumpui adik-beradik + laki masing-masing. Kalau tengok family kami ni macam keluarga 69. Abang ipaq muda (zain), adik ipaq tua (Lan Pet-pet + Dato Jatt) biras
.”“Tapi macam bersemut pulak bila tengok posing masing-masing. Semut gatai, jangan ada yang bedaqah hidung pulak tengok gambaq ni.”
MW : Sebenarnya ada betulnya apa yang Che Ta sebut pasal saiz suami bahagia berubah lepas kahwin. Sampai ada yang pernah beritahu, ‘Boroi tu pun antara tanda suami bahagia.’ Iyalah kan, air tangan isteri itulah paling sedap dalam dunia.
Sumber/Foto : Rozita Che Wan